HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, April 11, 2016

Saya Kembali

Bismillah wal hamdulillah...

Buat tatapan untuk mereka yang merindukan saya.
(*Sengal~ haha.. )

Barisan tenaga pengajar di SMITI.

*********************************************

Buat mereka yang mengenali saya di media sosial facebook, saya kurang berkongsi kisah peribadi di situ. Kadang, teringin juga. Namun, banyak keadaan menyebabkan ia terbantut. He.. Bagus juga.

Timbul pula keinginan untuk kembali berkarya, berkongsi, mencurah idea di sini. Lebih selesa kiranya berbanding di media facebook yang terdiri daripada golongan pembaca yang terlalu umum (anak murid, sepupu-sepapat, kaum-kerabat, kenalan FB. Muehehe...)

Tidaklah aku 'segan' kalau coretan emosi caca-merba...
& tidaklah pula aku 'silu' kalau tulisan merapu sampai ke langit biru.
:p

Akhirul qalam, buat diriku & juga sahabat pembaca :
Jadilah insan optimis, teruskan melangkah...
Berkelana di bumi Tuhan, dalam mencari redha Illahi.

Salam Ukhwah, Salam Perjuangan.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka"
Ar-Ra'd: 11.

No comments: