HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Sunday, July 27, 2014

Qalbun Salim

Qalbun Salim...

Kata seorang teman facebook.

Adalah satu kenikmatan apabila dikurniakan qalbu yang bahagia & mampu membahagiakan orang lain juga.
Satu kenikmatan yang sepatutnya disyukuri. 

Ada orang berjuang mahukan qalbu yang sejahtera.

Ujian... kecil @ besar, bukan itu soalnya. Qalbu yang merasa... itu yang utama.

Kembalilah kepada Fitrah.

Salam 'Aidilfitri.
Maaf zahir batin.

Thursday, July 17, 2014

Senyumlah

Hari ni pergi klinik... kurang sihat dah masuk hari keempat.
Sebelumnya, cuma bertahan & makan jugak ubat... dalam keras kepala.
Tu pun, selepas housemates suruh.

*Siyes, degil nak makan ubat. #,#
Berbanyak terima kasih kepada housemates yang prihatin.
Moga Allah ganjarkan pahala atas kebaikan Kak Nani dan Kak Mirah. Ameen.

Bertemankan buku ini, yang dipinjam daripada housemates...



Bukan main cantik lagi, tajuk dengan cover yang matching.
Dibuatnya... tangkap leleh pulak aku dalam klinik kesihatan.

Haih! Sengal...

Badan kurang sihat kot... emosi pun tunggang terbalik.
Doakan moga saya cepat sembuh...
Alhamdulillah, masih berpuasa. :)

Salam Ramadhan al-Mubarak!