HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, June 23, 2014

Fynn Jamal

Assalamu'alaikum wbt.

Saya deactivate facebook buat masa sekarang.
Patah hati? 
Taklah. Dulu dan sekarang berbeza.
Memujuk rasa, lagipun Ramadhan dah nak dekat.
(T.T entah apa persiapan saya..)

********************************************


Drama Melayu "Kerana Terpaksa Aku Relakan" (yang disiarkan jam 7-8 malam tu), telah memperkenalkan saya pada lagu Tahu nyanyian Fynn Jamal- lagu yang saya ada kongsikan dalam blog ini.

Ohh.. saya bukan peminat drama Melayu. Tapi, housemate yang dua orang suka layan.. saya yang seorang ni pula takkan nak berkera sumbang dalam bilik. Layankan saja... jangan terleka sudah. Drama yang klise, yang bestnya... watak hero yang handsome. Eh?

Ok, saja berintro. Sekarang nak bercerita tentang Fynn Jamal pula. Kenapa berkenan dengan dia pula? 
Sebab lagu-lagunya yang puitis... 

Saya baru berkenalan dengan dia, tak tahu apa yang perlu diperkenalkan... Namun saya kira, video di bawah ini boleh menceritakan secara ringkas tentang siapakah dia, selain seorang penyanyi.


Fynn Jamal on adoption and how Malaysian helped save her baby

Selain tu, saya ada juga menyelongkar blog dia yang kini kelihatannya sudah tidak aktif... mungkin disebabkan medium sosial facebook yang ada. 

Blog Fynn Jamal = ini fynn jamal cakap.

Facebook dia menggunakan nama yang sama juga~

Secara ringkasnya... Fynn Jamal seorang ibu kepada anak angkatnya, Bakti Arjuna Fitri. Dia memperjuangkan nasib para ibu muda yang 'ter'mengandung. 

Memandangkan Fynn Jamal seorang yang puitis malah juga seorang yang 'menongkah arus', tak rugi anda membaca tulisan dalam blog dia. :) Facebook pun sama~
Lirik lagu dia pun best juga~ mungkin melodi tak kena selera dengan semua orang. he.

Ok, sekadar itu sahaja... Terima kasih atas kesudian berkunjung.

Wassalam~

*Merawat hati yang sakit, amat. 

No comments: