HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Friday, February 21, 2014

Stay Positive

Bismillah wal hamdulillah...


*Nak pesan awal-awal, untuk tempoh beberapa purnama (mungkin), saya (mungkin) banyak berbicara tentang diri sendiri. Bukanlah tentang cerita peribadi, sekadar ingin meluah rasa hati, bagi semangat untuk diri. Kalau ada hari bertuah, saya kongsikan sesuatu. :) InsyaAllah.


*******************
Huda, listen to me..

"Heyoung lady, I didn't say it's okay to do mistakes. It's not. & nobody is gonna say that too. It just... don't stressed yourself. You will learn. Trust me... you will learn."

It's not about the goal, it's 'the climb', Huda.

Stay calm, stay cool & stay positive.


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Hujan yang turun membawa rahmah, menyuburkan tanah yang tandus, memberikan udara yang segar dan juga pelangi yang indah.

Bertenanglah dalam menghadapi hidup~ 

Wednesday, February 12, 2014

Nike

Bismillah wal hamdulillah...

Life is simple, treat like one.
All you have to do is...



Challenges are everywhere.
As long as you have the mission/ your target... then, chase for it!

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

By the way... you already have the experience, right? :)

Tuesday, February 4, 2014

Everything Happens For A Reason

Bismillah wal hamdulillah...

Semalam- selepas menyelesaikan beberapa urusan, saya singgah di kiosk 24 jam berdekatan Perpustakaan Tun Seri Lanang atau lebih dikenali sebagai PTSL untuk makan malam. Sementara menunggu pesanan siap, saya mengambil tempat berdekatan dengan kaunter. Ada banyak tempat yang kosong, namun sengaja saya duduk berteman dengan seorang mahasiswa yang juga bersendirian sedang menikmati hidangan ketika itu.

"Boleh saya duduk di sini?"

"Eh, sila. Duduk, duduk." katanya.

Seimbas lalu dengan melihat cara dan gayanya itu, kelihatan dia merupakan seorang yang terbuka, ramah dan 'dewasa'. Saya ajak dia berborak... macam-macam yang kami borakkan. Tentang kerjaya, pelajaran dan juga kehidupan yang lebih memfokus tentang perhubungan lelaki dan wanita.

Anda tahu? Yang menariknya, cara dia sangat matang dan terbuka. Tidak pula merendah-rendahkan. Sementara di pihak saya pula, saya berborak dengan badan yang sedikit membongkok, tangan yang bertakup dan saya dapat rasakan riak muka saya yang sangat naif. Umurnya 22 tahun, pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.


Great personality.

 Apa yang mahu dikongsikan di sini?

Tentang muhasabah hasil perbualan kami~

Memang benar, persekitaran sangat mempengaruhi personaliti kita. Saya tidaklah suka untuk membuka balik kisah lama sementelah ia pun bukan kisah yang menyukakan hati. Cuma, peristiwa akhir tahun 2009 akibat terkena 'panahan petir' dek masalah hati, itulah yang mengubah banyak perkara dalam diri saya. Empat tahun saya mengheret masalah hati tersebut dan baru-baru ini sahaja... Alhamdulillah, saya baru merangkak keluar daripada kemelut hati tersebut, berkat pembacaan di laman Ayahanda Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. huhu... Oh ya, ada juga setahun yang menyendiri dalam tempoh 'Dark Ages' itu. (=_=)

Hakikatnya, masalah yang pernah saya hadapi tidaklah sebesar mana. Setiap individu punya persepsi yang berbeza terhadap sesuatu permasalahan. Secara peribadi, saya akui yang saya lemah dalam menangani masalah hati dan itulah yang diuji pada saya. Akibat peristiwa tersebut, saya bertukar daripada individu yang ceria, bersemangat, positif, berdaya usaha, berjiwa besar kepada individu yang pesismis, hilang keyakinan diri, tak bersemangat, berjiwa kerdil dan hipokrit (bak kata ayahanda- wajah tersenyum tetapi air mata sedang mengalir turun ke dalam perut).



Saya merasakan seperti ada dinding tembok yang mengelilingi hati saya dan saya perlu memecahkan tembok tersebut. Saya tak boleh sekadar memanjat tembok tersebut kerana walaupun saya berjaya keluar, hati saya masih tetap 'terpenjara'. (Waliy, sekiranya kamu membaca posting ini... bagaimana caranya untuk memecahkan tembok tersebut?) Kadang hati terasa gementar dan takut, namun saya mesti kuat untuk menghapuskan rasa tersebut. Dan saya tak tahu berapa lama yang saya perlukan untuk menangani tembok tersebut. Mungkin setahun, 6 bulan, mungkin lebih cepat... Entahlah.

Takpe Huda, berjuanglah! Saya sentiasa di sisi untuk menyokong kamu. :)

Apa lagi nak dikata...

Suka atau tidak - peristiwa tersebut telah ditaqdirkan berlaku.

Terima atau tidak - peristiwa tersebut juga banyak mengubah personaliti saya

Mahu atau tidak - saya ada pilihan untuk berubah ke arah yang positif ataupun negatif

Jadinya?

Bertabahlah Huda, "Everything happens for a reason."


Menjelajah personaliti diri, 
Menerobos sempadan minda, 
Meruntuhkan tembok psikologi.

Pemburu syuhada, kan?

Haa... mahasiswa tadi merupakan seorang penyanyi di UKM, bertudung, bergaya, pandai membawa diri dan tidak menggedik. Dia juga berasal dari New Castle, Klate. hik.. hik.. Antara lain dia turut meninggalkan pesan, "Jadilah positif." :)
Saya doakan semoga dia beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Ameen~


Hakikatnya, intipati daripada buku inilah yang saya peroleh hasil perbincangan kami.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

"Everything happens for a reason."
Have a bright smile, Huda~ :)