HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Wednesday, January 29, 2014

Penjaga

Bismillah wal hamdulillah...


Amaran : Tulisan kali ini agak merapu. Sekiranya anda bukan dalam mood yang baik, anda dialu-alukan tanpa segan-silu dengan sopannya mengalihkan cursor ke sudut kanan atas desktop anda dan tekan. hehe.

Saya ada seorang sahabat lelaki... namanya Muhamad Waliyuddin Baharuddin. (haha... maaf la Waliy, aku cerita pasal kau). Orangnya baik... setiap kali saya jumpa dia, biasanya saya akan memanggil namanya dengan nada yang ceria,

"Waliy~!"

Dan dia akan tersenyum ramah pada saya lalu menyapa mesra bertanya khabar. Ah, orangnya memang begitu.. baik, ramah dan matang dalam pemikiran. Orangnya muda, sebaya saya. Oh ya, nama blog dia "Menggerak Paradigma Dunia". Perghhh~



Kenapa sebut pasal jejaka ini? Oh, tiada kaitan dengan soal hati. huhu... Dalam kalangan ramai rakan lelaki, dia satu-satunya rakan yang rapat @ merangkap sahabat saya terutama semasa di UKM. Kadang, bila saya berdepan dengan masalah... dia adalah antara individu yang saya selesa untuk meluahkan masalah (mencari rasional). Bukan itu sahaja, saya juga senang untuk berkongsi pendapat dan bertukar-tukar fikiran dengannya. 

Jangan salah faham, situasi-situasi di atas berlaku dalam keadaan yang aman daripada fitnah. Dalam pada kami beramai-ramai sibuk melakukan gerak kerja persatuan, pada masa itulah kami berborak-borak dalam pelbagai isu. Almaklum... kami juga aktivis gerakan kampus. :)

Sekarang..... hampir setahun lebih saya tidak lagi berhubung dengan dia.

Saya doakan semoga sahabat saya ini dalam redha Allah, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki serta dicepatkan jodoh. hehe..

Doa yang sama turut ditujukan buat sahabat-sahabat seperjuangan PMFST, ISIUKM dan juga PERKIM. Ameen.

Hah, belum habis lagi. Yang di atas tadi tu... intro je. Sebenarnya, posting ni nak kongsikan dua buah lagu yang saya suka, yang dinyanyikan oleh Wali Band... nama yang serupa dengan sahabat saya ini. huhu..

Aku Cinta Allah - Wali Band


Lagu ni best, pada rangkap-rangkap tertentu... tapi semasa menyanyikan chorus "Aku Cinta Allah"... serasa malu dan segan. Apa sangat bukti kecintaan pada Yang Maha Esa. Namun, hati terus merayu-rayu... mengharap pada belas dan kasih Allah...

Baik-Baik Sayang - Wali Band


Lagu ni antara yang menjadi kegemaran. Kebanyakan orang mungkin fikir lagu ini untuk sang kekasih (saya pun fikir macam tu). Tapi sungguh... saya suka dengan lagu ni, syok kalau ada orang tujukan buat diri sendiri (takde pun. he..) dan betapa saya ingin tujukan pada anak-anak murid saya...

"Tolonglah... baik-baik sayang. Jaga diri sayang...
Sebab aku sayang kamu."

Dengarkan aku, sayang~

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Waliy, kabare kamu? Lama tak dengar cerita. Aku suka dengan nama kamu, "Penjaga Agama". Moga kejayaan mengiringimu dunia dan akhirat~ 

Catatan tambahan: Kak Nadiah takde seminggu, ke Palestin sebagai travel agent. Saya masih lagi mencari bahan untuk tajuk kajian. Banyak, banyak dan banyak3x lagi yang perlu diusahakan. Bertabahlah!

No comments: