HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, December 8, 2014

Halwa Telinga

Bismillah walhamdulillah...

Unbreakable - Tackling Life's Struggles
by : Shaykh Waleed Basyouni



Dengar... ulang,ulang dan terus ulang.
Bersama kesusahan, adanya kesenangan.

Stay calm.
Stay positive.
Keep moving.

*It's okay to cry. :')

Thursday, December 4, 2014

Fighting

Bismillah wal hamdulillah...

Ke hadapan Huda yang 'comey'.

Berusahalah!!!

U can do much, much, much and much more better than where U are now.
Push to the limits!
& Burst your potential!

*Kalau nak nanges... nanges saja.
Yang penting, jalan terusss.


Usaha. Doa. Tawakal.

Wednesday, August 13, 2014

Housemates vs Alien

Bismillah wal hamdulillah...

Ada sebuah animasi bertajuk Monsters vs Aliens. Saya sempat menonton, 5 minit... kebetulan terpasang. hehe. Tak tahu pun apa sinopsis cerita tersebut. Sekadar bermuqaddimah. :)



******************************

Sejak merantau menangguk ilmu... saya berkenalan dengan beberapa orang housemates.

Semasa belajar di ijazah pertama (2007/2010), saya berkenalan dengan 3 orang housemates. 

Tahun pertama bersama Izawati @ Kak Long, coursemate juga ahli usrah Khaulah al-Azwar. Tahun kedua bersama dengan Kak Syifa' dari Fakulti Pengajian Islam dan akhirnya tahun akhir berkongsi bilik dengan kak Yana dari Fakulti Pendidikan. Walau bagaimanapun, hubungan kami tak berjalan dengan baik, kami berpisah bilik selepas setahun bersama. Tapi, hubungan kami tetap berlangsung dengan baik macam biasa... cuma mungkin tak boleh menjadi housemates yang kamceng. :) Kak Yana pula, seorang kakak yang matang. Dia kelihatan tak kisah dengan kehidupan saya, tapi kalau nampak saya bermasalah... dia akan bertanya.

Yang pasti... saya banyak berteman dengan air mata semasa di ijazah pertama. :D sabo je la~


Pantai Marang... nun di sana adalah Pulau Kapas.

Semasa mengikuti pengajian ijazah sarjana (2011/2012), saya berkenalan dengan... 1, 2, 3... 8 orang housemates di rumah sewa, Baitul Ridhwan.

Ain, seusia saya~ lepasan Diploma bekerja sendiri.
Ina, seusia saya~ mengikuti pengajian Master di Fakulti Pengajian Islam.
Kak Asiah~ mengikuti pengajian Master di Fakulti Pengajian Islam.
Kak Hadjar~ mengikuti pengajian Master di Fakulti Kejuruteraan.
Kak Fisha~ pensyarah muda di Fakulti Pengajian Islam.
Kak Intan~ bekas wartawan Harakah yang sekarang menetap di Lahore, Pakistan.
Kak Sabrina~ graduan Master Pendidikan, bekas pegawai di pejabat ADUN Bangi di bawah Dr Shafie Abu Bakar.
Kak A'an~ sedang bekerja dalam bidang Operational Safety and Health, tak silap saya. Tak pun, lebih kurang macam tu.
Sekarang, mereka semua dah berkahwin, kecuali Kak A'an (dan saya). haha. :D

Roommate saya ialah Kak Fisha. Dia merupakan kakak kedua dalam adik-beradik dan seorang yang kakak yang baik, sangat sabar... dan comel. hihi. :) Alhamdulillah, baru selamat melahirkan bayi pada 9.8.2014 hujung minggu lepas.

Boleh dikatakan... saya sedikit bermasalah semasa pengajian Masters [terperangkap dalam cinta alam maya- dek dendam cinta pertama yang kecundang. Gelak guling-guling :p ]. Ahli keluarga banyak mendorong, rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah banyak membantu. Dan... housemates yang banyak menegur. Alhamdulillah... atas kurniaan sahabat2 yang baik dan solehah.


Dari kiri- Kak Asiah, Ain, Ina dan Kak Fisha.

Tahun 2014, saya datang lagi bermastautin di Bangi setelah setahun di Terengganu.

Awal tahun ini, saya menumpang sementara di Kolej Keris Mas bersama Kak Nadiah~ teman study group Masters. Seorang kakak yang tegas dan baik hati. Masuk bulan kedua, saya menumpang lagi sementara di rumah sewa sahabat2 se'jemaah' kampus, Baitul Hikmah bersama Nana (Masters Kimia), Nani (bekerja di syarikat guaman), Syai, Azma dan Aisyah (mereka bertiga cikgu di sekolah yang sama). Hanya daripada Allah sebaik-baik ganjaran kebaikan buat kalian~


Di majlis perkahwinan Kak Nadiah.

Dan sekarang, saya dah menetap di rumah sewa sendiri sejak bulan 3 yang lalu bersama dengan dua orang kakak yang cantik dari Dungun Terengganu. Kak Nani sedang mengikuti pengajian akhir Masters dalam Biokimia dan sekarang dah mula bekerja di Institut Penyelidikan Perubatan, KL. Seorang lagi ialah Kak Mirah, sedang mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran PhD dalam Statistik. Kedua-duanya merupakan kakak-kakak yang baik dan banyak memberi. Secara ringkasnya... mereka adalah kakak2 yang mementingkan keluarga, disiplin terhadap ilmu, dan komited dalam kerjaya. 

Banding dengan saya... ?
Ufff.

Dan yang terakhir, housemates di rumah. Heh~
Saje nak perkenalkan adik beradik... dah terlanjur letak gambar Raya dalam FB.


Yang paling kiri Iffah Nadhirah~ insyaAllah bakal ustazah. Ameen. Sekarang berada di tingkatan dua di sekolah berasrama.
Sebelah dia Izzati Fatihah~ insyaAllah bakal jururawat. Ameen. (mungkin itu menerangkan kenapa dia lain dari yang lain. Tak pernah jumpa kot jururawat dengan muka kusam & baju ala kadar. haha.)
Sebelah lagi Sarah Adibah~ hmm... bakal cikgu/ pelatih sukan mungkin. Ameen. Pakar dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah. Dipanggil 'kakak' oleh seluruh isi rumah.
Paling kanan... hah, yang tu Alien berbeza daripada 3 makhluk Homo sapiens di sebelah. Alien yang bernama Huda Afiqah, masih berstatus freelance di Bandar Baru Bangi.

Alien ni... kurang pandai bersosial. Masakan tidak, sejak zaman sekolah berdamping dengan buku. Pergi kenduri kahwin bawa buku, pergi jalan-jalan berteman buku, sedang berjalan membaca buku- pendek kata hidup dalam dunia sendiri. Disebabkan itu, alien ni kurang matang, kurang pandai berinteraksi dengan masyarakat. Mujurlah Alien ni mesra alam. Boleh la... Namun, banyak lagi perkara yang Alien ni perlu pelajari agar boleh berubah menjadi makhluk Homo sapiens yang normal.


***

Dan... kakak2 dari Dungun itulah yang banyak mengajar Alien ni, secara langsung mahupun tidak. Ada masa suka, ada masa duka... Yang penting, sedia berhadapan dengan apa jua masalah yang bertandang. Serta, positif sentiasa.



Siapa pun yang datang dan pergi dalam hidup kita... selagimana kita bersedia untuk belajar, tak menyerah kalah, dan tegar melangkah, kita semua boleh  berubah menjadi lebih baik, dan mampu menggengam impian yang dicita-citakan kelak. InsyaAllah. Ameen.

Terima kasih atas kesudian menjengah. :)

Salam rindu, Salam sayang.

Sunday, July 27, 2014

Qalbun Salim

Qalbun Salim...

Kata seorang teman facebook.

Adalah satu kenikmatan apabila dikurniakan qalbu yang bahagia & mampu membahagiakan orang lain juga.
Satu kenikmatan yang sepatutnya disyukuri. 

Ada orang berjuang mahukan qalbu yang sejahtera.

Ujian... kecil @ besar, bukan itu soalnya. Qalbu yang merasa... itu yang utama.

Kembalilah kepada Fitrah.

Salam 'Aidilfitri.
Maaf zahir batin.

Thursday, July 17, 2014

Senyumlah

Hari ni pergi klinik... kurang sihat dah masuk hari keempat.
Sebelumnya, cuma bertahan & makan jugak ubat... dalam keras kepala.
Tu pun, selepas housemates suruh.

*Siyes, degil nak makan ubat. #,#
Berbanyak terima kasih kepada housemates yang prihatin.
Moga Allah ganjarkan pahala atas kebaikan Kak Nani dan Kak Mirah. Ameen.

Bertemankan buku ini, yang dipinjam daripada housemates...



Bukan main cantik lagi, tajuk dengan cover yang matching.
Dibuatnya... tangkap leleh pulak aku dalam klinik kesihatan.

Haih! Sengal...

Badan kurang sihat kot... emosi pun tunggang terbalik.
Doakan moga saya cepat sembuh...
Alhamdulillah, masih berpuasa. :)

Salam Ramadhan al-Mubarak!

Monday, June 23, 2014

Fynn Jamal

Assalamu'alaikum wbt.

Saya deactivate facebook buat masa sekarang.
Patah hati? 
Taklah. Dulu dan sekarang berbeza.
Memujuk rasa, lagipun Ramadhan dah nak dekat.
(T.T entah apa persiapan saya..)

********************************************


Drama Melayu "Kerana Terpaksa Aku Relakan" (yang disiarkan jam 7-8 malam tu), telah memperkenalkan saya pada lagu Tahu nyanyian Fynn Jamal- lagu yang saya ada kongsikan dalam blog ini.

Ohh.. saya bukan peminat drama Melayu. Tapi, housemate yang dua orang suka layan.. saya yang seorang ni pula takkan nak berkera sumbang dalam bilik. Layankan saja... jangan terleka sudah. Drama yang klise, yang bestnya... watak hero yang handsome. Eh?

Ok, saja berintro. Sekarang nak bercerita tentang Fynn Jamal pula. Kenapa berkenan dengan dia pula? 
Sebab lagu-lagunya yang puitis... 

Saya baru berkenalan dengan dia, tak tahu apa yang perlu diperkenalkan... Namun saya kira, video di bawah ini boleh menceritakan secara ringkas tentang siapakah dia, selain seorang penyanyi.


Fynn Jamal on adoption and how Malaysian helped save her baby

Selain tu, saya ada juga menyelongkar blog dia yang kini kelihatannya sudah tidak aktif... mungkin disebabkan medium sosial facebook yang ada. 

Blog Fynn Jamal = ini fynn jamal cakap.

Facebook dia menggunakan nama yang sama juga~

Secara ringkasnya... Fynn Jamal seorang ibu kepada anak angkatnya, Bakti Arjuna Fitri. Dia memperjuangkan nasib para ibu muda yang 'ter'mengandung. 

Memandangkan Fynn Jamal seorang yang puitis malah juga seorang yang 'menongkah arus', tak rugi anda membaca tulisan dalam blog dia. :) Facebook pun sama~
Lirik lagu dia pun best juga~ mungkin melodi tak kena selera dengan semua orang. he.

Ok, sekadar itu sahaja... Terima kasih atas kesudian berkunjung.

Wassalam~

*Merawat hati yang sakit, amat. 

Monday, June 16, 2014

Terapi


Saya minta maaf...
atas posting sebelum ni yang macam 'coklat cadbury'.

Saya tahu, 
saya sendiri tak sanggup baca posting tu,
& saya akan delete juga,
cuma nak melempias, 
menghambur lahar yang terpendam.

Ingatkan dah jadi gunung berapi mati,
rupanya masih mode gunung berapi pendam.
=_=

Memaku dulang, paku serpih
Mengata orang, diri sendiri yang lebih.

Posting yang tak pakai otak,
yang dipakai... nafsu ammarah.

Saya tak tahu nak cakap macam mana...
Tentang posting yang merapu-meraban.
Saya benar-benar memaksudkannya.

Jangan ambil kesempatan,
atas rapuhnya hati perempuan.

*If you don't like me, I'm okay with it.
Then, just throw me away & never come back.

*************************************************

I'm feeling better, better... and better.
InsyaAllah.



Wednesday, June 11, 2014

Tahu


Tahu
Artis : Fynn Jamal

dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mampu wujud sunyi
di riuh engkau berdiri

satu persatu hilang ertinya
berdikit dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana engkau harus pergi

haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu namun tak kau akukan

kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama engkau ada
maka perlu apa engkau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi

sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambukan
kau tahu
namun tak kau akukan

apa kau cari
yang sebetul betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya

apa kau nanti
yang sesungguh sunguhnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama

sayu tak terjalas fikiran
rebah tak tersambukan
kau tahu
kau sayu
kau rindu
sama tuhan

Monday, June 9, 2014

Sakura Blossom


Yang sakit akan sembuh,

Yang luka akan pulih,

Yang calar akan elok,

Yang bengkak akan surut,

Yang lebam akan hilang,

dan,

Hujan akan berhenti.


Time heals every wound.
Everything is going to be fine.

"Dah, dah... (gosok-gosok belakang)
Pegi sambung tugasan ya~
Lelaki memang macam tu, nak kata apa lagi."

Give me your smile~

Tuesday, June 3, 2014

Keredhaan dan Kebahagiaan

Bismillah wal hamdulillah...

Kita semua punya status sosial tersendiri, punya 'title' masing-masing, punya peranan yang berbeza. Namun, kita semua berkongsi satu 'title' yang sama dinamakan - Hamba Allah.

Sebagaimana seorang hamba Allah sepatutnya berperanan, begitu jugalah seorang hamba dalam kehidupan manusia. 

* Seorang hamba tiada hak ke atas dirinya sendiri, dengan kata lain - hamba tidak merdeka.

* Seorang hamba hanya layak menurut perintah, larangan dan perancangan tuannya - tidak boleh membantah.

* Seorang hamba diminta untuk berkhidmat kepada tuan - dia mendapat perlindungan, pakaian dan makan minum.

Itu hamba manusia - & konsep yang sama sahaja diguna pakai bila bercakap tentang hamba Allah. Namun, sudah pastilah tidak sama sifat rahmah kasih sayang dan murka Allah dibandingkan dengan sifat yang sama pada tuan manusia.
Tujuan juga tidak sama - segala perintah, larangan dan aturan Allah adalah demi kebaikan hamba itu sendiri sedangkan tuan manusia mempunyai kepentingan peribadi.

****************************************

Optimis, positif, lapang dada, pemaaf, redha, rendah hati dan sifat-sifat mahmudah yang lain - semua itu diusahakan dan perlu di'perjuangkan'. Ia tidak datang dengan sendiri dan ia juga memerlukan usaha berterusan dan tidak kenal putus asa.

Sungguh, hati manusia ini berbolak-balik sifatnya.
Sebab tu, ada doa minta ditetapkan hati, kan?

Copy paste dari wall DrMAZA.com.

Kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam ‘Madarij al-Salikin’.

Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

                                        ****************************************

Sungguh... kita hanyalah hamba, dan kita selama-lamanya tidak upaya mengawal hidup kita. Melainkan semuanya dengan izin dan percaturan Allah yang Maha Esa.


Salam keampunan, 
Salam keredhaan.

Hadapilah dengan realiti dengan jiwa besar dan berlapang dada.
Nescaya, kebahagiaan sentiasa mengekori anda. :)

Friday, February 21, 2014

Stay Positive

Bismillah wal hamdulillah...


*Nak pesan awal-awal, untuk tempoh beberapa purnama (mungkin), saya (mungkin) banyak berbicara tentang diri sendiri. Bukanlah tentang cerita peribadi, sekadar ingin meluah rasa hati, bagi semangat untuk diri. Kalau ada hari bertuah, saya kongsikan sesuatu. :) InsyaAllah.


*******************
Huda, listen to me..

"Heyoung lady, I didn't say it's okay to do mistakes. It's not. & nobody is gonna say that too. It just... don't stressed yourself. You will learn. Trust me... you will learn."

It's not about the goal, it's 'the climb', Huda.

Stay calm, stay cool & stay positive.


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Hujan yang turun membawa rahmah, menyuburkan tanah yang tandus, memberikan udara yang segar dan juga pelangi yang indah.

Bertenanglah dalam menghadapi hidup~ 

Wednesday, February 12, 2014

Nike

Bismillah wal hamdulillah...

Life is simple, treat like one.
All you have to do is...



Challenges are everywhere.
As long as you have the mission/ your target... then, chase for it!

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

By the way... you already have the experience, right? :)

Tuesday, February 4, 2014

Everything Happens For A Reason

Bismillah wal hamdulillah...

Semalam- selepas menyelesaikan beberapa urusan, saya singgah di kiosk 24 jam berdekatan Perpustakaan Tun Seri Lanang atau lebih dikenali sebagai PTSL untuk makan malam. Sementara menunggu pesanan siap, saya mengambil tempat berdekatan dengan kaunter. Ada banyak tempat yang kosong, namun sengaja saya duduk berteman dengan seorang mahasiswa yang juga bersendirian sedang menikmati hidangan ketika itu.

"Boleh saya duduk di sini?"

"Eh, sila. Duduk, duduk." katanya.

Seimbas lalu dengan melihat cara dan gayanya itu, kelihatan dia merupakan seorang yang terbuka, ramah dan 'dewasa'. Saya ajak dia berborak... macam-macam yang kami borakkan. Tentang kerjaya, pelajaran dan juga kehidupan yang lebih memfokus tentang perhubungan lelaki dan wanita.

Anda tahu? Yang menariknya, cara dia sangat matang dan terbuka. Tidak pula merendah-rendahkan. Sementara di pihak saya pula, saya berborak dengan badan yang sedikit membongkok, tangan yang bertakup dan saya dapat rasakan riak muka saya yang sangat naif. Umurnya 22 tahun, pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.


Great personality.

 Apa yang mahu dikongsikan di sini?

Tentang muhasabah hasil perbualan kami~

Memang benar, persekitaran sangat mempengaruhi personaliti kita. Saya tidaklah suka untuk membuka balik kisah lama sementelah ia pun bukan kisah yang menyukakan hati. Cuma, peristiwa akhir tahun 2009 akibat terkena 'panahan petir' dek masalah hati, itulah yang mengubah banyak perkara dalam diri saya. Empat tahun saya mengheret masalah hati tersebut dan baru-baru ini sahaja... Alhamdulillah, saya baru merangkak keluar daripada kemelut hati tersebut, berkat pembacaan di laman Ayahanda Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. huhu... Oh ya, ada juga setahun yang menyendiri dalam tempoh 'Dark Ages' itu. (=_=)

Hakikatnya, masalah yang pernah saya hadapi tidaklah sebesar mana. Setiap individu punya persepsi yang berbeza terhadap sesuatu permasalahan. Secara peribadi, saya akui yang saya lemah dalam menangani masalah hati dan itulah yang diuji pada saya. Akibat peristiwa tersebut, saya bertukar daripada individu yang ceria, bersemangat, positif, berdaya usaha, berjiwa besar kepada individu yang pesismis, hilang keyakinan diri, tak bersemangat, berjiwa kerdil dan hipokrit (bak kata ayahanda- wajah tersenyum tetapi air mata sedang mengalir turun ke dalam perut).



Saya merasakan seperti ada dinding tembok yang mengelilingi hati saya dan saya perlu memecahkan tembok tersebut. Saya tak boleh sekadar memanjat tembok tersebut kerana walaupun saya berjaya keluar, hati saya masih tetap 'terpenjara'. (Waliy, sekiranya kamu membaca posting ini... bagaimana caranya untuk memecahkan tembok tersebut?) Kadang hati terasa gementar dan takut, namun saya mesti kuat untuk menghapuskan rasa tersebut. Dan saya tak tahu berapa lama yang saya perlukan untuk menangani tembok tersebut. Mungkin setahun, 6 bulan, mungkin lebih cepat... Entahlah.

Takpe Huda, berjuanglah! Saya sentiasa di sisi untuk menyokong kamu. :)

Apa lagi nak dikata...

Suka atau tidak - peristiwa tersebut telah ditaqdirkan berlaku.

Terima atau tidak - peristiwa tersebut juga banyak mengubah personaliti saya

Mahu atau tidak - saya ada pilihan untuk berubah ke arah yang positif ataupun negatif

Jadinya?

Bertabahlah Huda, "Everything happens for a reason."


Menjelajah personaliti diri, 
Menerobos sempadan minda, 
Meruntuhkan tembok psikologi.

Pemburu syuhada, kan?

Haa... mahasiswa tadi merupakan seorang penyanyi di UKM, bertudung, bergaya, pandai membawa diri dan tidak menggedik. Dia juga berasal dari New Castle, Klate. hik.. hik.. Antara lain dia turut meninggalkan pesan, "Jadilah positif." :)
Saya doakan semoga dia beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Ameen~


Hakikatnya, intipati daripada buku inilah yang saya peroleh hasil perbincangan kami.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

"Everything happens for a reason."
Have a bright smile, Huda~ :)

Friday, January 31, 2014

Tersenyum

Bismillah wal hamdulillah...

Ia tentang..... OPTIMISM. 


Rasa macam bongek je.

Dan ia bukan semata Optimis, juga tentang Sikap yang Positif, serta Keinginan, Semangat yang Tak Pernah Padam.


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Ia tentang: 

Pemikiran yang Optimis
Sikap yang Positif dan
Keinginan, Semangat yang Tak Pernah Padam

Wednesday, January 29, 2014

Penjaga

Bismillah wal hamdulillah...


Amaran : Tulisan kali ini agak merapu. Sekiranya anda bukan dalam mood yang baik, anda dialu-alukan tanpa segan-silu dengan sopannya mengalihkan cursor ke sudut kanan atas desktop anda dan tekan. hehe.

Saya ada seorang sahabat lelaki... namanya Muhamad Waliyuddin Baharuddin. (haha... maaf la Waliy, aku cerita pasal kau). Orangnya baik... setiap kali saya jumpa dia, biasanya saya akan memanggil namanya dengan nada yang ceria,

"Waliy~!"

Dan dia akan tersenyum ramah pada saya lalu menyapa mesra bertanya khabar. Ah, orangnya memang begitu.. baik, ramah dan matang dalam pemikiran. Orangnya muda, sebaya saya. Oh ya, nama blog dia "Menggerak Paradigma Dunia". Perghhh~



Kenapa sebut pasal jejaka ini? Oh, tiada kaitan dengan soal hati. huhu... Dalam kalangan ramai rakan lelaki, dia satu-satunya rakan yang rapat @ merangkap sahabat saya terutama semasa di UKM. Kadang, bila saya berdepan dengan masalah... dia adalah antara individu yang saya selesa untuk meluahkan masalah (mencari rasional). Bukan itu sahaja, saya juga senang untuk berkongsi pendapat dan bertukar-tukar fikiran dengannya. 

Jangan salah faham, situasi-situasi di atas berlaku dalam keadaan yang aman daripada fitnah. Dalam pada kami beramai-ramai sibuk melakukan gerak kerja persatuan, pada masa itulah kami berborak-borak dalam pelbagai isu. Almaklum... kami juga aktivis gerakan kampus. :)

Sekarang..... hampir setahun lebih saya tidak lagi berhubung dengan dia.

Saya doakan semoga sahabat saya ini dalam redha Allah, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki serta dicepatkan jodoh. hehe..

Doa yang sama turut ditujukan buat sahabat-sahabat seperjuangan PMFST, ISIUKM dan juga PERKIM. Ameen.

Hah, belum habis lagi. Yang di atas tadi tu... intro je. Sebenarnya, posting ni nak kongsikan dua buah lagu yang saya suka, yang dinyanyikan oleh Wali Band... nama yang serupa dengan sahabat saya ini. huhu..

Aku Cinta Allah - Wali Band


Lagu ni best, pada rangkap-rangkap tertentu... tapi semasa menyanyikan chorus "Aku Cinta Allah"... serasa malu dan segan. Apa sangat bukti kecintaan pada Yang Maha Esa. Namun, hati terus merayu-rayu... mengharap pada belas dan kasih Allah...

Baik-Baik Sayang - Wali Band


Lagu ni antara yang menjadi kegemaran. Kebanyakan orang mungkin fikir lagu ini untuk sang kekasih (saya pun fikir macam tu). Tapi sungguh... saya suka dengan lagu ni, syok kalau ada orang tujukan buat diri sendiri (takde pun. he..) dan betapa saya ingin tujukan pada anak-anak murid saya...

"Tolonglah... baik-baik sayang. Jaga diri sayang...
Sebab aku sayang kamu."

Dengarkan aku, sayang~

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Waliy, kabare kamu? Lama tak dengar cerita. Aku suka dengan nama kamu, "Penjaga Agama". Moga kejayaan mengiringimu dunia dan akhirat~ 

Catatan tambahan: Kak Nadiah takde seminggu, ke Palestin sebagai travel agent. Saya masih lagi mencari bahan untuk tajuk kajian. Banyak, banyak dan banyak3x lagi yang perlu diusahakan. Bertabahlah!

Thursday, January 23, 2014

Ubat Hati

Bismillah wal hamdulillah...

Alhamdulillah... demam denggi da kebah.. :) dalam seminggu jugak saya demam. Terima kasih kepada yang mendoakan. Sekarang, kembali fokus pada pembacaan. huhu... Semangat turun naik. Aduhhh..! Di mana-mana pun ada cabarannya.


Kalau di rumah, cabarannya pada zon selesa.
Kalau di sini pula, cabarannya pada lone ranger. Kak Nadiah, jadi chips more... atas urusan peribadi yang tak dapat dielakkan.

Takpe lah Huda, jangan dilayan sangat emosi yang ngok ngek tu. Berusahalah!!!


*******************************************************************************
Mengubat hati yang sedang berduka-nestapa.



Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan.

Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala aalihi wa ashabihi ajma'iin...

Tuesday, January 14, 2014

Tak Sihat

Bismillah wal hamdulillah...


Alkisahnya... hari Khamis yang lepas, saya diserang demam. Tiga hari jugak terbaring je dengan kepala pening2. Semalam, masih terasa namun gagahkan diri jua berjumpa kawan. Dalam pada menunggu dalam kereta (haba yang panas memerangkap...) tak semena-mena timbul ruam-ruam pada tangan. huhu... Dan terus ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.

Doktor tak cakap terus-terang... cuma dia cakap ada virus dalam darah dan dia minta banyakkan minum air. Kalu ada pape pendarahan baru terus ke hospital. Esok, pegi semula ke klinik untuk ambil sampel darah.

Saya dah jangka sakit apa. huhu.

Doakan ya, moga saya cepat sembuh. Ameen.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Salam Maulidul Rasul... :)