HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, December 30, 2013

Antara Cinta, Persahabatan dan Cita-Cita

Bismillah wal hamdulillah...

Buat pertamanya, saya mohon maaf sebab tutup akaun FB. Tak dapat berhubung dengan rakan-rakan FB dan juga sahabat-sahabat seperjuangan. Takpe, ini sementara sahaja. Sekarang saya bermastautin di UKM untuk menyediakan kertas kerja untuk menyambung pengajian, insyaAllah. Doakan saya.

Izinkan saya berkongsi mengenai impian saya. Impian saya adalah untuk menjadi seorang isteri yang berkhidmat buat suami dan menjadi seorang motivator yang hebat buat suami dan anak-anak. Simple bukan? Saya kira mungkin ia terinspirasi daripada emak saya. :) Taraf sosial, pendidikan, kerjaya... semua itu penting. Ya, sangat penting.

Cuma, yang paling penting dari itu semua adalah mencapai Redha Allah dalam setiap pekerjaan @ tindakan yang kita lakukan. Saya kira, kita semua bersetuju dengan perkara ini. Ah, saya gentar berbicara tentang ini... saya sendiri, jauh dari Redha Allah... Doakan saya agar menjadi insan solehah yang diredhai Allah. Ameen.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?


Ini.

Betul, lepaskan ia berlalu. Teringat kata-kata ayahanda Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Allah memberikan mata di depan, kerana ia adalah lebih penting untuk pandang ke depan daripada belakang. Bergeraklah ke depan, wahai anakku, jangan biarkan perkara silam mengganggumu.
Yang lepas dijadikan pengalaman, tidak perlu digengam tak lepas tangan.
Senyum

Bayangkan...
Anda melihat seorang pulang dari pasar malam dengan membawa plastik makanan. Okay la kan. Cuba bandingkan pula seorang yang dalam perjalanan mengenggam plastik yang kotor... berbau busuk pula tu, genggam tak lepas tangan sampai bila-bila.

Buruk betul perangai. T_T

 Pengalaman Cinta, jadikan ia pengajaran.
*Menghela nafas* Oh, cukup-cukup lah. Cukup-cukup sudah.

Sahabat & Perjuangan (UKM), saya sayangkan anda semua.
Maafkan saya atas kekhilafan diri...

Cita-Cita, anda tunggu, saya datang menggenggam anda. 
InsyaAllah.

Akhirul qalam...

Buat pengantin baru - Selamat Pengantin Baru. :)
Buat mereka mendapat berita gembira - Tahniah, moga kejayaan mengiringi anda. Ameen.
Buat mereka yang sedih2 pula - Nah, saya bagi video ini. hehe. (Sesuai untuk semua orang juga).

 
Yiruma - River Flows in You

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Hidup adalah perjuangan untuk mencapai cita-cita. 
Dan cita-cita tertinggi seorang muslim adalah, Syurga (Redha Allah).

No comments: