HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Tuesday, March 12, 2013

MASA UNTUK PERUBAHAN

Bismillah wal hamdulillah...

Sekian lama blog ini menyepi tanpa sebarang isu... maafkan saya.

"Dengan lafaz Bismillah... saya ingin kembali berbicara. Boleh kan?"


InsyaAllah.

(tarik nafas panjang-panjang..... lepas. haha... kekok gile nak bersuara bila da lama sangat membisu.)

Okay2, kita kembali perkara pokok. Sebenarnya saya ingin berbicara tentang politik Malaysia khususnya PAS itu sendiri. Tapi, masalahnya... saya tidak pasti bagaimana ingin memulakan, ditambah pula... saya ingin berbicara dengan memakai topi hitam (teori Edward de Bono). Hm. Serius saya tak tahu apakah cara terbaik untuk saya memulakannya... Selama ini senyap-sepi, tetiba muncul melalui blog mahu mengkritik...

"Apa celop toq?"

Tapi, serius saya benar-benar ingin bersuara. Tak apa, anda tak perlu bimbang. Saya bagi jaminan. Sebab... saya bukanlah sesiapa yang penting dalam... parti PAS..? Huh. saya bukan sesiapa pun untuk anda ambik kesah tentang kritikan saya ni. Betul tak? :) Dan juga, anda tak perlu bimbang pun sekiranya 'musuh' (huh?) terbaca  artikel ini. Sebab, siapa saya yang diaorang nak ambik kesah, kan?


Cumanya... apa yang ingin saya sampaikan adalah, harapan agar kritikan ini punya 'nilaiannya' dan direnung-renungkan, namun andai ia sebaliknya... 'tiada nilaian'. Tak apa. Saya berlapang dada menerimanya. :) Sekurang-kurangnya saya dah melunaskan 'hutang jiwa' saya yang sekian lama membendung perkara ini. (Memang tak tenang asyik menggendong beban dalam kepala. ==)


Serabut-serabai...


Panjang benor muqaddimahnya. :) 

Baiklah. Kita kembali kepada isu perbincangan. Pertama dan terutama, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Team Penerangan Jentera Pilihanraya PAS dengan pelbagai bahan kempen yang mesra pembaca seperti manifesto, penerangan isu, info tambahan... dalam bentuk yang mudah difahami, padat dan ringkas tanpa mengetepikan elemen kreatif bagi menarik minat pembaca. Kalau anda scroll down pada wall fb saya, macam2 poster yang saya share. Kadang, terasa malu sendiri pula bila melihatnya. Apa taknya... bersemangatnya saya berkempen dalam fb... Heh... :3

Tahniah & syabas buat semua pihak yang terlibat dalam memhasilkannya! :)

Persoalan

Jadi, apa kaitan video yang dihasilkan oleh Shah Jovi (sila rujuk status dalam fb saya sebelumnya) dengan apa yang saya ingin cuba sampaikan? Ia tentang sikap, pemikiran orang Melayu. Saya dah lama ingin sentuh perkara ini... sejak saya belajar tentang subjek 'Ekonomi Persekitaran' semasa mengambil MA @ UKM. Apa yang diharapkan adalah ada perkara yang perlu kita semua fikirkan/renungkan tentang sikap orang Melayu ini.

Izinkan saya berterus terang & saya berharap anda membaca artikel ini sampai ke penghujungnya. (Sekali lagi, saya bukan menentang... sekadar menyatakan pendapat). Sebenarnya... saya kurang bersetuju dengan manifesto 'barang free' yang dicanangkan oleh PR. Semuanya disebabkan berbalik kepada video oleh Shah Jovi tersebut. 
Persoalannya... benarkah setelah banyak perkara yang dibantu oleh pihak kerajaan (insyaAllah PR akan datang) ini... boleh mengubah sikap orang Melayu ini untuk terus berjaya/bersaing dengan kaum lain? 

Suka untuk saya memetik sebahagian penerangan daripada video tersebut:

"I have for the past 4 years trying my best to help many bumiputeras to change but with very little success. I have to admit, bumiputera attitude is hard to change. Its the only thing that is stopping them from success.
"


Bolehkah sikap kebanyakan Melayu ini diubah agar dapat mereka kecapi kejayaan/ bersaing dengan sihat setelah sekian banyak bantuan diberikan oleh kerajaan (insyaAllah PR)?

Bersaing vs Berusaha?

Filem Pendek: Bayu Perubahan


Saya juga tertarik dengan sebuah filem pendek, yang dihasilkan oleh DPPM berkaitan manifesto di Sabah. Pernahkah anda menonton filem pendek tersebut? Selepas pembikinan Oley!, kini diikuti pula kempen-kempen yang divideokan yang ternyata amat menarik untuk ditonton. Saya amat menyarankan agar anda menonton terlebih dahulu filem tersebut. Maklumat yang ingin disampaikan jelas dan tepat. 

*Selamat menonton. :)


Sudahkah anda menontonnya? Seronok bukan dengan lagu latar IM4U (Eh??? hehe... memang musik lagu tu best. Liriknya... duk ulang je pun. :D ) Tak kalah dengan lagu Ini Kalilah. :3 Huh... da takde dalam Youtube nyanyian budak chomell tu. :(

Sekadar menyatakan sedikit pandangan saya... 
Filem tersebut secara halus menonjolkan pemikiran kebanyakan bumiputera... Setelah dapat bantuan, inisiatif daripada kerajaan... kelihatannya, ia merehatkan diri. Dengan kata lain, berpuas hati dengan apa yang ada tanpa inisiatif sendiri untuk membuka perniagaan, mungkin? Atau inisiatif perancangan masa depan yang lebih cerah, mungkin?

"Amboiii.. Sedapnyer mengkritik. Filem da cantek, maklumat da jelas, da cun apa! Manifesto kan.. dah terang apa yang ingin disampaikan."

Benar. Sama sekali tiada pape masalah tentang filem tu. :) Saya memetiknya juga dalam posting ini sebab ia ada kaitan dengan isu yang dibincangkan. Filem tersebut secara tak sedar menonjolkan sebahagian sikap bumiputera. Berpuas hati dengan apa yang ada.

Kalau la saya 'darah biru'... saya kurang berkenan kot dengan filem tersebut. Bukan sebab manifesto, tapi sebab penonjolan sikap bumiputera tersebut. (Anda pun tau sikap 'diaorang' ni yang 'suka berusaha'. hehe..) Kot la...


"Yosh!"

Solusi

Saya tidak ingin menyampaikan solusi. Siapa saya? Budak (perempuan) mentah je pon. Tiada kepakaran dalam mana-mana bahagian, apatah lagi politik. Suka saya memetik kembali "saya ingin menyentuh isu ni, sejak saya belajar tentang subjek 'Ekonomi Persekitaran' semasa mengambil MA @ UKM." Apa kaitannya? Banyak perkara yang berlaku semasa belajar.... tapi biarlah saya teruskan saja pada rumusan.

Saya belajar dan mula faham bagaimana peranan duit (yuran/tol/tiket/cukai dan sebagainya) boleh membantu dalam memupuk sikap kesedaran untuk berubah. Hakikatnya, saya antara pelajar yang pada awalnya... seolah kurang bersetuju dengan subjek tersebut. saya bertanya kepada pensyarah,

"Kenapa perlu ada cas/bayaran untuk alam sekitar (kurniaan Allah kan), sedangkan kita boleh berubah dengan adanya kesedaran sivik (bermula dari dalam diri kita sendiri)."



Pantai Teluk Ketapang... K, Trg.

Masalahnya... setelah sekian banyak kempen kesedaran. Berubahkah masyarakat? Dan sesi pembelajaran subjek 'Ekonomi Persekitaran' mendedahkan kepada saya bahawa sikap boleh diubah dengan adanya desakan (duit). Saya tidak la memaksudkan adakan kembali yuran dan sebagainya. Pemahaman saya... duit adalah antara medium yang boleh mengubah sikap...  ada lagi medium yang lain seperti berbentuk ganjaran atau cabaran? Apa yang saya cuba ingin sampaikan dari awal lagi adalah,

"Sebagai sebuah parti yang insyaAllah akan memerintah... 
ada perkara yang perlu difikirkan/renungkan tentang sikap orang Melayu ini agar ia turut BERUBAH, selari dengan BERUBAHNYA KERAJAAN. InsyaAllah."


Untuk renungan... :)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Memetik kata-kata jurucakap dalam video tersebut,
"Kita bangga dengan sejarah orang kita, kita bangsa pendekar! Zaman moden ini, biarlah kita jadi Pendekar Ekonomi! Siapa kata kita tak boleh buat? Tok moyang kita dulu, satu dunia pergi berdagang. Naik sampan, perahu saja... akal ni macam pisau, kalau tak asah, lama-lama tumpul. Kalau kita puas hati dengan apa yang ada, jangan salahkan orang lain bila mereka ambil apa yang kira rasa kita punya!"

No comments: