HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Thursday, January 5, 2012

Splendor of L0VE

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Koleksi bahasa CINTA dari dua hpku...


*********************************************

Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada siapa sudi menemaninya,
carilah jalan yang terang dari DIA yang terus memandumu.
Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
mengadulah pada DIA yang Maha Mendengar.
Apabila miskin, papa dan terperangkap dalam kesempitan hidup,
ingatlah pada DIA yang kaya.
Apabila engkau dalam kedukaan, sedangkan tiada tempat untuk meluahkan perasaan, mengadulah pada DIA yang satu.
Apabila kedukaan itu seperti tiada penghujung, serahkan dirimu pada DIA tempatmu gantungkan harapan.
Apabila parutmu dilukakan lagi, ingatlah ALLAH bersama orang yang sabar.
Apabila hidup diselubungi kegelapan, carilah sinar itu dari DIA yang memberi cahaya.
Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada siapa mengambil kisah,
ingatlah DIA yang tidak pernah melupakamu, DIA yang maha adil.
Apabila hati terluka dan menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa,
DIA melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya, sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari DIA yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakan beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula
kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNYA.
Apabila ALLAH hendak memberi satu kebaikan, DIA akan menguji kamu terlebih dahulu...

Sender : l0ve.ummi
Sent : 22-05-1432 H

*********************************************

Asm anak2ku, bacalah Laa haulawala quwwata illa billahil 'aliyyil'azhim.
Di kala lemah dan hilang kekuatan untuk meneruskan kehidupan. InsyaALLAH,
ALLAH akan beri ketenangan. Amin.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 06-06-1432 H

*********************************************

Asm anakku, doa untuk mudahkan jodoh, bacalah surah Yusuf ayat 4, surah al-Anbiya' ayat 89, surah Toha ayat 39. Amalkan insyaALLAH berkat. Amin.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 13-06-1432 H

*********************************************

Asm anakku, kuatkan semangatmu, teruskan perjuangan, carilah redha ALLAH,
DIA tetap bersama kamu. InsyaALLAH.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 19-06-1432 H

*********************************************

Asm anakku, semuga dirahmati ALLAH selalu, belajar dan berusahalah kamu dengan penuh ketekunan dan ketaatan kepada ALLAH dan bertanggungjawablah kepada diri sendiri.
Semuga kamu bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 08-09-2011 M

*********************************************

I love you, selamat belajar sehingga menempa kejayaan cemerlang. Amin

Sender : l0ve.ummi
Sent : 11-09-2011 M

*********************************************

Asm anak2ku, bertanggungjawablah kamu terhadap apa yang kamu lakukan, sesungguhnya kebahagiaan itu pastinya datang dari orang yang bertanggungjawab. Amin.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 18-09-2011 M

*********************************************

Asm anakku, semuga dirahmati ALLAH selalu, sentiasa, selalulah membaca Al-Quran supaya lidah kamu lancar untuk menyebut perkataan yang pastinya memberi manfaat untuk dirimu sendiri. InsyaALLAH.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 22-09-2011 M

*********************************************

Asm anakku, boleh belajar molek ke dok, harap mak awak belajar dengan tekun.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 09-10-2011 M

*********************************************

Asm anakku, selamat belajar dan menuntut ilmu dengan tekun kerana kejayaan sedang menantimu di hadapan. Orang yang bahagia adalah orang yang paling banyak tanggungjawab. Amin.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 17-10-2011 M

*********************************************

Kuatkan semangat, disiplinkan diri, teruskan berusaha. InsyaALLAH berjaya.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 16-12-1432 H

*********************************************

Asm kak, happy birthday to you, semuga meningkat kematangan dan keceriaan. InsyaALLAH.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 27-12-1432 H

*********************************************

Asm anakku, tabahkanlah dirimu, cekalkan hatimu, teruskanlah perjuanganmu kerana agamamu untuk kestabilan dirimu. Salam Maal Hijrah.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 01-01-1433 H

*********************************************

Mak doakan semuga kak cepat dapat jodoh. InsyaALLAH. Amin.

Sender : l0ve.ummi
Sent : 03-01-1433 H

*********************************************

Asm anakku, segala kekecewaan, segala kesusahan, segala kepedihan dan segala penderitaan jadikanlah pendorong untuk terus menuju kejayaan. Amin.

Sender : love.ummi
Sent : 10-02-1433 H

*********************************************


Semoga mak bahagia di dunia dan akhirat serta dilimpahi kasih sayangNYA senantiasa.
Ameen...

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Gonna be HOME with a GLORY. InsyaALLAH.
Pray for me... ~L0ve U m0m~

Sunday, January 1, 2012

2.0.1.2 = 24 Tahun yang Dewasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Perkongsian ringkas bersempena tahun baru 2012. :-)


"Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan,
tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian
dan tanpa kebencian."

~La Tahzan~

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Year 2012 is waiting for y9u to BRIGHTEN it~!!!
Keep on moving and stepping FORWARD.
Hitting the TARGET one by one.
TAKBIR~!