بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
Pagi Jumaat yang Mulia lagi Barakah~ =)
Alhamdulillah... sekali lagi terus diberi ruang dan peluang untuk merasai nikmat hidup... hidup dalam keimanan kepadaNYA.
Sebenarnya, tidak pasti tentang apa yang mahu dicoretkan. Tiada. Sekadar mahu melempiaskan bisikan hati~ betapanya diri ini bersyukur kerana sehingga saat dan detik ini, Dia masih memberi peluang buat diri yang hina dan dhaif ini untuk merasai nikmat hidup, berjalan, berlari... dan terus-menerus melangkah untuk mencipta satu demi satu babak episod kehidupan. Yang hakikatnya, telah temaktub di Lauh Mahfuz. Jatuh-bangun, susah-senang, suka-duka, tangis-tawa, sendirian-beramai-ramai...
Seronok~ dan sangat seronok. Pengalaman demi pengalaman ditempuh, banyak perkara yang dipelajari... Moga-moga diri ini tetap kuat dan teguh berhadapan dengan arus dugaan yang senantiasa datang menguji. Tidak kira siapa~ saya, kamu... mahupun mereka. Dan jua, moga kita semua tak lupa bahawa pada setiap ujian yang menduga, bersamanya ada hikmah & iktibar yang perlu dikutip. Ya, ada 'rahsia' yang perlu (baca : boleh) kita kita singkap buat bekalan perjalanan mengharung arus kehidupan di akhir zaman.
Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan
Terima kasih, terima kasih atas segalanya.
0 comments:
Post a Comment