HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Tuesday, March 8, 2011

Kemenangan PRK : Hadiah 'Topi Hitam'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Untuk makluman anda, tarikh sebenar posting ini adalah 26 Februari 2011. (Bayangkan~ betapa lamanya ia terperam dalam blog saya. Maafkan saya atas segala kekangan yang menguzurkan...) Baiklah, sebaiknya saya terus kepada isu pokok~ 'Hadiah Topi Hitam buat Kemenangan PRK.' Saya yakin anda semua sedang sibuk mengatur strategi dalam mengisi kemenangan di kampus masing2. Takpe, posting ini merupakan sedikit cetusan ringkas daripada saya - Sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas nikmat kemenangan yang Allah kurniakan.


Percaya @ tidak... (Mesti percaya punya~ :B) Topi2 ini ini sesuai digunakan pada waktu2 tertentu sahaja. Penangannya akan pudar jua seiring dengan masa. Namun, saya tetap ingin coretkan sesuatu. Sedikit lontaran pandangan dan saya ingin menyampaikan hadiah.

ISU DI UPM

Saya agak janggal dengan isu ini... Benar, kalau pihak pentadbiran UPM sedia berunding dan bersua muka, pastinya kejadian tersebut tidak berlaku. Masalahnya, ramai yang melihat isu ini dengan menjustifikasikan tindakan 'vandalisme tersebut' @ semakin mengapi-apikan. Mengapa? Saya tak faham... Tak perlu rasanya untuk saya melontarkan beraneka hujjah. Cukup dengan saya bawakan satu situasi untuk kita semua merenung dan berfikir sejenak.

Andaikan~ andaikan Rasulullah S.A.W. bersama dengan kita saat berlakunya peristiwa tersebut. Tersenyumkah baginda?

Apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak pentadbiran UPM.. Namun, yang lebih dikesalkan, mengapa di kalangan kita cuba menjustifikasikan tindakan tersebut? Tidakkah mahu mengambil pengibrahan?
Bak kata seorang sahabat, "Saya tidak mahu kejadian di Timur Tengah berlaku di Malaysia."

HADIAH SAYA

Sudah. Cerita topi hitam sudah habis. Ah~ wajah saya tidaklah cerah, tidak perlu rasanya dihitamkan lagi. :-) Hadiah yang saya benar2 mahu sampaikan buat sahabat adalah sebuah 'Pesanan Kasih-Sayang'. Sebuah ceramah bertajuk "Indahnya Kesabaran" yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Gymnastiar, penceramah yang tersohor dari Indonesia. Sedikit bingkisan dari saya, peruntukkan sedikit masa anda & dengarlah setiap butir bicara yang diluahkan. Ia menyentuh segenap aspek kehidupan~ termasuk agama, siasah, munakahat & persoalan harian... Silakan mendengar...













LAST BUT NOT LEAST

Perjuangan kita masih panjang... Moga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berjuang tidak kira di masa2 peritnya pengorbanan mahupun di saat terasa manisnya kemenangan.


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Moga rahmah dan pertolongannya akan terus mengiringi kita semua dalam meniti ranjau perjalanan ini. Ameen ya rabbal ' alameen.

p/s : "Tidak lama kemudian, datanglah Hud-Hud, lalu ia berkata,..."
- Saya tak sukakan ini, ia seolah-olah dah menjadi 'sumpahan' pada saya... Tapi, saya tetap sukakan Hud-Hud. Gugu...

No comments: