بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
p/s : Posting ini untuk diri sendiri. Terima kasih.
Teringat satu masa, satu ketika... Saya mencari di mana titik kelemahan saya, mengapa saya sukar untuk berubah. Berbulan2 saya terkapai2... Sehingga satu masa Allah gerakkan hati saya untuk berjumpa dengan seorang 'murabbi' (saya namakan beliau). Saya luahkan masalah saya... berhamburan air mata, tak tahu di mana punca... Lama sangat saya pendam. Beliau mendengar dengan cermat. Sesudah habis saya berbicara, beliau luahkan butir2 bicara nasihat, hikmah untuk saya. Banyak pesanan beliau & antaranya adalah membaca Al-Quran sehari satu juzuk. Dan saya mengamalkannya. Alhamdulillah... masalah tersebut berjaya saya atasi. Itu, cerita tahun lepas.
Kini, selepas hampir setahun... masalah itu kembali lagi. Sekali lagi saya hilang punca, terkapai2... & memberi kesan pada hidup saya. Serasa mahu memberontak. Ah... teringat saya akan pesanan beliau. Baca Al-Quran sehari satu juzuk~ Saya benar2 ingin kembali konsisten. Namun, agar sukar untuk kembali.
Pada setiap ujian yang Kau timpakan ke atas diriku...
Bantulah daku untuk menempuhinya...
Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan
Rayuan Rindu... (oleh Raihan)
2 comments:
salam
memang itulah sifatnya ujian. apa yang kita harus terus percaya adalah, ujian datang utk menjadikan kita lebih kuat..bkn melemahkan. semoga Allah berikan kekuatan tersebut. amin.
W'salam.
Syukron jazilan. Barakallah~
Post a Comment