HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, January 10, 2011

Saya Terpempan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya terpempan... Hmm... mula2 terasa nak gelak besar. Lepas fikir baik2, buat carian lagi... saya mula faham. Syiah ni isu yang berat sebenarnya. (Saya dah tahu berat... tapi, saya maksudkan benar-benar berat. Apatah lagi ia melibatkan kesatuan umat Islam.) Kenapa boleh keluar kenyataan ini pula? Aduhaiii~ trimas buat Ya Aba 'Abdillah dalam link blog beliau - http://hezbollah-asia.blogspot.com/

Bila terbaca 'hezbollah-asia', dengan link blog saya di situ... Saya dah telan liur dah. Gulp~! Karang, tak pasal-pasal pulak jadi perhatian diaorang. (Huhu... tak mboh~) Sekali lagi, saya ingin menyentuh isu ni berikutan penyiaran artikel 'Cabaran Buat Politikus-Kesatuan Sunni-Syiah'. Sebelum pergi lebih lanjut, saya sarankan anda baca terlebih dahulu artikel tersebut barulah menyambung bacaan artikel saya yang ini sebab ada perkaitannya. BACA dahulu~! Jangan malas2. (Bagi yang dah faham, saya alu-alukan untuk baca juga.)

video

Saya temui video ini dalam facebook~ lebih dan sangat membantu pemahaman setelah anda mendengar kedua-dua ceramah dalam artikel sebelumnya. Untuk lebih jelas, bagi anda yang suka 'menggali sendiri'... saya bawakan satu lagi link. Klik sini. Satu lagi sudut pandang yang agak menarik.

Berdasarkan sumber-sumber tersebut, terdapat banyak cabang dalam ajaran Syiah itu sendiri dan terdapat dua cabang yang tidak keluar daripada Islam iaitu Syiah Imammiah dan Ja'fariah. Kefahaman mereka ini tidak menyebabkan mereka kufur. Dalam konteks Syiah di Malaysia pula, mereka ini menganut ajaran Syiah Imammiah. Kesimpulan mudah, adalah perlunya kesatuan antara 'kita' dan 'mereka' dan saya tertarik dengan pendekatan yang dianjurkan oleh MO di akhir penulisan beliau. (Sila rujuk artikel beliau dalam link di atas.) Saya syorkan juga anda baca berita di bawah ini dengan klik pada sumber untuk zooming.

Peringatan : Buang dahulu segala prejudis anda, barulah maklumat tidak 'tertapis.'
Sumber : Sini.


Walau bagaimanapun setelah kita memahami satu-satu perkara, jangan pula kita dengan mudah atau terus lantang melabelkan sekian-sekian kelompok dengan label demikian-demikian. Bersederhanalah... dan lihat daripada aspek yang positif. Raikan pendapat. Barulah dikatakan "Perbezaan pendapat itu rahmah."

Akhirul qalam...

Andai saya ditanya, "Boleh nak masuk Syiah?"
Saya akan jawab, "Tak perlu."
"Nak jugak!!?"
"Tak boleh jugak."
"Nak jugak!!!?"
"Baiklah. Kalau nak jugak... jawab dulu satu soalan untuk saya.

.............................

Ajaran Ahli Sunnah ni, belum cukup indah lagikah untuk dipratikkan?"

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Nak label apa ntah~ 3G @ 3K... Huhu...
Syukron lillah~

4 comments:

Farid Albariti said...

menarik..

Kembar said...

maaf....

cuma sekadar lalu di blog saudari. banyakkan mengkaji, membaca dan mentelaah tentang syiah.

Tiada ruginya. saya siang malam mengkaji tentang perkara ini. Perkara hak dgn yang batil umpama air dgn minyak, tidak akan bersatu.

Syiah imamiah blh diiktiraf sebagai Islam? nampaknya banyak lagilah saudari kena kaji

Huda Afiqah Hashim said...

Farid Albariti > Syukron ya abiii~ :)

Kembar > Owh~ sangat berterima kasih atas nasihat saudara. Waaah~ hebatnya mengkaji siang dan malam. Takpe lah. Sebagai orang awam, cukuplah sandaran saya pada ulamak.

Rupanya... ada individu yang 'secara tak sedar' merasakan dirinya lebih berilmu daripada ulamak. Wah~ hebat. Hebat sungguh.

Akhirul qalam, cukuplah dengan saudara ber'silat' di gelanggang blog Dr FT. Terima kasih.

Ukhtiutmuda said...

syiah bagi ana tiada kompromi.afwan.
syiah is not o.k ukhti !