HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Friday, January 7, 2011

Kembali Mengatur Rentak... Bola???

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Kembali Mengatur Rentak... dengan sisa-sisa semangat yang masih berbaki...

Teringat kemenangan Harimau Malaya ke atas Garuda dalam Piala Suzuki AFF baru-baru ini... PM mengisytiharkan cuti umum pada hari Jumaat. Susulan daripada itu, terdapat respon dalam akhbar Cina yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.


06 Januari 2011

ISU-ISU AKHBAR CINA

Pembaziran kerajaan, swasta tanggung

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 3 Januari lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai majikan yang terpaksa menanggung kerugian ekoran kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada 29 Disember lalu.

Artikel bertajuk ‘Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’ itu tersiar halaman A11 akhbar berkenaan.

Penulisnya yang juga seorang pengkritik isu-isu semasa, Wong Zi mempersoalkan rasionalnya kerajaan mengisytiharkan Jumaat lalu sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan pasukan bola sepak berkenaan.

Beliau berpendapat, luahan rasa gembira dengan kemenangan itu sama ada untuk tempoh semalaman, beberapa hari atau sebulan sudah memadai tanpa perlu adanya cuti umum. ‘‘Adakah kerana mahu bergembira sehinggakan seluruh negara tidak boleh bekerja?’’ soalnya.

Wong Zi berhujah, keputusan itu tidak wajar dibuat kerana ia bukannya menjadi amalan negara sebelum ini termasuk ketika pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei menduduki ranking tertinggi dunia dan ketika Datuk Nicol David diangkat sebagai pemain skuasy nombor satu dunia sebanyak beberapa kali.

‘‘Setiap kali mereka mencapai kejayaan ini, bukankah rakyat di negara kita turut sama bergembira? Bukankah kegembiraan ini sudah cukup memadai,’’ katanya.

Tegas beliau, rakyat di negara ini tidak langsung mengharapkan cuti umum kerana Malaysia memang sudah kaya dengan cuti-cuti bagi meraikan perayaan tiga kaum utama dan empat agama besar.

Beliau juga berpendapat cuti umum tambahan tidak diperlukan memandangkan produktiviti kakitangan kerajaan dan pekerja swasta sekarang yang rendah dan lembap serta daya saing mereka yang lemah. (huhuh... saya terasa diketuk~!)

‘‘Hanya kerana menang satu perlawanan bola sepak, produktiviti seluruh negara terhenti, pembaziran kerajaan ditanggung oleh rakyat, kos pihak swasta siapa yang bayar dan tanggung? Tidak dapat hantar barangan di hujung tahun, tidak dapat kemas kini akaun, rakyat kena mengadu dengan siapa?’’ soalnya.

Ujarnya, ada orang yang suka menyepak bola, ada orang yang suka menonton bola, ada orang suka berjudi perlawanan bola sepak. Ini semua kegemaran masing-masing, tetapi majikan yang menanggung kos dan dianggap menjadi pesalah jika tidak memberikan cuti umum kepada pekerja. ‘‘Adakah kita mentadbir negara ini hanya kerana untuk suka-suka sahaja?’’ soalnya lagi.

Patut la saya terasa 'semacam ada yang tak kena...'
Bukannya saya tak sukakan cuti. Aduhaiii... pekerja mana lah yang tak sukakan cuti. Namun, apa yang cuba diketengahkan ada relevannya. Lagipun, sebenarnya secara sedar atau tidak, kelihatannya seolah-olah bola sepak di'hebat-hebat'kan. Apalah sangat yang ada pada bola tu...
(Eh, saya peminat bola juga tau~ Cumanya sekarang ini, fokus pada isu ini...)

Oh ya~ Tahniah buat Harimau Malaya!


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Anda pula macam mana? Seharusnya, difikir-fikirkan...
Fikir untuk jangka panjang...

2 comments:

Farid Albariti said...

teruskan!!! :-)

Eh, bleh baca tulisan cina ek??

Huda Afiqah Hashim said...

Hahaha... Takdelah. Isu-isu akhbar Cina tu, satu ruangan dalam Utusan Malaysia yang telah diterjemah.

Antara kolum-kolum yang saya minati. Boleh tahu apa yang diorang (Cina) bualkan serba-sedikit. :)