HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Friday, January 7, 2011

Cabaran Buat Politikus-Kesatuan Sunni-Syiah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

(Hmm... saya bukanlah penulis blogger tegar memandangkan ada tanggungjawab lain yang terpikul... Namun, isu yang saya ketengahkan tetap relevan. Justeru, suka untuk saya nyatakan di sini, saya akan cuba mengulas sesuatu isu bilamana saya berkelapangan. InsyaAllah~)

Berbalik pada tajuk di atas. Hm... tak ada pape yang gempaq sangat~ Tenang sahaja. Membaca dengan emosi yang tenang membolehkan kita menghadam apa yang dibaca dengan lebih jelas dan maklumat yang disampaikan mudah diterima. Bukankah begitu? :)

*****

Syiah: 'Fatwa' Haji Abdul Hadi Awang

Ini satu pandangan alternatif. Untuk siapa yang suka mendengar dan mencerna bahan sebelum melenting menghukum.

Saya bukan penggemar Haji Abdul Hadi Awang dari segi politik. Serasa arwah Ustaz Fadzil Noor lebih hampir di sisi saya (dari segi politiknya). Sementelah almarhum pernah datang rumah saya dan makan rambutan hampir sebesen; dan saya juga mengenali salah seorang anak beliau.

Kembali kepada Haji Abdul Hadi Awang, walaupun i am not a fan of him, saya terpaksa akui, ilmu agama beliau lebih daripada saya. Ustaz Hadi adalah graduan Universiti Madinah dan Al-Azhar.

Tampal url ini:

http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=18,

juga http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=19

Sila muat turun audio dan dengarkan sendiri (tidak lama untuk muat turun). Pastikan anda muat turun 2 audio.

Kata Haji Abdul Hadi Awang:

"Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia.

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia."

"Fahaman mereka tidak menyebabkan mereka menjadi kufur, kerana ia hanyalah dalam masalah cabang."

"Saya diberitahu oleh Ulamak dari Iran dalam muzakarah saya, mereka tidak menggalakkan nikah Mut;ah, Dalam Ahli Sunnah pun ada persoalan, seperti nikah Misyiar dalam sunni yang di bolehkan tidak di galakkan dan juga Nikah Cina Buta yang di halalkan oleh mahhab Ahli Sunnah dan setengahnya mengharamkan....."

"Kadang-kadang kita kata, kita Ahli Sunnah, tetapi sebenar Ahli Punah. Kerana kita berkawan dengan Amerika, mereka menentang Israel dan Amerika di Lubnan."

(* Ustaz Hadi dua dari kanan) dalam majlis perpaduan Islam di Iran). Kuliah ini beliau sampaikan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 01 Disember 2006. Jumlah masa dalam setengah jam. Tidak pernah terfikirkan, 4 tahun kemudiannya ada orang menfitnah syiah sebegitu hebat untuk dapat keuntungan dunia.

Barangsiapa yang suka belajar jemputlah mendengar. Banyak ilmu di dalamnya, 'termasuk perbezaan syiah di Iran dan India (yang diresapi elemen Hindu)', bahawa mazhab tidak terhad kepada 4 sahaja, bagaimana Imam Khomeini berijtihad supaya orang syiah solat di belakang Imam Wahabi di Mekah, bagaimana al-Azhar ditubuhkan oleh orang syiah, bagaimana Salahuddin al Ayubi menggulingkan kerajaan Syiah, Hezbullah yang rapat dengan ahlus sunnah wal jamaah, nikah mut'ah, solat dijamak, sujud atas batu, serta bagaimana strategi Amerika melagakan sunni dan syiah.

* Mistis dan ali, Ustaz Hadi turut menyentuh syair Imam Syafie tentang syiah rafidhah.

Foto Ustaz Hadi bersama ulama-ulama Syiah ini diambil dari blog Neutral Daily, klik sini.

*** Artikel ini dipaut dari blog Faisal Tehrani.

*****

Sekarang, saya jelas dengan pandangan saya terhadap Syiah. Hakikatnya, saya sudah memahami serba-sedikit Syiah melalui kuliah-kuliah ilmu serta melihatkan catatan-catatan di birai kanan blog Faisal Tehrani. Namun, saya tergugah... Tak apa lah... Pendirian saya mudah dalam menetapkan sesuatu pandangan. Boleh jadi betul atau salah.
Andai salah, saya tak terasa salah 100% sebab di situ ada ruang untuk saya belajar. Andai betul, Allah akan tunjukkan.
Namun, jangan pula terlalu yakin... @ (over-confident - ini yang memakan diri)

Saya juga ingin menyarankan anda agar masuk ke link ini untuk lebih jelas. klik sini.

NOTA : Ingin saya rakamkan berbanyak terima kasih kepada individu-individu yang 'mendidik' saya sama ada secara langsung mahupun tidak. Tidak kiralah pendapat bagaimana yang dipegang... Yang penting, itu semua amat berharga pada saya dalam membina keperibadian.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Saya bukanlah peminat tegar Faisal Tehrani. Namun, saya sukakan cara beliau. Terima kasih.

"Beredia sahut cabaran ini?"

No comments: