HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, December 26, 2011

Jiwa Besi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Specially dedicated to every0ne (friends, peers, sahabat's) and als0 to s0me0ne...

~Surah Al-Hadid~


(This video presents such beautiful, awes0me creations and scenery. Hope U guys enj0y it!)

Apa p0n perasaan yang berbaur... tetaplah, teguhlah & terus kuat mendepani hari2 depan.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

"Hidup Adalah Perjuangan!"

Monday, November 7, 2011

Penawar Hati, Pengubat Rindu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku berlindung dengan ALLAH daripada syaitan yang direjam.

"Katakanlah (Muhammad), "Segala puji bagi ALLAH dan salam sejahtera atas hamba-hambaNYA yang dipilihNYA. Apakah ALLAH yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan (dengan DIA)?""

"Bukankah DIA yang menciptakan langit dan bumi yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu KAMI tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping ALLAH ada (tuhan) yang lain? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran)."

"Bukankah DIA yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping ALLAH ada (tuhan) yang lain? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui."

"Bukankah DIA yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNYA, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping ALLAH ada (tuhan) yang lain? Sedikit sekali (nikmat ALLAH) yang kamu ingat."

"Bukankah DIA yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNYA? Apakah di samping ALLAH ada (tuhan) yang lain? Maha Tinggi ALLAH terhadap apa yang mereka persekutukan."

"Bukankah DIA yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi) dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping ALLAH ada (tuhan) yang lain? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar." "

"Katakanlah (Muhammad), "Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali ALLAH. Dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan." "

(Surah An-Namlu : 59-65)


Salam mesra, Salam sayang
Salam ukhwah, Salam perjuangan

"Dan bukankah menjadi hamba yang redha dan berlapang dada dengan setiap segala ketentuanNYA adalah sebaik-baik perhambaan?"
(Hud-Hud)

Wednesday, September 14, 2011

C & P : Now Entering The Learning Zone!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Petikan dari sesawang sahabatku, Nur Atikah Muhammad @ TK. Ini linknya.
Sekadar C0py & Paste, artikel yang sangat sesuai bagi yang baru mula belajar @ kerja @ semester & apa2 la.

Selamat Membaca.

Assalamualaikum.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, hari ini kita masih segar, sihat, bernafas, makan minum, tidur dan sebagainya, dengan penuh normal. Ya normal. sebab tu kita tak rasa apa-apa. Cuba kalu kurang normal,...mean, demam ke ..selesema ke..mesti baru ingat dan kata, Alhamdulillah, da sihat. Pergh! masa tu baru ingat kut! Aiyo. Apa pun sahabat, always do remember Allah!

(emmm. saya la tu. baru baik demam. 2 hari. Alhamdulillah. hehe..)


Ok. Tajuk entry kita kali ni, MUSIM CABAR-MENCABAR. Post ni sememangnya khas buat mereka baru masuk matrik (erk..lame suda..), baru masuk alam UNIVERSITI (ni paling penting!), yang baru masuk alam pekerjaan (budak2 fresh grad) dan...alam-alam...lain selain dari alam barzakh dan perkahwinan. Sbb? hoho. Isi kali ni kurang sesuai dengan alam-alam berkenaan. kui3.

My intention is for the students-new students-freshie-juniors-youngsters-brothers and sisters...-and not forget, for me, myself who will enter the working life, also to my close friend that wanna fly to Mesir bumi anbiya' on 15th September soon. Thus, for those who included in this group, feel free to scroll down on and on. Let's check it out!

Travelling far from the north, south, west and east, here you are in the most wonderful-critical stage of life. MAHASISWA.




Yeah! Kasi semangat sket! Orait. Saya tidak ada apa-apa nasihat atau tips atau tazkirah atau... apa-apa berita untuk diketengahkan, cuma ada sedikit pengalaman untuk dikongsi. Moga manfaatnya, dirasai bersama. InsyaAllah.

1. Pasak NIAT! Niat ni akan tentukan where we are heading to in this journey (specifically, student!). Sebelum korang nak kuar dari bilik masing-masing gi kuliah, setting niat dulu. agak-agak rasa cam dah pasak kemas dan sebati dalam ruh, akal dan jiwa, baru mulakan langkah menuju ke dewan kuliah dengan penuh jaya lagi rasa berTuhan. Lagi cantik, sebelum kuar umah (means dari kampung tu) da siap-siap niat dalam diri;

"Ya Allah, aku keluar ni untuk tuntut ilmu supaya mendapat redhaMu menuju cintaMu. bimbinglah, bersihkanlah dan sucikanlah hatiku, jiwaku, akalku, badanku dan seluruh dariku menuju cinta dan redhaMu. Jauhkanlah dan lindungilah aku dari segala maksiat, kemungkaran, kekufuran, kefakiran, bisikan syaitan dan segalanya yang membuatkan aku lalai dari mengingatiMu Ya Allah. Ameen Ya Rahman."

Lagi-lagi cantik esok nak gi kampus, kat umah da siap-siap solat sunat. Mohon Allah luruskan hati dan niat, bersih dan sucikan hati, akal dan anggota badan. InsyaAllah, baru rasa yakin nak gerak dan teruskan langkah sebagai seorang 'RIJAL' yang derapannya dinanti seluruh alam. (Fuh...!)

(one of the most crucial-super critical thing u must make sure u have that it! Remember, NIAT!)


2. Pastikan kalian punya HATI YANG BERSIH! Hati yang bersih amat penting dalam perjalanan taqwa ni. Lebih-lebih lagi buat seorang yang berjuang di jalan Allah dalam apa cara sekalipun samada mencari ilmu, bermusafir, berdemo (hehe), memasak, mengangkat senjata, tanam sayur, dan apa kerja sekalipun semata-mata ingin mencari redha Allah atas muka bumi ni. Sebab, if hati tak bersih, macam mana nak ikhlas buat kerja...macam mana iman dalam hati nak kekal...macam mana ILMU NAK MASUK?????

'Al'Ilmu, Nur...'


Teringat time saya di matrikulasi, seorang sahabat (kini berada di Mesir, amik Medic) pesan,
"Ilmu ni cahaya. Cahaya tak dapat tembus hati-hati yang legap gelap ni.."

Dan saya, =(..sedih...

Lagi cantik jika kita bersih suci dan membersih sucikan orang lain.

Terus, timbul satu persoalan.. cane nak dapatkan hati yang bersih? (lu pikir la sendiri!...hahaha). Ok2. Banyak main ana ni. Serius2. Emm, tazkiyatunnafsiah. bersihkanlah diri dengan amal soleh. Jaga solat fardhu, tadabbur dan hafaz Quran (jaga hafazan), solat dhuha, zikir, baca alma'thurat, tahajjud, witir, almuahasabah ilaLlah.. dll yang kalian rasa sgt berkesan utnuk menyentuh hati kalian.

Lagi, nak bagi hati rasa terus aman dan basah ingatkan Tuhan, sentiasalah berdampingan dengan orang-orang soleh, teman-teman soleh dan berada dalam majlis ilmu.

Apa pun sahabat, biar sedikit, tapi berterusan.

3. Sentiasa REFRESH dan INGAT perkara 1 dan perkara 2. Kena selalu perbaharui niat, ulang-ulang dalam diri dan sentiasa bersihkan hati, akal dan anggota badan.

Timbul persoalan, macam mana nak sentiasa refresh perkara 1 dan 2? kita kena DOA. Doa kan senjata mukmin yang paling ampuh. Gunakan! Nak istiqamah ni, kita kena doa. Sebab hati ni, amal, dan seluruh dari kita, Allah yang punya. Kita dah usaha betul nak bersih, Allah jua yang tentukan nak kasi ke tak. Jadi, doalah.. InsyaAllah, perkara baik ni, bertambah-tambah Allah suka dan rindu.

4. STAY FOCUS! Dalam perjalanan menuntut ilmu mahupun buat apa kerja sekalipun, mesti kena fokus untuk pastikan kita sentiasa dalam momentum yang diperlukan. If x...hancussss...!

Terus, timbul persoalan. Cane nak fokus? ye tak? hahaha. Orait. Senang. Ingat dan buat perkara 1, 2 dan 3.

5. BE CALM and RELAX. My dear friend, study smart and hard. But don't kill your self. Bertenang. Biar jiwa tenang, akal tenang dan tindakan kalian akan jadi tenang. Baru senang ilmu nak masuk. smooth je serap ilmu time lecture. InsyaAllah. kita pun tak gopoh, tak kalut, tak resah dan paling penting...kurang tension. =)

Lagi cantik jika kita tenang dan dapat menenangkan orang lain.

Timbul persoalan..cane ntah nak bertenang n cool je kan? hmm. Sahabat, kena selalu waras. Akal waras dan jangan cepat melatah. It trains u to be patient (sabar)..which then leads u to be calm and relax. Hilangkan segala kecemasan, pengharapan penuh dan kebergantungan penuh terhadap segala makhluk. Halakan semua doa dan harapan pada Allah.

'Wakafa billahi syahida, Wakafa billahi wakila, Wakafa billahi waliyya'...

Tapi ini tidak bermakna kalian menafikan kepentingan sesama makhluk untuk saling melengkapi keperluan, kekurangan dan memperingati antara satu sama lain.

6. BERANI BERUBAH. Apabila berani berubah, satu perkara yang kita kena fikir ialah, berani untuk buat keputusan untuk berubah (ini titk mula menapak untuk berubah). Sebab, bila kita dah berani buat keputusan untuk berubah bermakna tahap kesedaran untuk berubah dan kesediaan menghadapi apa jua selepas berubah melebihi dari kebimbangan terhadap risiko-risiko yang ada jika berubah. Hoho. Aksi Cabar-mencabar bermula!

Kenapa penting sangat perubahan ni????

Always remember, besi yang tak digunakan boleh menjadi karat, lopak air yang tidak mengalir boleh menjadi kotor dan katak yang tak nak kuar dari tempurung akan selamanya berada di situ sampai mati (If Allah will).


Also remember, u r still young and student life is crucial part in developing urself to be a person or someone ahead. All the experiences, failures, changes, success and lesson will create a NEW YOU. Thus, feel free to do changes in your life to be a better person. No one love to be in ground state forever. get the energy, give urself a try and move your self to a higher state!


History is made by the Victor..So,


Berani berubah cipta sejarah!

p/s: the largest room in life is the room for improvement!

7. BERSUNGGUH-SUNGGUH! Sekali lagi saya tekan, BERSUNGGUH-SUNGGUH! Kali ketiga saya tekan, BERSUNGGUH-SUNGGUH! Sahabat, tidak ada kerja yang menjadi terbaik jika tiada usaha dan kesungguhan di dalamnya melainkan jika kehendak Allah jua. Terus, Bersungguh-sungguh lah tuntut ilmu Allah di mana saja.

Cane nak tau bersungguh-sungguh ke tak? Buat sampai letih. sehabis daya, sehabis usaha terbaik, sehabis tenaga. Mengerahkan seluruh kekuatan dan segala kesabaran.

8. Ingat TANGGUNGJAWAB dan AMANAH. Ini penting. Sebab? bukan sekadar kita melihat dari sudut taklifan atau fardhu kifayah menuntut ilmu sekian-sekian (ilmu yang kita tgh study la..specificnye, kos kite..). Tapi kita kena lihat dari aspek ruang dan peluang yang Allah berikan.

Ruang yang Allah berikan merangkumi, keupayaan akal fikiran, tubuh badan dan kemampuan dari sudut harta. Peluang yang Allah berikan merangkumi ilmu-ilmu yang ada untuk diterokai, mendapat tempat dan kemasukan ke universiti dan lain-lain (yang pastinye kalian lebih arif menghuraikannya dari saya.)

Justeru, jika kita tak memanfaatkan ruang dan peluang sehabis baik, umpama kurang bersyukur kita. Allah dah bagi, kita je yang tak buat elok-elok. Kita mampu untuk score dan dapat A dengan keupayaan akal kita yang genius (kita la rasa kan?...) tapi kita study sambil lewa, tak hadam betul-betul, gi lecture main-main, dtg lambat. dah, macam mana.....? hmmmm. dptla lebih-lebih kurang je. Tiada yang rugi, selain diri sendiri...Na'uzubillah.

Saya pesan ni, sebab saya da pernah buatla. Jadi, jangan wat kerja sia-sia camtu. ye. Jiwa muda, biasala, banyak main. But please stay waras dan ingat perkara 1 dan 2. Baru tak main-main melampau.

9. JANGAN TAKUT BUAT SILAP. Kalu yang tadi, berani berubah, kali ni, BERANI GAGAL. Your mistakes can be the ultimate lessons that you won't forget in life. Remember, experiences is the best teacher!
Cabar-Mencabar diri.! Jangan takut!


10. GRAB THE CHANCE! You still in first year, or even the first semester, or else...in second or third year. There are so many things to explore through! yet, if you r in the final year, u still got the chance to explore many things but everything must be planned wisely. Remember, grab the chance to learn as much as you can and explore yourself!



Masa ni la aksi cabar-mencabar akan berterusan! Sentiasa mencari dan terus mencari perkara yang menambahkan ilmu di dada, menyerlahkan identiti, menegakkan jati diri, meningkatkan potensi diri dan fight for your rights! Anak muda, jiwa teruje!!! Bak kata K.Nurul (wife ust syaari) dlm talk time STUDENT CARNIVAL '10, "Kekuatan hamasah dari anak muda bergabung dengan kekuatan hujah oleh para intelektual inilah yang menterjemahkan peribadi M.A.H.A.S.I.S.W.A!



In short, Gerakan Anak Muda + Gerakan Intelektual = M.A.H.A.S.I.S.W.A


Teringat pesan Prof Diraja Ungku Aziz (if I'm not mistaken,);"Biar mereka mencabar...asalkan mereka belajar.."


11. WE WILL REACH A BLACK HOLE. Kita akan tetap mengalami rasa DOWN, LETIH, LELAH, PUTUS SEMANGAT, TIADA KEYAKINAN DIRI. Masa ni, kita kena bertenang. Take a short rest. Kita perlu space untuk diri sendiri 'recharge'... hehe

Timbul persoalan. Chargernye? remember principle 1 and 2.

12. PLAN YOUR WORK, PROJECT YOURSELF! Ini penting. pertama, Plan Your Work. Means,kita buat perancangan kerja dengan penuh sistematik, teratur dan berkesan untuk dilaksanakan termasuklah sudah mengkaji dan analisis serta timbal balik keutamaan setiap kerja.

Contoh paling mudah, kita senaraikan suma kerja dan due date, pastu remark dan kelaskan mengikut;
i. segera dan penting
ii. segera tak penting
iii. tak segera penting
iv. tak segera tak penting

Kedua, Project Yourself. Ini pun penting. ini namanya buat projection untuk diri sendiri. 2 bulan, 5 bulan, setahun, 2 tahun , 5 tahun akan datang dll. Porjection macam ni sesuai buat dalam bentuk timeline supaya kita boleh tengok jangka masa dan perkara yang kita nak achieve within that particular time!

(ikutle nak bentuk ank panah ke, roket ke, tangga ke, yang penting, diri sendiri faham dan boleh memberi kesan di jiwa bila kita tengok!)

Ha, baru lah clear kita punya VISION!

13. JANGAN LUPE EXERCISE!!! ni super critical n crucial gak. Why? There are a saying, 'Study without play makes Jack a dull boy!' Huh! So, Amik masa untuk strecthing, strolling dan exercise regularly. tak perlu cari Gym (kalu ada, gune je la..kan?), pagi2 hari cuti, instead of korang gi tido lepas subuh tu, baik basuh muka, gi amik kasut n jogging! hohoho. Apa pun, main ni dan apa2 aktiviti yang bleh keluarkan peluh ni dapat remove the excess toksin dan paling best, release your stress~!

Masa ni lah, if tension je lepas kene marah ngan lecture ke pagi tadi..ke apa ke..petang, gi court, main sungguh-sungguh. Salurkan tekanan anda pada cara yang betul. hohoho.

14. JAGA MAKAN! ni la student...main hentam je. rembat sume. terutama, makanan ringan! tak bagus tau tak sume jajan tu..(korang pun tau!..). abes, knapa makan? membazir duit. plan your food and what do you eat wisely. Atur makan dan jangan lebihkan.

You are what you eat.

Suggestion, if pagi-pagi, amik yang berat spt nasi..(korg perlu byk tenaga for start ur day, nk keja kuliah la ..ape la..), tghari, mkn la ringan sket,..mee ke roti ke. (nanti ade lecture lepas zohor, kalu makan makanan berat, confirm tido!).. Malam, makan makanan berat balik. (elok makan sebelum maghrib..cepat hadam, cepat tido, cepat la bangun...hoho)

Always bring your fluid together! bawa la botol air yang isi air masak @ air mineral... melancarkan peredaran darah, sumber oksigen kedua dan remove your stress in case of emergence.


15. DO PRAY. Kita dah usaha sehabis baik! Kita dah buat sehabis sungguh-sungguh! Kita dah planning yang terbaik! Jadi, kita kena tawakkal pada Allah. Allah nak kasi kita apa. Perancangan Allah mengatasi segala-galanya sahabat. Yang Allah beri baik, baik. Yang Allah beri kecewa pun baik. Semuanya ada hikmah. insyaAllah.

Seluruh pergantungan hanya pada Allah. Masa tu, datangla ribut ke petir ke, kena kick dari U ke (ape sebab ooii????), kawan-kawan pulau ke, selagi mana jalan yang kita pilih Allah redha, InsyaAllah, hati tetap firm je.
"Tetap teguh dikala manusia lain terlempar!"


Itu saje....Fuh...Panjang yang amat! Tak tau la korang baca ke tak. Ikutla. yang penting, sharing is caring!


Ok, sekadar berkongsi kisah suka duka.
Harap bertemu apa yang dicari.
Assalamualaikum.

p/s: Dan...Jangan tinggalkan teman-teman seperjuangan..=)

~Thanks t0 TK~ :-)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

MA @ UKM

Tuesday, August 16, 2011

The Deep End of The Ocean

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Lama tak mengupdate~ :-)
Sekadar menumpang lalu di blog sendiri...
Mencurahkan isi hati yang membungkam.

"Ah~ kurindukan saatnya aku kan bersua denganMU ya Rabb...

Bantulah daku, pimpinlah daku menuju RedhaMU..."


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Lalu... sang gadis terus leka menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan.
Pendapatan yang tidak seberapa, namun cukuplah. Sekurang-kurangnya boleh memanfaatkan Ramadhan yang Barakah!

p/s: Asif andai mengecewakan, tiada posting yang menarik untuk dikongsikan. Terima kasih atas kesudian menjengah. Barakallah~

Friday, June 10, 2011

Terima Kasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pagi Jumaat yang Mulia lagi Barakah~ =)

Alhamdulillah... sekali lagi terus diberi ruang dan peluang untuk merasai nikmat hidup... hidup dalam keimanan kepadaNYA.

Sebenarnya, tidak pasti tentang apa yang mahu dicoretkan. Tiada. Sekadar mahu melempiaskan bisikan hati~ betapanya diri ini bersyukur kerana sehingga saat dan detik ini, Dia masih memberi peluang buat diri yang hina dan dhaif ini untuk merasai nikmat hidup, berjalan, berlari... dan terus-menerus melangkah untuk mencipta satu demi satu babak episod kehidupan. Yang hakikatnya, telah temaktub di Lauh Mahfuz. Jatuh-bangun, susah-senang, suka-duka, tangis-tawa, sendirian-beramai-ramai...

Seronok~ dan sangat seronok. Pengalaman demi pengalaman ditempuh, banyak perkara yang dipelajari... Moga-moga diri ini tetap kuat dan teguh berhadapan dengan arus dugaan yang senantiasa datang menguji. Tidak kira siapa~ saya, kamu... mahupun mereka. Dan jua, moga kita semua tak lupa bahawa pada setiap ujian yang menduga, bersamanya ada hikmah & iktibar yang perlu dikutip. Ya, ada 'rahsia' yang perlu (baca : boleh) kita kita singkap buat bekalan perjalanan mengharung arus kehidupan di akhir zaman.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Terima kasih, terima kasih atas segalanya.

Saturday, March 12, 2011

Hanya Tentang Diri Sendiri...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

p/s : Posting ini untuk diri sendiri. Terima kasih.

Teringat satu masa, satu ketika... Saya mencari di mana titik kelemahan saya, mengapa saya sukar untuk berubah. Berbulan2 saya terkapai2... Sehingga satu masa Allah gerakkan hati saya untuk berjumpa dengan seorang 'murabbi' (saya namakan beliau). Saya luahkan masalah saya... berhamburan air mata, tak tahu di mana punca... Lama sangat saya pendam. Beliau mendengar dengan cermat. Sesudah habis saya berbicara, beliau luahkan butir2 bicara nasihat, hikmah untuk saya. Banyak pesanan beliau & antaranya adalah membaca Al-Quran sehari satu juzuk. Dan saya mengamalkannya. Alhamdulillah... masalah tersebut berjaya saya atasi. Itu, cerita tahun lepas.

Kini, selepas hampir setahun... masalah itu kembali lagi. Sekali lagi saya hilang punca, terkapai2... & memberi kesan pada hidup saya. Serasa mahu memberontak. Ah... teringat saya akan pesanan beliau. Baca Al-Quran sehari satu juzuk~ Saya benar2 ingin kembali konsisten. Namun, agar sukar untuk kembali.

Pada setiap ujian yang Kau timpakan ke atas diriku...
Bantulah daku untuk menempuhinya...

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Rayuan Rindu... (oleh Raihan)

It's All About The Climb

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

The Climb
by : Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you're gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa



Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Allah tidak bertanya tentang apa HASILnya, yang penting USAHA.
Keep on CLIMBING~

Tuesday, March 8, 2011

Kemenangan PRK : Hadiah 'Topi Hitam'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Untuk makluman anda, tarikh sebenar posting ini adalah 26 Februari 2011. (Bayangkan~ betapa lamanya ia terperam dalam blog saya. Maafkan saya atas segala kekangan yang menguzurkan...) Baiklah, sebaiknya saya terus kepada isu pokok~ 'Hadiah Topi Hitam buat Kemenangan PRK.' Saya yakin anda semua sedang sibuk mengatur strategi dalam mengisi kemenangan di kampus masing2. Takpe, posting ini merupakan sedikit cetusan ringkas daripada saya - Sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas nikmat kemenangan yang Allah kurniakan.


Percaya @ tidak... (Mesti percaya punya~ :B) Topi2 ini ini sesuai digunakan pada waktu2 tertentu sahaja. Penangannya akan pudar jua seiring dengan masa. Namun, saya tetap ingin coretkan sesuatu. Sedikit lontaran pandangan dan saya ingin menyampaikan hadiah.

ISU DI UPM

Saya agak janggal dengan isu ini... Benar, kalau pihak pentadbiran UPM sedia berunding dan bersua muka, pastinya kejadian tersebut tidak berlaku. Masalahnya, ramai yang melihat isu ini dengan menjustifikasikan tindakan 'vandalisme tersebut' @ semakin mengapi-apikan. Mengapa? Saya tak faham... Tak perlu rasanya untuk saya melontarkan beraneka hujjah. Cukup dengan saya bawakan satu situasi untuk kita semua merenung dan berfikir sejenak.

Andaikan~ andaikan Rasulullah S.A.W. bersama dengan kita saat berlakunya peristiwa tersebut. Tersenyumkah baginda?

Apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak pentadbiran UPM.. Namun, yang lebih dikesalkan, mengapa di kalangan kita cuba menjustifikasikan tindakan tersebut? Tidakkah mahu mengambil pengibrahan?
Bak kata seorang sahabat, "Saya tidak mahu kejadian di Timur Tengah berlaku di Malaysia."

HADIAH SAYA

Sudah. Cerita topi hitam sudah habis. Ah~ wajah saya tidaklah cerah, tidak perlu rasanya dihitamkan lagi. :-) Hadiah yang saya benar2 mahu sampaikan buat sahabat adalah sebuah 'Pesanan Kasih-Sayang'. Sebuah ceramah bertajuk "Indahnya Kesabaran" yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Gymnastiar, penceramah yang tersohor dari Indonesia. Sedikit bingkisan dari saya, peruntukkan sedikit masa anda & dengarlah setiap butir bicara yang diluahkan. Ia menyentuh segenap aspek kehidupan~ termasuk agama, siasah, munakahat & persoalan harian... Silakan mendengar...













LAST BUT NOT LEAST

Perjuangan kita masih panjang... Moga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berjuang tidak kira di masa2 peritnya pengorbanan mahupun di saat terasa manisnya kemenangan.


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Moga rahmah dan pertolongannya akan terus mengiringi kita semua dalam meniti ranjau perjalanan ini. Ameen ya rabbal ' alameen.

p/s : "Tidak lama kemudian, datanglah Hud-Hud, lalu ia berkata,..."
- Saya tak sukakan ini, ia seolah-olah dah menjadi 'sumpahan' pada saya... Tapi, saya tetap sukakan Hud-Hud. Gugu...

Wednesday, February 16, 2011

Pencak Raungan Kampus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ah~ Blog ni dah sangat berdebu. Puh~!!! Puh~!!! Puh~!!!


Saya mohon maaf kerana tak dapat menghidupkan blog dengan konsisten. Benar2 saya tak dapat buat masa terdekat. Apa pun~ terasa sangat ingin meraikan sahabat2 yang sedang bergelut di kampus untuk Pilihan Raya Kampus 2011. Heh~! Kerajaan Diktator Mesir tumbang pada 11/02/2011. Cantik seyh tarikh tu. Berkenaan PRK di UKM, begini kan maklumatnya :

Berikut adalah tarikh penting sepanjang tempoh PRK UKM

1)Hari Penamaan : 17 Februari 2011 (Khamis) di Pusaneka dan Fakulti
2)Hari Pengundian : 21 Februari 2011 (Isnin) di Kolej Kediaman, Pusaneka dan Pusat Pengajian Siswazah

Cantik lah jugak~ 17 & 21. Ambik berkat nombor ganjil. Huhu...
Dah3~ mengarut2 la pulak saya ni. Asif.

Tiada pandangan untuk dicetuskan untuk kali ini. Bukanlah tiada langsung, tapi tak sempat untuk mendalami betul2. Cukuplah saya pendam dulu, biar peram bagi masak2 ya. Pepatah Arab ada menyebutkan : "Orang yang tiada apa tidak boleh memberi apa2." Bukankah begitu? :)

Apa2 pun... sedikit daripada saya buat kalian,

"Aturkan Pencak, Ciptalah Gelombang,

Biarkan terdengar Raungan Demokrasi Kampus!"

Takbir~!

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

InsyaAllah~ saya turut sama hadir memeriahkan Hari Penamaan pada pagi yang barokah 17 Februari 2011, Khamis, Pusaneka UKM Bangi. Salam rindu~! :)

Wednesday, January 26, 2011

Heheh~ Jiwa Kacau.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya belajar~ Hukum Karma. :)
Hahaha~~~ Huda, awak kan suka senyum. Senyum dalam apa jua keadaan.

"Jadikan limau yang masam menjadi jus limau yang enak lagi menyegarkan." Yeeeaaaahhh~!!!


Ciri-ciri individu yang lahir pada bulan November

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.


* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Apa yang cuba saya sampaikan?
Entah... Jiwa kacau dek tekanan kerja kot.

(9:00 a.m. - 3:00 p.m. & 8:00 p.m. - 10:00 p.m.)
@
(9:00 a.m. - 10:00 p.m.)

Lalala~~~


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Tombo hati...

Sunday, January 16, 2011

Back To Basic~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Semacam terasa ditempeleng bagai nak tercabut kepala. (Hahaha...) Hmm... Nak kata apa ntah. Banyak perkara yang saya belajar sebenarnya~

Dipendekkan cerita~ Thanks to Him for everything. :)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Kembali pada tanah. (Meminjam ayat seseorang...)

Monday, January 10, 2011

Saya Terpempan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya terpempan... Hmm... mula2 terasa nak gelak besar. Lepas fikir baik2, buat carian lagi... saya mula faham. Syiah ni isu yang berat sebenarnya. (Saya dah tahu berat... tapi, saya maksudkan benar-benar berat. Apatah lagi ia melibatkan kesatuan umat Islam.) Kenapa boleh keluar kenyataan ini pula? Aduhaiii~ trimas buat Ya Aba 'Abdillah dalam link blog beliau - http://hezbollah-asia.blogspot.com/

Bila terbaca 'hezbollah-asia', dengan link blog saya di situ... Saya dah telan liur dah. Gulp~! Karang, tak pasal-pasal pulak jadi perhatian diaorang. (Huhu... tak mboh~) Sekali lagi, saya ingin menyentuh isu ni berikutan penyiaran artikel 'Cabaran Buat Politikus-Kesatuan Sunni-Syiah'. Sebelum pergi lebih lanjut, saya sarankan anda baca terlebih dahulu artikel tersebut barulah menyambung bacaan artikel saya yang ini sebab ada perkaitannya. BACA dahulu~! Jangan malas2. (Bagi yang dah faham, saya alu-alukan untuk baca juga.)

video

Saya temui video ini dalam facebook~ lebih dan sangat membantu pemahaman setelah anda mendengar kedua-dua ceramah dalam artikel sebelumnya. Untuk lebih jelas, bagi anda yang suka 'menggali sendiri'... saya bawakan satu lagi link. Klik sini. Satu lagi sudut pandang yang agak menarik.

Berdasarkan sumber-sumber tersebut, terdapat banyak cabang dalam ajaran Syiah itu sendiri dan terdapat dua cabang yang tidak keluar daripada Islam iaitu Syiah Imammiah dan Ja'fariah. Kefahaman mereka ini tidak menyebabkan mereka kufur. Dalam konteks Syiah di Malaysia pula, mereka ini menganut ajaran Syiah Imammiah. Kesimpulan mudah, adalah perlunya kesatuan antara 'kita' dan 'mereka' dan saya tertarik dengan pendekatan yang dianjurkan oleh MO di akhir penulisan beliau. (Sila rujuk artikel beliau dalam link di atas.) Saya syorkan juga anda baca berita di bawah ini dengan klik pada sumber untuk zooming.

Peringatan : Buang dahulu segala prejudis anda, barulah maklumat tidak 'tertapis.'
Sumber : Sini.


Walau bagaimanapun setelah kita memahami satu-satu perkara, jangan pula kita dengan mudah atau terus lantang melabelkan sekian-sekian kelompok dengan label demikian-demikian. Bersederhanalah... dan lihat daripada aspek yang positif. Raikan pendapat. Barulah dikatakan "Perbezaan pendapat itu rahmah."

Akhirul qalam...

Andai saya ditanya, "Boleh nak masuk Syiah?"
Saya akan jawab, "Tak perlu."
"Nak jugak!!?"
"Tak boleh jugak."
"Nak jugak!!!?"
"Baiklah. Kalau nak jugak... jawab dulu satu soalan untuk saya.

.............................

Ajaran Ahli Sunnah ni, belum cukup indah lagikah untuk dipratikkan?"

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Nak label apa ntah~ 3G @ 3K... Huhu...
Syukron lillah~

Friday, January 7, 2011

Cabaran Buat Politikus-Kesatuan Sunni-Syiah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

(Hmm... saya bukanlah penulis blogger tegar memandangkan ada tanggungjawab lain yang terpikul... Namun, isu yang saya ketengahkan tetap relevan. Justeru, suka untuk saya nyatakan di sini, saya akan cuba mengulas sesuatu isu bilamana saya berkelapangan. InsyaAllah~)

Berbalik pada tajuk di atas. Hm... tak ada pape yang gempaq sangat~ Tenang sahaja. Membaca dengan emosi yang tenang membolehkan kita menghadam apa yang dibaca dengan lebih jelas dan maklumat yang disampaikan mudah diterima. Bukankah begitu? :)

*****

Syiah: 'Fatwa' Haji Abdul Hadi Awang

Ini satu pandangan alternatif. Untuk siapa yang suka mendengar dan mencerna bahan sebelum melenting menghukum.

Saya bukan penggemar Haji Abdul Hadi Awang dari segi politik. Serasa arwah Ustaz Fadzil Noor lebih hampir di sisi saya (dari segi politiknya). Sementelah almarhum pernah datang rumah saya dan makan rambutan hampir sebesen; dan saya juga mengenali salah seorang anak beliau.

Kembali kepada Haji Abdul Hadi Awang, walaupun i am not a fan of him, saya terpaksa akui, ilmu agama beliau lebih daripada saya. Ustaz Hadi adalah graduan Universiti Madinah dan Al-Azhar.

Tampal url ini:

http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=18,

juga http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=19

Sila muat turun audio dan dengarkan sendiri (tidak lama untuk muat turun). Pastikan anda muat turun 2 audio.

Kata Haji Abdul Hadi Awang:

"Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia.

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia."

"Fahaman mereka tidak menyebabkan mereka menjadi kufur, kerana ia hanyalah dalam masalah cabang."

"Saya diberitahu oleh Ulamak dari Iran dalam muzakarah saya, mereka tidak menggalakkan nikah Mut;ah, Dalam Ahli Sunnah pun ada persoalan, seperti nikah Misyiar dalam sunni yang di bolehkan tidak di galakkan dan juga Nikah Cina Buta yang di halalkan oleh mahhab Ahli Sunnah dan setengahnya mengharamkan....."

"Kadang-kadang kita kata, kita Ahli Sunnah, tetapi sebenar Ahli Punah. Kerana kita berkawan dengan Amerika, mereka menentang Israel dan Amerika di Lubnan."

(* Ustaz Hadi dua dari kanan) dalam majlis perpaduan Islam di Iran). Kuliah ini beliau sampaikan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 01 Disember 2006. Jumlah masa dalam setengah jam. Tidak pernah terfikirkan, 4 tahun kemudiannya ada orang menfitnah syiah sebegitu hebat untuk dapat keuntungan dunia.

Barangsiapa yang suka belajar jemputlah mendengar. Banyak ilmu di dalamnya, 'termasuk perbezaan syiah di Iran dan India (yang diresapi elemen Hindu)', bahawa mazhab tidak terhad kepada 4 sahaja, bagaimana Imam Khomeini berijtihad supaya orang syiah solat di belakang Imam Wahabi di Mekah, bagaimana al-Azhar ditubuhkan oleh orang syiah, bagaimana Salahuddin al Ayubi menggulingkan kerajaan Syiah, Hezbullah yang rapat dengan ahlus sunnah wal jamaah, nikah mut'ah, solat dijamak, sujud atas batu, serta bagaimana strategi Amerika melagakan sunni dan syiah.

* Mistis dan ali, Ustaz Hadi turut menyentuh syair Imam Syafie tentang syiah rafidhah.

Foto Ustaz Hadi bersama ulama-ulama Syiah ini diambil dari blog Neutral Daily, klik sini.

*** Artikel ini dipaut dari blog Faisal Tehrani.

*****

Sekarang, saya jelas dengan pandangan saya terhadap Syiah. Hakikatnya, saya sudah memahami serba-sedikit Syiah melalui kuliah-kuliah ilmu serta melihatkan catatan-catatan di birai kanan blog Faisal Tehrani. Namun, saya tergugah... Tak apa lah... Pendirian saya mudah dalam menetapkan sesuatu pandangan. Boleh jadi betul atau salah.
Andai salah, saya tak terasa salah 100% sebab di situ ada ruang untuk saya belajar. Andai betul, Allah akan tunjukkan.
Namun, jangan pula terlalu yakin... @ (over-confident - ini yang memakan diri)

Saya juga ingin menyarankan anda agar masuk ke link ini untuk lebih jelas. klik sini.

NOTA : Ingin saya rakamkan berbanyak terima kasih kepada individu-individu yang 'mendidik' saya sama ada secara langsung mahupun tidak. Tidak kiralah pendapat bagaimana yang dipegang... Yang penting, itu semua amat berharga pada saya dalam membina keperibadian.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Saya bukanlah peminat tegar Faisal Tehrani. Namun, saya sukakan cara beliau. Terima kasih.

"Beredia sahut cabaran ini?"

Kembali Mengatur Rentak... Bola???

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Kembali Mengatur Rentak... dengan sisa-sisa semangat yang masih berbaki...

Teringat kemenangan Harimau Malaya ke atas Garuda dalam Piala Suzuki AFF baru-baru ini... PM mengisytiharkan cuti umum pada hari Jumaat. Susulan daripada itu, terdapat respon dalam akhbar Cina yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.


06 Januari 2011

ISU-ISU AKHBAR CINA

Pembaziran kerajaan, swasta tanggung

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 3 Januari lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai majikan yang terpaksa menanggung kerugian ekoran kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada 29 Disember lalu.

Artikel bertajuk ‘Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’ itu tersiar halaman A11 akhbar berkenaan.

Penulisnya yang juga seorang pengkritik isu-isu semasa, Wong Zi mempersoalkan rasionalnya kerajaan mengisytiharkan Jumaat lalu sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan pasukan bola sepak berkenaan.

Beliau berpendapat, luahan rasa gembira dengan kemenangan itu sama ada untuk tempoh semalaman, beberapa hari atau sebulan sudah memadai tanpa perlu adanya cuti umum. ‘‘Adakah kerana mahu bergembira sehinggakan seluruh negara tidak boleh bekerja?’’ soalnya.

Wong Zi berhujah, keputusan itu tidak wajar dibuat kerana ia bukannya menjadi amalan negara sebelum ini termasuk ketika pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei menduduki ranking tertinggi dunia dan ketika Datuk Nicol David diangkat sebagai pemain skuasy nombor satu dunia sebanyak beberapa kali.

‘‘Setiap kali mereka mencapai kejayaan ini, bukankah rakyat di negara kita turut sama bergembira? Bukankah kegembiraan ini sudah cukup memadai,’’ katanya.

Tegas beliau, rakyat di negara ini tidak langsung mengharapkan cuti umum kerana Malaysia memang sudah kaya dengan cuti-cuti bagi meraikan perayaan tiga kaum utama dan empat agama besar.

Beliau juga berpendapat cuti umum tambahan tidak diperlukan memandangkan produktiviti kakitangan kerajaan dan pekerja swasta sekarang yang rendah dan lembap serta daya saing mereka yang lemah. (huhuh... saya terasa diketuk~!)

‘‘Hanya kerana menang satu perlawanan bola sepak, produktiviti seluruh negara terhenti, pembaziran kerajaan ditanggung oleh rakyat, kos pihak swasta siapa yang bayar dan tanggung? Tidak dapat hantar barangan di hujung tahun, tidak dapat kemas kini akaun, rakyat kena mengadu dengan siapa?’’ soalnya.

Ujarnya, ada orang yang suka menyepak bola, ada orang yang suka menonton bola, ada orang suka berjudi perlawanan bola sepak. Ini semua kegemaran masing-masing, tetapi majikan yang menanggung kos dan dianggap menjadi pesalah jika tidak memberikan cuti umum kepada pekerja. ‘‘Adakah kita mentadbir negara ini hanya kerana untuk suka-suka sahaja?’’ soalnya lagi.

Patut la saya terasa 'semacam ada yang tak kena...'
Bukannya saya tak sukakan cuti. Aduhaiii... pekerja mana lah yang tak sukakan cuti. Namun, apa yang cuba diketengahkan ada relevannya. Lagipun, sebenarnya secara sedar atau tidak, kelihatannya seolah-olah bola sepak di'hebat-hebat'kan. Apalah sangat yang ada pada bola tu...
(Eh, saya peminat bola juga tau~ Cumanya sekarang ini, fokus pada isu ini...)

Oh ya~ Tahniah buat Harimau Malaya!


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Anda pula macam mana? Seharusnya, difikir-fikirkan...
Fikir untuk jangka panjang...

Saturday, January 1, 2011

Lembaran 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

"Salam. Teacher, Selamat Menyambut Tahun Baru.
Semoga tahun nie membuat kita gembira bukannya berduka..."
-smksa.fatinkp-

Satu-satunya mesej tahun baru daripada anak didik. Dia tahukah yang saya sedang berduka... Monolog sendiri...

Ceramah yang sangat memujuk diri saya. Mutiara-mutiara itu tetap laju mengalir walau diulang berkali-kali.

Put Your Trust In Allah

video

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Cuba untuk tetap teguh berdiri dan terus kuat mengatur langkah.
2011, I'M BACK~!!!