HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Wednesday, March 24, 2010

Tribute Buat Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Atas permintaan seorang sahabat yang kucintai, TQ, maka lahirlah –Tribute Buat Sahabat– Kenangan, memori & nostalgia ukhwah kami berempat dalam kembara hidup di medan ilmu, musafir di medan perjuangan menuju Mardhatillah. Dengan ini ;



PENGENALAN MAWAR BERDURI DARI TAMAN SEMENATOJIE

-SEK MEN KEB (A) TOK JIRING-


ALONG

Nur Ain Zakiah Mohd Yusof * 03 Oktober 1988 * Anak Pertama dari 7 Adik-beradik

* USM Penang (Pengurusan Sumber Mineral) * Memahami, Berdaya usaha & Kreatif.


TK

Nur Atikah Muhammad * 25 April 1989 * Anak Kedua dari 5 Adik-beradik

* USIM (Bioteknologi Makanan) * Bijak, Mesra & Bertanggungjawab.


HUD

Huda Afiqah Hashim * 24 November 1988 * Anak Ketiga dari 10 Adik-beradik

* UKM Bangi (Biologi Botani) * Ceria, Peramah & Berdaya juang.


TQ

Siti Nur Artiqah Said * 22 Ogos 1988 * Anak Ketujuh dari 9 Adik-beradik

* UMT (Pemuliharaan & Pengurusan Biodiversiti) * Perahsia, Thiqah & Amanah.


TQ, Perjuangan Ini Yang Mempertaut Ukhwah


He… tak kusangka kita kan menjadi sahabat karib. Perkenalan awal antara kita tidak begitu baik memandangkan sikapku yang agak gila2, sosial & nakal berbeza dengan nilai peganganmu. ;-) Thiqah, menjaga diri serta solehah. Wah3~~~ sesuailah keperibadianmu itu dengan taklifan yang diamanahkan di medan perjuangan ini. Persahabatan kita makin akrab terutama sekali selepas keempat2 kita melanjutkan pengajian di institusi2 pengajian tinggi. Tabiatku yang cukup suka berjalan, ditambah pula dengan kemudahan motosikal menjadikan aku agak mudah keluar rumah. (Ops… pastinya dengan kebenaran mak ayah yang adakalanya mengawal juga pergerakanku.)


Pertemuan demi pertemuan antara kita pada musim cuti pengajian menambahkan seri perhubungan. Di sinilah ukhwah antara kita terus terjalin & subur. Cerita demi cerita dikongsi, impian demi impian dicipta serta suka & duka dinukilkan bersama. Aku semakin mengenalimu, tingkahmu, sikapmu dan kita semakin menyenangi antara satu sama lain. Tidak kulupakan memori kita bersama di pantai Mengabang Telipot bertemankan bayu timur laut beserta pisang goreng sejuk~~~. Apapun, aku cukup pasti banyak lagi rahsia dirimu yang belum sempat kukorek. Jaga-jaga! Teristimewa buatmu, terimalah – Sebuah Pertemuan…


Perkenalanku denganmu cukup berharga. Mengajarku erti seorang mujahidah, muslimah yang berjiwa pejuang – tegas berpendirian di sebalik jiwa yang lembut mendamaikan.



TK, Kehadiranmu Mencipta Nostalgianya Tersendiri


Usiamu yang paling muda antara kita berempat, masih 21 tahun. Ha3… Juga paling cemerlang dalam akademik antara kita berempat. Satu perkara yang cukup kurindukan daripadamu adalah sentuhanmu. Menenangkan emosi. Owh… Mereka2 yang bernama Atikah ni, rupa2nya kaya dengan nilai kasih-sayang. Kau tahu sahabat? Pandangan pertama sejak pertama kali aku melihatmu – bijak, sistematik & nampak eksklusif. Ahaksss… Macam mana kita boleh rapat yerk? Ha… semenjak di tingkatan 5, kita berempat diamanahkan dengan taklifan Majlis Tertinggi MPP SMKATJ. Tertinggal seorang – Nur Izah Muda. Ah… Di manakah dia sekarang ya?

Perhubungan kita semakin rapat tatkala kita bertiga – Long, kau dan aku – meneruskan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon. KMK yang amat kurindui. Di sinilah aku mula mengenali nilai ukhwah, yang terlalu berharga bagi seorang musafir di medan juang. Masakan tidak, jarak jauh yang memisahkan antara kita dengan keluarga masing2 membuahkan silaturahim yang semakin erat. Suka & duka, gelak tawa & duka nestapa, cerita-ceriti & episod kehidupan kembara ilmu dikongsikan bersama – pengubat hati yang lara merindukan keluarga nun jauh di pantai timur. Terima kasih buatmu atas lirik lagu yang kau titipkan buat kita semua. Sahabat oleh Devotees. He3… 3 inboxes with full messages! ;-)


Hanya kesyukuran kupanjatkan pada Illahi atas kurniaan seorang sahabat. Terima kasih atas segala perhatianmu sejak bermulanya kembara kita di menara gading ini.


ALONG, SuratanNya Mempertemukan, Takdir Jua Yang Mengeratkan


Walaupun kunukilkan dirimu di akhir coretan, namun kau tahu bukan – kehadiranmu memberikan 1001 makna dalam hidupku. Persahabatan antara kita terjalin setelah melepasi satu konflik antara kita di tingkatan 2. Katamu, “Setelah ‘peristiwa itu’, dah jadik ‘0 – 0’. Tiada lagi konflik perasaan.” Hmm… Sebab nakal jugak. Sekarang dah jadik semakin baik kot. Huhu… Tak kusangka jugak, ukhwah terbina antara kita. Masih kuingat saat di matrikulasi. Bebanan perasaan akibat tekanan belajar & kehilangan adinda Afif kupendam sekukuh2nya. Namun, kulupa bahawa wajahku sahaja sudah cukup menceritakan tanggungan perasaan yang maha hebat dalam diri.


Katamu, “Hatta Rasulullah, kekasih Allah pun memerlukan Siti Khadijah untuk meluahkan masalah. Apatah lagi kita manusia biasa. Bagitahu jer masalah.”. Namun, aku tetap tegar menahan empangan air mata daripada tumpah. Cukup jerih. Latih dan terus melatih diri agar terus tersenyum. Dan sekarang? He… Aku mampu tersenyum ceria di saat hati terluka menangis. Bukanlah aku berbangga kerana itu. Namun mengertilah sahabat, aku tak tahu & tak mengerti cara yang bagaimana untuk kuluahkan masalah. Terima kasih atas lagu yang kau tujukan buatku di suatu ketika – Menangislah Di Bahuku. Suka~~~ Aku amat hargai.


Kau dan Aku. Cerita sakit, derita, perit, jatuh bangun…

Pesananku buat diriku jua dirimu – kuatlah & terus berjuang. Allah knows the best and in whatever situation, just put trust on Him. That's it.


Ingatkah lagi? Kita berempat dengan idea gila2, menghias sudut bilik gerakan MPP – menanti2kan respon Abdul Rahman selaku Ketua Pelajar yang pastiya kalut (dah dalam jangkaan). Ha3… Nakal! Semua tengah naik tocang ketika tu. :-p


Kini? Kupasti pengalaman demi pengalaman yang tidak pernah gagal menjadi guru terbaik, halangan, dugaan & cabaran yang ditempuh serta pengaruh rakan taulan dan persekitaran sudah tentu serba sedikit membentuk & merubah kita semua. Keperibadian, sikap, corak berfikir, cara hidup & juga aspek2 lain. Aku tidak pasti bagaimanakah keadaan kamu bertiga di saat ini. Kutitipkan doa agar kita berempat kan terus tegar untuk berjuang, membawa misi, impian serta tekad yang sama – Tertegaknya Sistem Khalifah di Muka Bumi Allah ini. InsyaAllah.


-Istiqamah ibarat ikan di laut. Lagi lama berada dalam laut, lagi tak masin ikan. Ikan berkata,

“Nak bagi aku masin, langkah mayat aku dulu!” -


“Pantun”


Long & TK – Maaf ya, tak mintak kebenaran korang dulu. TQ la ni, sesuka hati dia jerk. Ha3…

TQ – Mak Huda kata, kita cam kembar. Hmm… Sama2 ‘cumil’ kot. :-D


Pembikinan video… Nantilah, lagipun takde sangat koleksi gambar korang dalam simpanan. Masa pun agak mengekang…


By the way, ALL THE BEST for FINAL EXAM. :-)


Sunday, March 14, 2010

Baru Saya Faham ~~~ Kursus Pra Perkahwinan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, saya telah menjalani Kursus Pra Perkahwinan anjuran KTHO dengan kerjasama JAIS pada 6 Mac 2010 iaitu Sabtu lepas dalam tempoh sehari suntuk! Fuuh... sebab hari Ahad tiada elektrik. Gila2 punya maraton, dari seawal 8.00 pagi sehingga 7.00 petang dan bersambung pada malam hari sehingga 10.30 malam. Bak kata penceramah2, "Stress!". Hahaha3... Tambahan dari mereka, "Kahwin punya pasal, tahan jer la~~~"Baik, kita terus pada tajuk yang saya nyatakan. Persoalan pertama~ Apa yang saya faham? Saya mula faham dengan maksud tersirat di sebalik lafaz keramat ini,

"Aku terima nikahnya Fulanah binti Fulan dengan mas kahwinnya RM300.00 tunai."

********************

Seperti biasa, saya suka mengambil tempat di hadapan dalam mana2 majlis ilmu kerana kosentrasi tidak mudah diganggu dan senang berkomunikasi dengan penceramah. Saya tidak berminat untuk mengulas mengenai peranan suami isteri & seangkatan dengannya memandangkan posting ini pula dikategorikan dalam 'ketuk. kritik. kupas.' Jadi, ulasan saya berkitar sama ada ketukan @ kritikan @ kupasan. Sebagai 'warming-up', baca fakta yang dinyatakan di bawah.

Fakta pertama ;

"Pada
tahun 2000 dan ke atas, statistik menunjukkan kecenderungan kes2 penceraian berlaku pada usia perkahwinan setahun adalah lebih kurang sama dengan kes2 penceraian yang berlaku di usia perkahwinan 2 tahun, 3 tahun sehinggalah ke atas berbanding pada tahun 2000 dan ke bawah, statistik menunjukkan kecenderungan kes2 penceraian berlaku hanya pada usia perkahwinan 5 tahun dan ke atas ."
Petikan daripada Ust Suhaimi, JAIS.


Fakta kedua ;

Statistik di Selangor menunjukkan kes penceraian meningkat 3,000 dan ke atas sejak tahun 2003 dan pada tahun 2007, Selangor menunjukkan statistik tertinggi dengan 3,722 kes penceraian. Selain itu, angka2 jenayah syariah ini juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dengan angka yang tertinggi pada tahun 2008 iaitu 22,289 kes.
Sumber : http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperceraianseluruhmalaysia.php

********************

Teringat saya ketika 'fatwa' yang dikeluarkan JAIS ;
“Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum
mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin,” kata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam.

Hantaran Mas Kahwin

Pelbagai reaksi daripada orang ramai terhadap isu ini. Ada yang marah, ada yang melahirkan kebimbangan, ada yang memandang remeh dan ada juga yang buat tak ambil kisah. Secara peribadinya, saya sendiri termasuk golongan yang marah dan bimbang dengan isu ini.

Baiklah, apa kaitannya dengan mas kahwin naik dengan fakta kes di atas? Sebelum pergi lebih jauh, fahamkan dahulu apakah mas kahwin. Mas kahwin adalah pemberian hadiah yang Wajib diberikan kepada bakal isteri dengan ikhlas. Mas kahwin juga akan menjadi Hak Mutlak seorang isteri iaitu dengan kata lain mas kahwin tidak boleh dituntut mahupun diambil balik kecuali dengan kerelaan dan keizinan isteri atau atas sebab2 syari'e yang lain. Jadi, sekurang2nya seorang suami akan cuba mempertahankan ikatan suci ini atau berfikir berulang kali sebelum melafazkan talaq ke atas isteri yang akhirnya bernoktah dengan Penceraian.


Owh~~~ Baru saya faham...


Saya bukanlah nak menyatakan persetujuan atau sebaliknya setelah mengetahui perkara ini. Terdapat pro dan kontranya. Namun, saya cuba memahami mengapa 'fatwa' ini dikeluarkan oleh JAIS yang sebenarnya manifestasi kebimbangan mereka terhadap jenayah syariah yang semakin menggila menyerang di kalangan pasangan suami isteri sama ada baru mahupun pasangan lama. Maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya, saya bukanlah mahu menakut2kan anda...
Sekiranya 'seruan' dah tiba, maka sambutlah dengan hati yang terbuka serta persediaan2 yang perlu sebagai suami/isteri. Cuma... entahlah, tak terluah rasa yang terbuku. Saya beranggapan sahabat2 sedia faham. Saya sendiri yang masih belum melalui fasa kedua ini belum pasti entah macam mana nasibnya.

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Bantulah hamba2Mu yang terlalu lemah lemah dan dhaif dalam menjalani bahtera kehidupan akhir zaman...


Cadangan saya

Kami, barisan jawatankuasa Pusat Islam, Kolej Matrikulasi Kedah pernah mengadakan kempen '
Cover-Up, Couple-Not'. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan sehingga terdapat di kalangan AJK yang dipulaukan kerana bimbangkan aweks lari. Namun, tentu sekali pendekatan yang lebih 'advance' diperlukan serta fleksibel dalam menyampaikan mesej dakwah di peringkat universiti. Saya membayangkan sambutan yang pasti memberangsangkan dengan penubuhan Jentera Amali Dakwah (JAD) dengan kerjasama pihak keselamatan hasil perahan idea pada AGM ISIUKM terkini. =)

Apa yang penting adalah kita mestilah pergi kepada mad'u, kenali mereka & fahami masalah mereka. Keluarlah dari 'zon selesa'. Keluar! Keluar! & Keluar!

Buat Ahli Gerakan
(Ketukan untuk diri sendiri~)


Wahai muslimat2 yang aktif, mantap3!

Wahai muslimat2 yang bijak, berani & berdikari!

Wahai muslimat2 yang bakal menjadi pewaris kepimpinan masa depan!

Keluarlah kalian kepada mad'u2 anda. Ingat, mereka tidak akan sesekali datang kepada anda. Pecahkan tembok psikologi yang menjadi benteng antara kedua2 pihak. Apa yang penting adalah '
first impression' terhadap mad'u -positiflah dengan mereka, insyaAllah mereka akan positif dengan anda-. Ingat, Law of Attraction. Biasalah dalam berdakwah, hasilnya bukan dalam sehari dua - Kesabaran tunjang segala2nya.
Begitu juga dengan muslimin.


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Saya tujukan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Hijjaz dan lagu Pengantin Baru nyanyian Rabbani buat pengantin2 baru mahupun bakal pengantin. Hayatilah~~~ =)

Friday, March 12, 2010

Sabar Itu Indah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sabar Itu Indah

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir

Hitunglah laut kesyukuran
Di pinggir pantai bebatuan
Semailah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus dari Allah

Ujian penebus dosa
Meningkatkan darjat menambahkan pahala
Bingkisan kasih dari Yang Esa
Bagai ombak...
penghias samudera!

Nukilan : ABDI
Solusi keluaran 10


Bapa mereka, Yaakob berkata,
"Tidak! Bahkan nafsu kamu sahaja memandang elok apa yang kamu lakukan.
Kalau demikian, biar aku bersabar dengan kesabaran yang sebaik-baiknya,
dan Allah jualah yang harus dipohonkan pertolongan bagi mengungkai cerita kamu."
(Yusof : 18)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

"Fasobran jamiil..."

Thursday, March 4, 2010

Al-Ghadhab Min Ru'yatil Ustazah FPI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ucapan perasmian oleh Ust Wan Fariza (Jab. Usuluddin, UKM) selaku Penasihat PERMATA baru2 ini. Antara kenyataan beliau yang menarik perhatian saya adalah mengenai pengurusan emosi iaitu marah yang akan saya sebutkan sebentar lagi. Menyentuh persoalan emosi yang satu ni, seringkali kita mendengar nasihat agar - Mengawal Marah. Banyak dalil yang menyokong sebagai hujah atau sandaran bagi perkara ini iaitu :-

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah al-Imran, ayat 134)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Banyak juga keburukan orang yang marah ni~ Cuba perhati gambar di bawah.

Uhuks~~~ nampak lebih tua...
Bayangkan kalau kita yang marah, pastinya jauh lebih dasyattt!!!

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: "Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola."

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”

Okey, cukup sekadar itu. Saya ingin bawakan tentang apa yang diucapkan oleh Ustazah Wan Fariza iaitu emosi marah ini perlu dizahirkan (pada situasi, masa & tempat yang sesuai) tetapi mestilah diiringi dengan kebijaksanaan dan kesucian.

Al-Ghadhab bil Hikmah wal Iffah

Saya pasti anda semua mempunyai pendapat yang tersendiri bukan? Hmm... izin laluan untuk saya menjelaskan dari perspektif Ustazah Fariza. Kemarahan adalah hamburan emosi yang meledak atas banyak faktor - tidak puas hati, salah faham, kesilapan atau mungkin disebabkan makan dalam. Marah ini perlu tetapi perlulah dipagari dengan hikmah dan iffah. Bagaimana nak menjana hikmah? Iaitulah dengan banyakkan bertenang dan berfikir dengan rasional tentang permasalahan yang berlaku dengan mengambil kira faktor luaran dan dalaman, aspek2 yang bersangkutan dan pandangan dari semua pihak. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah ketenangan dan rasional.

Bagaimana pula dengan iffah? Iffah atau kesucian adalah merujuk pada elemen kerohanian iaitu agama. Dalam semua aspek kehidupan, kita selaku umat Islam yang beriman pastinya tidak terlepas dari elemen ini.
Islam Is The Way Of Life. Marah yang diiringi dengan hikmah semata tidak mencukupi kerana masih terdapat kelompangan walaupun sekiranya kita fikir seimbas lalu, cukuplah dengan hikmah. Orang yang bijaksana ketika marah pastinya dapat menewaskan orang yang kurang bijak sebab dia tahu bagaimana nak mengendalikan orang yang sekian2~ Saya suka untuk terus mengingatkan diri saya dan juga sahabat2 bahawa kita juga berperanan sebagai Da'ie. Anda boleh faham apa yang saya cuba maksudkan, bukan? Itulah pentingnya iffah dalam mengawasi kemarahan.

"Apa tengok-tengok!!! Nak ta'ruf? Ni kakak... Iyazi!
Saya? Huh... Najwa!"

Saya masih ingin menggunakan pemikiran songsang dalam memperkatakan 'hal ini'. Harapnya sahabat2 dapat berlapang dada dengan pandangan saya. Tiada siapa yang betul, tiada siapa yang salah dalam melontarkan pendapat melainkan semuanya terpulang pada kita semua untuk mempertimbangkan apakah yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Apa yang ingin saya katakan adalah kewajaran atau kerelevanan (uhuks... ada ker istilah ni?) demonstrasi dijalankan dalam kampus dengan status kita sebagai mahasiswa, golongan intelektual. Lagi sekali, saya mengingatkan fokus saya adalah DALAM KAMPUS. Satu perkara yang perlu dimuhasabah buat kita bersama - berbaloikah dengan usaha kita berpenat lelah dengan hasil yang kita peroleh?
Hakikatnya, saya sendiri adalah antara puluhan ribu yang pernah menyertai 2 demonstrasi mega di peringkat nasional. Hmm... sengaja menimbulkan pertentangan pendapat agar dengan ini mudah-mudahan ada pandangan2 lain yang jauh lebih baik tercetus dari sahabat2.

Oh yea... seperkara penting yang saya ingin jelaskan pada sahabat2. Betul~ Saya orangnya lembut hati. Namun, saya faham akan perlunya juga pada satu2 ketika kita menggunakan kekerasan/ ketegasan. Contoh yang mudah adalah berhikmah ~ Bukanlah satu tindakan yang berhikmah andai menggunakan tangan untuk memecahkan bongkah batu yang besar. Cuma, janganlah perkara ini dijadikan sandaran untuk kita terus-menerus dengan strategi konservatif. Tabik spring buat para jentera dalam melancarkan Silent Protest yang pernah dijalankan di bulatan FPI kerana ia cukup memberikan impak maksima terhadap golongan sasaran~

Kakiku panjaaaannnnnngggggg. :-D

Sebenarnya, sebahagian daripada ulasan ini adalah bersumberkan pandangan ustazah jua dan ditokok tambah oleh saya sendiri. Untuk pengetahuan sahabat2, Ust Fariza adalah x-KISAS dan prasiswazah dan siswazah x-UKM.

Sekadar itu sahaja dari saya. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan keterlanjuran dalam membahaskan perkara ini. Saya amat menghargai keterbukaan sahabat2 dalam membincangkan perkara ini.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
>Berbeza dengan - menahan marah @ menghamburkan kemarahan~ ;-)

Suka3~~~ Lirik Pilihan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Lagu ini mengisahkan tentang fenomena warung kopi di Malaysia (terutamanya) dan perbandingannya di Negara2 Eropah. Best! Saya suka. Lagi cun kalau anda dapat mendengar lagunya sekali. ;-)

Malique - Cerita Kedai Kopi

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

Amacam? Eheeeiii~~~ kalau dah sedar (terutama diri sendiri), jom kita ubah paradigma. Jadikan lagu ini satu inspirasi untuk membuat anjakan paradigma buat kita semua rakyat Malaysia khusus bagi ahli gerakan - para perintis.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Cerita kedai kopi! Uang5~~~ :-B

Tuesday, March 2, 2010

Perjuangan Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Muhasabah Bersama - Lima Syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Sumber : http://www.hazwan.com/2010/01/tazkirah-jumaat-4-lima-syarat-nak-buat.html

Jadi...sama2 muhasabah ya sahabat2. :-)
Kalaupun merindu nak jumpa Sang Kekasih Hati, mestilah kena bersedia betul2. Macam mana nak bertemu andai diri~
Dosa yang bertimbun2... Amal yang amat kurang... Kebajikan yang sedikitnya berbuah...
Amanah yang keciciran... Bagaimana pula dengan hablun minannas... Ah, belum lagi menyentuh tentang keikhlasan...

Allahuakbar! Duhai diri yang dhaif, tegarlah berjuang.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main2. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." Al-Ankabut : 64
-Maka, berjuang demi akhirat!