HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Wednesday, November 24, 2010

Seusia Ini ~ 22 Tahun

Bismillah wal hamdulillah...

SEUSIA INI~ 22 TAHUN

“Bang… Bang… Saya bermimpi lagi bang…”, luah sang isteri.

“Mimpi apa? Nampak darah lagi?”, balas sang suami.

“Ha’aaa… Entah bang. Kata orang tua-tua, kalau mimpi darah ni… murah rezeki. Ish~ tak sabar saya nak tengok permata kita yang sorang ni…”

Sang suami sekadar mengukir senyuman penuh makna buat sang bidadari.

************************

“Isk… Isk… Isk…”, esakan seorang kanak-kanak seusia 5 tahun dalam kegelapan, takut meluahkan rasa hati kepada yang lain.

“Isk… Isk… Isk…”, dia terus teresak-esak keseorangan tanpa disedari yang lain.

Esakannya masih lagi terkawal hinggalah dia mengambil keputusan nekad. Lari. Lari dari rumah nenda, menerjah kegelapan malam demi pertemuan dengan bonda yang amat dirindu. Ah… terselamat. Tuhan masih menyayanginya. Ditemui oleh jiran tetangga di pertengahan jalan raya.

“Eh, ni anak cikgu Hashim ni, jiran aku. Mari, Pak Usop hantar ke rumah.”, simpati Pak Usop.

Hingga kini, peristiwa tersebut masih melekat kuat di kalangan sanak-saudara dan jiran tetangga.

“Yang ni lah, yang lari malam-malam tu? Ish… dah besar… dah jadi anak dara.”

************************

“Mak, kak dapat 5A.”, cerita sang anak dengan senyum lebar terhias~ Ah… paling cemerlang ketika itu di kalangan keluarga Sidek bin Taib dan Puteh bt Seman yang baru membesar. Tanpa sedar, perasaan bongkak menyusup masuk. Sedikit demi sedikit… lalu membuah ego tak bertepi. Hinggalah timbulnya ujub. Dan… berterusan hingga keputusan PMR dengan 8A 1B.

Seorang sahabat bersimpati… ‘Cahaya Mata yang Pintar’, sepintar empunya badan menegur berhemah~ Tersentak sang anak ini… “Ah, aku tertipu dek dunia yang sementara.”

Pentarbiahan di sekolah menengah agama serba-sedikit mendidik jiwanya semakin lentur… lentur… dan lembut walaupun masih lagi tersisa sang ego yang degil. Tak apa, sekurang-kurangnya ada peningkatan…

************************

Mula berkenalan dengan satu lagi warna kehidupan… warna kelam, pekat dan gelap pada usia 18 tahun di era matrikulasi. Kehilangan salah seorang adinda di awal pengajian di Changlun serta sakit rindu dek ketidakbiasaan berjauhan dengan keluarga. Seribu satu rasa berkunjung. Sedih, pilu, rindu, amarah… terselit jua bunga-bunga ukhwah dengan sahabat-sahabat.

‘Cahaya Kehidupan’~ seindah peribadinya… Moga ukhwah di semenanjung puncak utara kan terus berkekalan menjadi syafaat di akhirat kelak. Ameen ya rabbul ‘alameen.


(http://choco-top.blogspot.com/)

************************

“Vroom~ vroom~ vroom~”, sebuah motosikal Honda biru, TAK 8044 membelah jalan UKM ditunggang oleh seorang muslimat yang setia bersarung jaket ISIUKM dengan tag nama ADIK Q yang telah dicabut. Itu dia… label yang mengongkong kedewasaan.

“Kak, sekarang ni ada hal kejap di makmal. Petang ni, kita pergi program bersama ea…”, laung sang muslimat ini. Gaya muslimah lincah ditambah seri peramah.

Kemuncak kehidupan sepanjang menjalani hidup sebagai hamba yang ditaklifkan Khalifah di muka bumi Allah~ UKM. Itulah medan tarbiahnya. Ukhwah, akademik, perjuangan, cita-cita, cinta dan harapan. Semua bercampur baur menjadi lauk yang cukup enak disantap (Ye ker? Huhu… semacam banyak perasa pahit kot. Ngee~) Takpe-takpe, yang pahit itu ubat.

Masih ingat lagu 1, 2, 3, 4 oleh Aris Ariwatan?

“Jangan manis terus ditelan, pahit terus dibuang. Itu bidalan…”

Percaya @ tidak~ Saya pernah berimpian mahu menunggang moto ini.

Cerita dulu... Citarasa saya dah tidak 'seburuk ini' kini. huhu...

************************

Seusia ini, 22 tahun… Siapakah empunya badan? Entahlah… Sekarang dalam tempoh Fasa Kerjaya dan Persediaan. Jodoh? Ah… dirinya optimis bahawa jodoh telah tercatat di Lauh Mahfuz. InsyaAllah. Soalnya adalah usaha, doa dan tawakal serta… redha. Manalah tahu andai teman sepermainan zaman kanak-kanak… empunya gerangan? (Huhu… Adusss~)

‘Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,

Nescaya Allah aturkan kehidupanmu sebaiknya.

Berikan hatimu sepenuhnya buat Allah,

Nescaya Allah anugerahkan pemilik hati yang terbaik.’

************************

PROLOG

“Tik… Tik… Tik…”, jam di dinding menunjukkan 1.45 pagi~ Suasana keheningan pagi di Pantai Marang dikejutkan dek tangisan bayi yang baru selamat menjengah alam fana.

Tanggal 24 November 1988, lahirlah seorang srikandi Islam akhir zaman oleh seorang bonda yang usianya mencecah 24 tahun. Comel~ sempurna sifatnya. Namanya… Huda! Moga-moga dapat menjadi petunjuk kepada yang lain. Huda, Huda apa ya… Huda… Huda… Huda…

Ah~! Petunjuk yang Sangat Berpengetahuan. Huda Afiqah binti Hashim. Satu kucupan lembut penuh kasih hinggap di ubun-ubun sang anak diiringi doa kudus agar sang anak yang bakal menjadi pembela ayah bonda kelak dapat menempuh mehnah akhir zaman dengan kuat dan tabah.

Terima kasih mak…

Terima kasih ayah…

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu-bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil…”

Salam segunung muhibbah, selautan mawadah

Beriringan buat kalian maghfirah dan rahmah Illahi

Doakan saya~ dan jua sahabat handai semuanya. Moga dipanjangkan umur dalam kebaikan serta beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Ameen ya rabbul ‘alameen~

2 comments:

Habib AlWafiy said...

sahabatku sayang.. selamat hari lahir ye.
Terima kasih, Allah bagi wujud dalam dunia.

Huda Afiqah Hashim said...

Habib AlWafiy

Syukr0n ya ukhti~ :)
Luv u fillah jiddan...