HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, October 23, 2010

Serangan Pornografi oleh Akhbar

Bismillah wal hamdulillah

Artikel di bawah adalah ditujukan buat Utusan Malaysia dalam ruangan Surat Pembaca. Saya mengandaikan pihak Utusan Malaysia menyiarkannya. Saya kan, suka optimis. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya ada kalangan anak-pinak atau saudara mara krew-krew Utusan Malaysia ada terbaca. :)

PORNOGRAFI YANG TIDAK DIKAWAL DALAM MEDIA MASSA


Pertama dan terutama, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia kerana sudi memilih surat ini untuk disiarkan dalam akhbar. Sebelum saya fokus pada tajuk, izinkan saya mengupas serba sedikit mengenai isu pornografi. Kita semua sedia maklum bahawa isu pornografi mutakhir ini semakin ganas menyerang sahsiah anak muda di Malaysia. Indikator yang jelas akibat daripada fenomena ini adalah lahirnya ramai anak luar nikah, itu belum lagi dikira dengan kes-kes zina, sumbang mahram mahupun ‘bersekedudukan’ yang tidak ‘membuahkan hasil’. Gejala anak luar nikah ini pula sudah cukup menggerunkan rakyat Malaysia dengan berita-berita pembuangan bayi, janin serta pengguguran yang disiarkan di dada-dada akhbar saban hari.


Bercakap mengenai isu ini, saya agak terkejut dengan laporan berita di dada akhbar mutakhir ini. Sejujurnya, bapa saya merupakan pembeli tetap surat khabar Utusan Malaysia sejak hampir 10 tahun yang lalu. Justeru, saya menyedari serba-sedikit perubahan yang berlaku pada media utama ini. Apa yang saya ingin utarakan adalah gambar-gambar artis tempatan mahupun luar negara yang agak ‘melampau’. Maafkan saya atas penggunaan istilah ini. Satu perkara yang menyentak kepekaan saya adalah pemaparan gambar atlit penerjun Malaysia dalam Sukan Komanwel yang berlangsung di India baru-baru ini dalam ruangan Sukan disiarkan dengan BESAR bertarikh 12 Oktober 2010 sangat tidak senonoh. Masalah yang berlaku sekarang adalah minda kita seolah menerima perkara tersebut dengan mudah. Kebanyakan orang mungkin berkata, “Namanya penerjun, mestilah pakai macam tu.” Pokok bicaranya adalah bagaimana penapisan atau pengeditan gambar itu sendiri untuk tatapan umum. Itu sekadar satu contoh, bagaimana pula dengan gambar-gambar artis yang menunjukkan belahan dada ditambah pula dengan aksesori paha?


Saya mengambil berat perkara ini kerana akhbar merupakan antara massa yang paling berkuasa dan amat dekat dengan rakyat. Tanpa mempertikai pengaruh yang dibawa televisyen, internet mahupun telefon bimbit, akhbar tempatan merupakan massa yang sangat mudah menembusi setiap pintu rumah hatta bagi mereka yang ketiadaan teknologi sekalipun. Semua peringkat umur turut sama membaca, sama ada datuk, bapa, ibu mahupun anak-anak. Pendedahan gambar yang ‘melampau’ ini dengan bukan sahaja satu ‘penderaan seksual’ terhadap lelaki (perkara enteng yang hakikatnya membawa pengaruh besar yang semakin berleluasa) malah dengan mudah menaikkan nafsu syahwat kaum Adam. Akibatnya, kes sumbang mahram dengan mudah boleh terjadi.


Sekali lagi, saya memohon maaf kepada pihak Utusan Malaysia sekiranya pihak tuan tersinggung. Saya percaya dan bersangka baik bahawa berkemungkinan pihak tuan tidak menyedari atau terlepas pandang menyebabkan perkara ini terjadi. Sehubungan itu, saya dengan merendah diri memohon budi baik serta autonomi yang ada pada pihak Utusan Malaysia selaku akhbar utama Malaysia agar lebih berhati-hati dalam menyiarkan gambar-gambar artis mahupun mana-mana individu dalam dada akhbar selepas ini. Sebagai peringatan bersama, saya bukan menuding jari pada satu pihak. Tidak sekali-kali. Saya mengharapkan agar pihak media massa yang lain juga mengambil berat tentang perkara ini terutama sekali majalah hiburan yang beraneka ragam di pasaran. Tepuk dada, sendiri yang merasa. Sekian, terima kasih.


Pembaca Prihatin

K. Terengganu, Terengganu


Sekadar gambar hiasan...
mengurangkan sesak dalam dada.



Salam segunung muhibbah, selautan mawaddah
Beriringan buat kalian maghfirah dan rahmah Illahi

Melepaskan kepulan asap yang lama terpendam.
Mujur bukan lava yang termuntah...


Friday, October 15, 2010

Rindu dan Bosan

Bismillah wal hamdulillah~

Saya rindukan saat2nya saya 'mengembara & berkelana' di UKM... Tiap2 bait kata di bawah ini cukup mengambarkan situasi2 kritikal saya satu ketika dulu... Terasa amat dekat dengan Allah.

Sekarang berada di rumah. "ZON SELESA" Huhu~

"BERJALANLAH DENGAN PENUH HARAPAN WALAU HIDUP INI TAK SELALU BAHAGIA,

SEDEKAHKANLAH SATU SENYUMAN WALAU DI HATIMU TAK MAMPU LAGI BERTAHAN,

BELAJARLAH MEMAAFKAN WALAU DIRIMU TERLUKA,

BERHENTILAH MEMBERI ALASAN WALAU INGIN MENYATAKAN KEBENARAN,

HIDUPLAH DALAM IMAN WALAU HARI DIPENUHI DUGAAN DAN

BERPEGANGLAH KEPADA ALLAH WALAU DIA TAK KELIHATAN…

BUKTI KASIHNYA, KITA WUJUD DI DUNIA PINJAMAN INI.

ADA SEBAB BILA BERLAKU SESUATU PERKARA DAN YAKINLAH

ALLAH MENGUJI SETIAP HAMBANYA YANG MENGAKUI KEIMANAN KEPADANYA.

JANGAN TERLALU BANYAK BERKHAYAL UNTUK MENJADI YANG TERBAIK

KERANA HIDUP TAK SEMUDAH ITU,

PERIHAL KEHIDUPAN SEBAGAI CERMIN

DALAM MENILAI SEBUAH PENGABDIAN YANG HAKIKI LAGI ABADI.

MOGA LELAHMU DIHARGAI ILAHI WALAU DICEMUH INSANI.


Bosan pulak~ Hmm... mula2 duk kat rumah...takde pape kerja. Mulalah otak ligat carik kerja. Macam-macam. Hehe... digubah daripada kotak2 cermin mataku & kerang~

Specially dedicate to my friends. :)
(Oh ya~ jangan terpengaruh dek kesan pencahayaan. Setiap satunya punya keistimewaan tersendiri.)

-Terbalut semuanya-

Tiap2 satunya punya nama...

"Cute Butterfly"

"Smart Lady"

"Special One"

"The Lotus"
Salam rindu buat teman2ku di kampus~ Aish, Long, TQ dan TK. :)

Salam segunung muhibbah, selautan mawaddah
Beriringan buat kalian maghfirah dan rahmah Illahi

Kutinggalkan satu persoalan,
"Bila nak ketemu?"