HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Sunday, May 16, 2010

"Sensei No Tsuki"

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Teristimewa buat Ayah, Bonda... Hanya pada Allah kupanjatkan doa agar Mak & Ayah peroleh keberkatan & kerahmatan serta berada dalam lindungan Illahi & peroleh maghfirah daripadaNya... Sentiasa...


Selamat Hari Lahir 'Plusss' Hari Guru buat Ayahanda~


Selamat Hari Lahir 'Plusss' Hari Ibu buat Bonda~


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Sayang Kak, kasih Kak & cinta Kak buat Mak & Ayah tetap mekar seperti dulu. Ia masih di situ...
Maafkan Kak atas segala salah silap & d0a Kak sentiasa mengiringi Mak Ayah...

Friday, May 7, 2010

Macam Best Jerk~~~ Untuk '3K'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia


Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram*.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

Huhuh~~~

Komen saya (ringkas jerk) >>>

i- Kejahilan tahap sengal~

ii- Tak kiralah sama ada disebabkan oleh mana2 kategori - 'Jahil Bodoh Sombong' @ 'Jahil Buta' @ 'Jahil Tulen'... , adalah penting bagi kita sebagai da'ie memahami (siapa golongan sasaran, apa, kenapa & bagaimana) kejahilan mad'u boleh berlaku. Dengan itu, barulah dapat mengambil langkah yang bijak & tepat dalam menangani masalah. Sama konteks sepertimana situasi dalam kampus dalam 'memikat' hati mad'u terhadap 'Islam Tulen'.

iii- Jangan cepat menggelabah ~ kan masih dalam 'pertimbangan'.

Ahhh~~~ peranan mahasiswa?

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Mode : Mengasah2 minda...

Saturday, May 1, 2010

Hulu Selangor & Gerakan Dakwah Kampus

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya teringin sangat nak berkongsi mengenai perkara ini sebab berkait dengan gerakan dakwah di kampus -walaupun isu ini dah agak sejuk-. (Tak berkesempatan sebab kekangan masa exam). Saya tidak mengharapkan artikel ini mendapat respon yang menggalakkan memandangkan fikiran, emosi dan hati kita lebih cenderung untuk memikirkan tentang tragedi terbaru yang berlaku ke atas Allahyarham Aminulrasyid. Cukuplah andai artikel ini mendapat pertimbangan daripada kalangan pimpinan.


Baik, berbalik pada isu pokok. Saya ingin mempersembahkan sedikit 'warming up';


Maafkan saya atas kenyataan ini…

“Saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk kemenangan Islam dalam keadaan semasa ini, malah… mungkin boleh keluar kenyataan yang lebih teruk daripada ini (cukuplah dengan saya tidak menyatakan secara ‘terus-terang’).”


Mengapa sedemikian?


Saya berpandangan, kita cenderung untuk mempromosikan ideologi/fikrah kita berbanding dengan ‘profesion pendakwah’ itu sendiri iaitu memperkenalkan Islam yang syumul. Saya tidaklah merasa ‘terlalu pelik @ ganjil‘ bagaimana rakyat di Hulu Selangor masih memilih UMNO walaupun kita maklum siapakah mereka yang sebenar, warna mereka, belang mereka… Hal ini kerana UMNO kenal siapa sasaran/target mereka. Kenapa UMNO giat berkempen ‘menghentam’ peribadi calon PKR? Sebab mereka tahu di mana titik kelemahan sasaran/target mereka.

Analisis Hulu Selangor - berita lembah pantai


Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah kita kenali mad’u sepertimana kita kenali lawan untuk memahami kekuatan, titik kelemahan mereka bagi memudahkan gerak kerja dakwah. Bukanlah bermaksud kita mengikut rentak mad’u… namun saya maksudkan dengan mengenali merekalah kita tahu bagaimana untuk memikat hati mereka & yang lebih penting daripada itu adalah mengurangkan @ mengelakkan gejala 'syi0k sendiri' (agak membarah di kalangan jemaah sebenarnya~~~). Ingat, dakwah memerlukan proses yang fleksibel, berperingkat, panjang dan berterusan serta memerlukan kesabaran yang tinggi.


Baiklah, saya ingin mengaitkan dengan situasi dalam kampus iaitu Jentera Amali Dakwah (JAD) ISIUKM- Isu Couple. Memetik salah satu petikan dalam risalah yang diedarkan pada malam operasi,




"Seandainya kepala seseorang ditusuk jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidah halal baginya." (HR Thabrani dengan sanad hasan)


Gulp... tersentak saya dibuatnya. Satu teguran yang bukan 'agak' keras, tapi 'memang' keras. Mad'u adalah mereka yang Jahil tentang agama (baca : Jahil). Bagaimana mungkin mereka dapat menerima dengan terbuka teguran yang keras apatah lagi daripada seseorang yang langsung tidak dikenali, muncul dengan tiba2 dalam satu tempoh masa. Tidakkah pelik~??? Malah, tindakan sebegini hanya menjauhkan kita daripada golongan mad'u. Bukanlah tidak bersetuju... cuma saya berpandangan perkongsian risalah boleh ditambah baik dengan pengolahan yang lebih berhikmah.


"Dalam menggerak strategi pemerkasaan dakwah, pendakwah perlu bijak melihat 'the presenting problem' dan 'the real problem', barulah pilih method yang hikmah..."

-Seminar Pendakwah Muda bersama Ust Hasrizal-


Sekali lagi, saya ajukan pertanyaan yang sama ;

Berani cuba?

Sekiranya jawapan anda tetap dengan "Tidak", maka saya tak heran andai kemenangan kita masih lagi tertangguh. "Seek First To Understand Than To Be Understood".

Satu perkara... saya ingin kongsikan sebelum ke titik penyudahan. Saya dapat merasakan yang kebanyakan daripada kita masih tidak meyakini 100% akan masa depan gemilang milik Islam. Kenapa saya katakan sebegini? Sebab kita terlalu memikirkan untuk kemenangan sedangkan Kemenangan Islam itu PASTI, Janji Allah itu PASTI bahawa Dia mewariskan Bumi dan seluruh isinya buat hamba2Nya yang bertaqwa (Annur:55). Maksudnya, tidak perlu kita memikirkan sangat untuk kemenangan kerana yang jauh lebih penting daripada itu adalah keikhlasan yang setulusnya dalam berjuang untuk membawa Islam, menyebarkan dakwah. Allah PASTI akan menganugerahkan Kemenangan bilamana kita semua sudah memiliki kriteria2 lengkap untuk mengisi Kemenangan.

Ini... kalau masalah paling remeh, masalah hati dalam Jemaah (sama2 jantina mahupun berlainan jantina) masih lagi bertimbun2 dan tidak berkesudahan, soal kebajikan ahli jemaah pula masih kurang diambil berat, apatah lagi apabila menyentuh aspek penyediaan diri ke arah
good governance @ governance in waiting... masih banyak kekurangan yang perlu ditampung dalam jemaah itu sendiri. Maafkan saya atas kenyataan yang sememangnya satu hakikat.

Hmm... Saya cuba belajar untuk menjadi pengkritik yang baik. Saya berpandangan, solusi dalam permasalahan jemaah ini tidak lain tidak bukan melainkan
back to the basic - Hubungan dengan Allah. Bagaimana mungkin Allah akan menganugerahkan kemenangan seandainya Qiamullail masih lagi terkial2 (ingatan keras terutamanya untuk diri sendiri). Di sinilah pentingnya peranan Tarbiyah dalam memantapkan polisi ahli jemaah & sekaligus memastikan pelaksanaan yang konsisten di kalangan ahli... malah seharusnya Qiamullail bukanlah amalan berkala (sekali seminggu @ sekali sebulan???) melainkan diperkasakan agar dijadikan amalan seharian. Sebagaimana usrah itu diibaratkan sebagai nadi bagi sesebuah jemaah, sebegitu jugalah dengan Qiamullail diibaratkan sebagai jantung hati bagi individu.

Bersetuju bukan?


Salam mesra, salam sayang

Salam ukhwah, salam perjuangan


'Hati kurang bersama' semasa mengedit artikel ini. Dah sejukkk sangat da~~~
Tak per la, sekurang2nya idea & buah fikiran yang bersimpang-siur dalam fikiran dapat dihamburkan sedikit... :-)