HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Thursday, March 4, 2010

Al-Ghadhab Min Ru'yatil Ustazah FPI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ucapan perasmian oleh Ust Wan Fariza (Jab. Usuluddin, UKM) selaku Penasihat PERMATA baru2 ini. Antara kenyataan beliau yang menarik perhatian saya adalah mengenai pengurusan emosi iaitu marah yang akan saya sebutkan sebentar lagi. Menyentuh persoalan emosi yang satu ni, seringkali kita mendengar nasihat agar - Mengawal Marah. Banyak dalil yang menyokong sebagai hujah atau sandaran bagi perkara ini iaitu :-

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah al-Imran, ayat 134)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Banyak juga keburukan orang yang marah ni~ Cuba perhati gambar di bawah.

Uhuks~~~ nampak lebih tua...
Bayangkan kalau kita yang marah, pastinya jauh lebih dasyattt!!!

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: "Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola."

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”

Okey, cukup sekadar itu. Saya ingin bawakan tentang apa yang diucapkan oleh Ustazah Wan Fariza iaitu emosi marah ini perlu dizahirkan (pada situasi, masa & tempat yang sesuai) tetapi mestilah diiringi dengan kebijaksanaan dan kesucian.

Al-Ghadhab bil Hikmah wal Iffah

Saya pasti anda semua mempunyai pendapat yang tersendiri bukan? Hmm... izin laluan untuk saya menjelaskan dari perspektif Ustazah Fariza. Kemarahan adalah hamburan emosi yang meledak atas banyak faktor - tidak puas hati, salah faham, kesilapan atau mungkin disebabkan makan dalam. Marah ini perlu tetapi perlulah dipagari dengan hikmah dan iffah. Bagaimana nak menjana hikmah? Iaitulah dengan banyakkan bertenang dan berfikir dengan rasional tentang permasalahan yang berlaku dengan mengambil kira faktor luaran dan dalaman, aspek2 yang bersangkutan dan pandangan dari semua pihak. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah ketenangan dan rasional.

Bagaimana pula dengan iffah? Iffah atau kesucian adalah merujuk pada elemen kerohanian iaitu agama. Dalam semua aspek kehidupan, kita selaku umat Islam yang beriman pastinya tidak terlepas dari elemen ini.
Islam Is The Way Of Life. Marah yang diiringi dengan hikmah semata tidak mencukupi kerana masih terdapat kelompangan walaupun sekiranya kita fikir seimbas lalu, cukuplah dengan hikmah. Orang yang bijaksana ketika marah pastinya dapat menewaskan orang yang kurang bijak sebab dia tahu bagaimana nak mengendalikan orang yang sekian2~ Saya suka untuk terus mengingatkan diri saya dan juga sahabat2 bahawa kita juga berperanan sebagai Da'ie. Anda boleh faham apa yang saya cuba maksudkan, bukan? Itulah pentingnya iffah dalam mengawasi kemarahan.

"Apa tengok-tengok!!! Nak ta'ruf? Ni kakak... Iyazi!
Saya? Huh... Najwa!"

Saya masih ingin menggunakan pemikiran songsang dalam memperkatakan 'hal ini'. Harapnya sahabat2 dapat berlapang dada dengan pandangan saya. Tiada siapa yang betul, tiada siapa yang salah dalam melontarkan pendapat melainkan semuanya terpulang pada kita semua untuk mempertimbangkan apakah yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Apa yang ingin saya katakan adalah kewajaran atau kerelevanan (uhuks... ada ker istilah ni?) demonstrasi dijalankan dalam kampus dengan status kita sebagai mahasiswa, golongan intelektual. Lagi sekali, saya mengingatkan fokus saya adalah DALAM KAMPUS. Satu perkara yang perlu dimuhasabah buat kita bersama - berbaloikah dengan usaha kita berpenat lelah dengan hasil yang kita peroleh?
Hakikatnya, saya sendiri adalah antara puluhan ribu yang pernah menyertai 2 demonstrasi mega di peringkat nasional. Hmm... sengaja menimbulkan pertentangan pendapat agar dengan ini mudah-mudahan ada pandangan2 lain yang jauh lebih baik tercetus dari sahabat2.

Oh yea... seperkara penting yang saya ingin jelaskan pada sahabat2. Betul~ Saya orangnya lembut hati. Namun, saya faham akan perlunya juga pada satu2 ketika kita menggunakan kekerasan/ ketegasan. Contoh yang mudah adalah berhikmah ~ Bukanlah satu tindakan yang berhikmah andai menggunakan tangan untuk memecahkan bongkah batu yang besar. Cuma, janganlah perkara ini dijadikan sandaran untuk kita terus-menerus dengan strategi konservatif. Tabik spring buat para jentera dalam melancarkan Silent Protest yang pernah dijalankan di bulatan FPI kerana ia cukup memberikan impak maksima terhadap golongan sasaran~

Kakiku panjaaaannnnnngggggg. :-D

Sebenarnya, sebahagian daripada ulasan ini adalah bersumberkan pandangan ustazah jua dan ditokok tambah oleh saya sendiri. Untuk pengetahuan sahabat2, Ust Fariza adalah x-KISAS dan prasiswazah dan siswazah x-UKM.

Sekadar itu sahaja dari saya. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan keterlanjuran dalam membahaskan perkara ini. Saya amat menghargai keterbukaan sahabat2 dalam membincangkan perkara ini.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
>Berbeza dengan - menahan marah @ menghamburkan kemarahan~ ;-)

2 comments:

Huda Afiqah Hashim said...

salam kembara. :-)

kepada Ayie > terima kasih atas komentar. sebenarnya, gambar kaki panjang tu membawa tafsiran "penyelesaian alternatif untuk persoalan @ permasalahan".

macam mana? fikir2kan la~~~ tak reti daa camne nak jelaskan... ahaks! :)

salam.

Syam Ahmedarino said...

demonstrasi aman adalah suara rakyat!!...