HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Tuesday, February 2, 2010

PRK : Izin laluan... Saya ingin berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sebelum saya meneruskan bicara, ingin saya nyatakan bahawa tulisan ini cuba melihat dari sudut yang berbeza. Memikirkan bahawa perlunya bagi sesebuah gerakan atau mana2 organisasi mempunyai 'si pemakai topi hitam' bagi menjadi check and balance bagi menambah baik sebarang kekurangan atau kelompangan yang mungkin ada. Moga2 kita semua dilapangkan hati serta fikiran untuk mempertimbangkannya.

Kasut orang lain

Saya pernah mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi sebanyak 2 kali yang dianjurkan oleh PPP dari awal sehingga ke akhir rancangan -Bukan separuh jalan- serta pengalaman menjadi salah seorang peserta Kursus Kepimpinan Bakal Calon MPP 2009. Dan, pengalaman2 ini seolah2 membuka mata saya untuk melihat dari kaca mata pihak penadbiran universiti tentang kebimbangan serta harapan untuk membariskan nama universiti di persada dunia. Salah satu kebimbangannya adalah tentang ranking keboleh pasaran graduan UKM yang semakin merosot dan di sinilah bermulanya isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG). Memetik kata2 Dr Azizan Ahmad,

"SPKG adalah suatu sistem yang bagus namun tidak realistik kerana kelemahan dari beberapa aspek iaitu sistem pembelajaran, prasarana, mekanisme pelaksanaan, dana serta persekitaran kondusif"

Di sinilah pula timbulnya konflik penilaian semula ke atas SPKG.

Berani cuba?

Pemilihan pimpinan

Saya ingin membawakan satu analogi. Katakan anda mempunyai sebuah syarikat besar dan anda berhasrat untuk melonjakkan nama syarikat anda di mata masyarakat. Tentu sekali anda punya visi, misi, matlamat serta objektif2 yang ingin anda capai. Terdapat dua kelompok manusia untuk anda pilih sebagai kakitangan anda. Satu kelompok kurang menyerlah dari sudut kepimpinan tetapi sedia menurut perintah. Sementara satu kelompok lagi sangat bagus -penuh dengan idealisme-namun bersifat mberontak. Mana satu pilihan anda? Ingat, anda mempunyai keazaman kuat untuk merealisasikan hasrat gemilang anda.

'Changing The Face' can change nothing
But 'Facing The Change' can change everything
Don't complain others, change yourself if you want peace

Memetik kata2 Tuan Haji Abd Razak Hussin pada malam pengumuman tersebut,
"Banyak saluran yang boleh mahasiswa utarakan untuk meluahkan pendapat, menyatakan tidak puasan hati berbanding dengan melakukan demonstrasi" -Bukan semata2 'nego'-


Segala2nya cukup cantek bagi saya dan juga mengambil kira pandangan orang luar sepanjang kempen berlangsung -tidak kecoh2 seperti dulu-. Semuanya aman jer sehinggalah dalam keriuhan cafe disentak dengan sorakan lantang seorang senior dan ditambah pula dengan adegan sahut-menyahut mempersendakan pihak lawan serta provokasi kuda yang tiba2 muncul -Maaf cakap- Situasi2 ini cukup menjengkelkan hati saya. Kalau ada yang perasan, saya cukup tidak suka situasi tersebut sehingga mahu tersembur2 saliva dibuatnya. Semuanya terus berubah - riuh dan kecoh. Keputusan PRK pula semakin ditangguh2...

Kemenangan besar

Kita selalu sebut dalam mana2 slot taujihat, kita akan menang dalam perjuangan. Sama ada kalah dalam pertarungan tetapi menang di hadapan Allah atau menang dalam kedua2 situasi. Namun, rupa2nya kita terlepas satu lagi aspek iaitu menang dalam 'memenangi hati mad'u' (@ pihak lawan). Menang dalam pertarungan, menang di hadapan Allah dalam masa yang sama berjaya memenangi hati mad'u. Hebat bukan? Kemenangan yang jauh lebih bermakna daripada kemenangan ke atas kekalahan @ dalam masa yang sama mempersenda/memperlekeh pihak lawan... Teringat saya akan sirah Pembukaan Kota Mekah dan Kemenangan ke atas Penawanan Kota Suci Baitul Maqdis. Satu kemenangan agung dan terulung dalam sejarah manusia.

-Kemenangan besar vs Kemenangan besar lagi bermakna-

Perlu dipasakkan dalam ahli gerakan GMUKM bahawa kita bukan semata2 badan siasah. Kebanyakan daripada kita jua merupakan ahli2 gerakan ISIUKM. Kita juga membawa imej para da'ie. Tabik spring buat jentera2 Pilihanraya dalam melancarkan serangan terbaru - kempen dalam blog, penyebaran emel berantai serta pengedaran risalah. Jiwa terasa puas kerana dapat menyumbang dengan 'hadirnya roh dan jasad' dalam melaksanakan gerak kerja berbanding berdemonstrasi.

Demonstrasi

Mencuit sedikit mengenai isu demonstrasi, tidaklah saya menentang... Secara peribadinya, saya bersetuju akan pentingnya demonstrasi untuk isu2 yang besar seperti isu ISA kerana kekuatannya terletak pada ramainya gerombolan manusia yang membawa pendirian yang sama. Namun, relevankah strategi ini dijalankan dalam kampus? Sedarkah kita pandangan para mad'u terhadap kita? Ia tidak lebih daripada hanya dapat menzahirkan rasa tidak puas hati.

"Kami ditindas, ditumbuk, dikasari, dicederakan - jadi anda kena faham yang mengapa kami melontarkan rasa yang terbuku melalui demonstrasi."


Namun, mahukah mereka memahami? Mereka adalah para mad'u sedangkan kita adalah para da'ie. Anda rasa, bolehkah mereka yang memulakan dahulu? ... Saya pulangkan pada anda.

"Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
(Al-Imran : 159)

Tidak saya nafikan ada juga 'ASPIRASI tegar'. 'Totok' lawan dengan 'totok'. Namun, berapa kerat sangat di kalangan mereka yang tegar? Kalau nak dinisbahkan dengan para mad'u kita yang lain, kebanyakan dari mereka hanyalah 'ASPIRASI warisan', atas pagar dan yang naif lagilah ramai.

Lambat bersuara

Saya baru melontarkan pandangan kerana mengambil kira situasi emosi yang sebelum ini menguasai kebanyakan daripada kita... Pertimbangan berdasarkan emosi kurang efektif memandangkan ia cenderung untuk berat sebelah. Saya tidaklah memaksa anda untuk menerima pandangan2 saya, namun sekurang2nya ia dapat dipertimbangkan dengan baik -tanpa pengaruh emosi.

Be bold when you loose Be calm when you win
Heated gold becomes ornament. Beaten cooper becomes wires.
Depleted stones become statue.
So the more pain you get in life you become more valuable

Moga2 dengan kesakitan yang dalam, kepedihan yang terlalu ngilu serta halwa pekat dalam hati yang sedang ditanggung dapat menyediakan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan - Tidaklah merasa hina dengan kekalahan dan tidak pula terlalu gembira dengan kemenangan.


Sebelum saya mengakhiri penulisan saya, ingin saya bawakan '7 Sikap Insan Cemerlang' yang dipopularkan oleh Stephen Convey.
  • Habit 1: Be Proactive: Principles of Personal Choice
  • Habit 2: Begin with the End in Mind: Principles of Personal Vision
  • Habit 3: Put First Things First: Principles of Integrity & Execution
  • Habit 4: Think Win/Win: Principles of Mutual Benefit
  • Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood: Principles of Mutual Understanding
  • Habit 6: Sinergi: Principles of Creative Cooperation
  • Habit 7: Sharpen the Saw: Principles of Balanced Self-Renewal of body
Untuk mendapatkan info tambahan, saya sarankan anda baca ulasan SaifulIslam mengenai 7 sikap cemerlang dalam blog beliau.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Satu Ingatan : Saya bukanlah menentang. Saya adalah pendokong pasif @ penyokong tegar ISIUKM jua GMUKM. Sekadar meluahkan pandangan dari sudut yang berbeza moga dengan ini ada perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama demi survival gerakan dakwah di kampus.

4 comments:

Khairul Aiman Sahrom said...

menarik pandangan anda..namun saya ingin sentuh entang isu demonstrasi..ramai yang menganggap demonstrasi ini suatu yang sia-sia dan tak kurang yang mengatakan ia perkara bodoh...tapi sedarkah kalian bahawa demonstrasi juga adalah penyelesaian apabila rundingan menemui jalan buntu?
rundingan3x...satu cara mudah dan nampak profesional..tapi rundingan juga memudahkan pihak atasan menolak usul kia mentah-mentah ibarat sampah..buktinya sudah banyak..cuma ramai yang tidak perasan..ayuh murnikan budaya demonstrasi...

HUDA AFIQAH HASHIM said...

terima kasih atas respon.

Saya faham & memang sgt faham sbb jgn dilupakan 1 perkara - saya juga berada dlm kawanan anda semua. :-)

Tulisan ini cuba melihat dari sudut yang berbeza terutama sekali memikirkan para mad'u. Ingat! Kita juga adalah para da'ie. Cuba pakai kasut orang lain, dengan itu kita akan lebih faham & nampak gambaran yg lebih jelas~~~ serta dpt memikirkan alternatif2 lain sptmana 'serangan terbaru' di KKM.

Apa kekuatan demonstrasi? Letaknya pada ramainya gerombolan manusia. Namun, situasi yg brlaku dlm kampus adalah sikitnya kumpulan menjadikan mad'u takut... Berbeza jika di luar sana.

Apa pun, andainya ada demonstrasi, saya ikut jah. Cuma, rohku sesekali melayang ntah ke mana. He~~~

Salam kembara. :-)

Siti SArah Ahmad Rusli said...

sy suke pergi demo!!!YEEEAAAH

Khairul Aiman Sahrom said...

masalah sebenar bukan terletak pada demonstrasi itu sendiri..namun, kurangnya pemahaman 'kenapa harus berdemonstrasi' kepada mad'u itu sebenarnya masalah utama..oleh iu penting bagi seorang da'ie menerangkan kepada para mad'u sebab kita berdemo..
bagi saya, menghantar usul serta demonstrasi kedua2nya penting..
demonstrasi adalah cara agar usul yang dihantar tidak dipandang enteng mahupun dibiar berbulan-bulan tanpa sebarang tindakan..
selain itu, ia dapat memberi perhatian serta kefahaman kepada masyarakat bahawa wujud suatu ketidakadilan..kerana masyarakat akan lebih celik mata dan mengambil tahu isu yang didemostrasikan berbanding rundingan dalam selimut..tak ramai yang tahu dan ambil peduli.