HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, February 27, 2010

Cintaku Layu Dimamah Waktu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tumbuhan, apabila tidak dijaga rapi akan layu dan bertambah layu lalu mati. Hati, sekiranya tidak terus menerus disirami dengan zikrullah juga akan mati. Cinta, tidak terlepas menerima nasib yang sama andai tidak dibajai dengan kasih. Saya pasti yang ramai di kalangan anda yang bersetuju dengan saya bukan?

Sekadar gambar hiasan yang tiada kena mengena langsung dengan posting.

Sebenarnya...

Posting ini mengenai cinta terhadap Rasulullah saw. Sengaja mengkontroversikan tajuk sebab 'geram'. Mentang2 la sekarang demam Ketika Cinta Bertasbih (KCB) melanda, apa2 jer yang jiwang terus dikaitkan dengan cinta manusia. Sedangkan sekarang di Bulan Rabi'ul Awal iaitu bulan Kelahiran Insan Agung Nabi Muhammad saw, kecintaan seluruh umat Islam. Hmm... tak boleh geram pada orang jugak memandangkan saya sendiri belum berkesempatan meluangkan masa 4 jam untuk menonton KCB. Jadinya situasi saya tidak la dipengaruhi oleh jiwang karat. Entah, dah tawar hati nak menonton~ Ku Cinta Buku? Eh, typing error...

Dah, tutup kes.

Saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati bait2 lirik lagu yang sedang diperdengarkan (Rayuan Rindu oleh Raihan) sementara membaca posting saya ini. :-) Cukup menyentuh qalbu...

Sekarang apa jadi dengan hati? Cinta itu semakin pudar, rindu itu semakin jauh dek hati yang berkarat dengan daki2 mazmumah di sepanjang perjalanan hidup hinggalah beradanya saya di Perbukitan Ilmu ini. Terasa agak kosong. Justeru bersempena Bulan Rabi'ul Awal yang mulia ini, saya ingin mengajak sahabat2 untuk kita sama2 kembali memperbaharui iman kita, hati kita, cinta kita, tulus buat Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.


Detik2 Akhir Kewafatan Rasulullah SAW

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata, "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda, "Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."

"Allah berfirman : "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya, "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."

Kami bertanya lagi, "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Salah seorang ahli bait."

Kami bertanya, "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."

Kami bertanya, "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda, "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam, "Assalamualaikum ya Rasulullah?"

Kemudian dia berkata lagi, "Assolah yarhamukallah."

Fatimah menjawab, "Rasulullah dalam keadaan sakit."

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda, "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata, "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.

Baginda bertanya, "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"

Siti Fatimah menjawab, "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda, "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw.

Malaikat Maut itupun berkata, "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu, "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi, "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah, "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab, "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah saw bersabda, "Tahukah kamu siapakah dia?"

Fatimah menjawab, "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah saw menjelaskan, "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan, "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah saw pun menjawab, "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab, "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah saw bertanya, "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"

Jawab Malaikat Maut, "Saya tinggal dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw, "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab, "Ya, wahai kekasih Allah."

KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda, "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab, "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda saw bersabda, "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi, "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda saw bersabda lagi, "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab, "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya, "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab, "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab, "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah saw, "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya, "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab, "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata, "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya, "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab, "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

KESEDIHAN SAHABAT

Berkata Anas r.a., "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan, "Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata, "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku, "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan, "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim." Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

Muaz berkata, "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan." Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka, "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar: ayat 30)

Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi, "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi, "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."

Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata, "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."

Kemudian dia berkata, "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut, "Bagaimana khabar Rasulullah saw?" Orang tersebut menjawab, "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz, "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."

Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan, "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya, "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal, "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan." Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata, "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata, "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."

Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan, "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh." Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata, "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan, "Assalamualaikum ya ahlil bait."

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata, "Rasulullah saw bersabda, Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi, "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)

Maqam Nabi Muhammad saw

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

"Ya Rasulullah, kau tinggalkan kami warisan yang abadi.
Dan bersaksilah, sesungguhnya kami merinduiMu..."

Wednesday, February 24, 2010

Indahnya Hidup Bersama Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Artikel ini adalah semata2 lirik pilihan kegemaran saya. Apa pun, saya mengharapkan sahabat2 membaca satu demi satu rangkap lagu ini. Kalau dapat dengar lagunya sekali, lagi baik. Cukup menyentuh qalbu... terimbau juga nostalgia Allahyarham Ust Mohd Asri Ibrahim Rabbani. Al-Fatihah...


Indahnya Hidup Bersama Tuhan
oleh : Rabbani

Alangkah indah hidup ini, Hidup bersama Illahi

Kehendak Allah difahami, Pandai menerima dariNya


Bijak menggunakan nikmatnya, Ia dianggap ibadah

Semua diberi pahala, Tarbiyah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian, Tanpa hisab akan diganjari

Nikmat yang diberi, Memudahkan untuk berbakti


Merasai pemberiaanNya, Itulah tanda bersyukur

Akan ditambah lagi, Nikmat yang diberi


Terseksa bermujahadah, Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah, PanduanNya Allah tunjukkan


Korban harta fi sabilillah, Agar mendaulatkan kalimatullah

Setiap satu kebajikan, Tujuh ratus digandakan


Tawakal kepada Illahi, Terutama mengenai rezeki

Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit, Ada jaminan pembelaan dariNya


Bila taqwa pakaian kita, Urusan kita dimudahkan

Kerana kita sudah menjadi 'abdillah, Begitu indah hidup bersama Tuhan



Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Perasaan terasa gebu, Rindukan saat 'itu'...

Thursday, February 11, 2010

Hatiku Cemburu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Cemburu. Perasaan cemburu ada bagusnya. Kata orang, 'Cemburu sifat lelaki, kedekut sifat perempuan'. Entah, saya pulangkan pada anda untuk menafsirkannya. Macam mana boleh timbul idea nak cerita pasal cemburu ni? Huhu~~~ sebab perasaan cemburu datang la... Semua, gara2 tengok seseorang yang saya kagumi secara diam2 semasa di dewan peperiksaan isnin lalu... Seorang perempuan dengan perawakan yang biasa, tapi genius.


Cita-cita


Kalau ditanyakan tentang cita2 saya sejak kecil, saya jawab, "Polis". Dah besar sikit, saya jawab, "Penyiasat". Besar lagi, "Detektif". Dah semakin matang, "Saya mahu jadi Pakar Forensik". Kegemaran saya terhadap perkara2 yang kompleks dan kritikal sebab menjadikan otak ligat berfikir, idea terjana lalu saraf2 neuron pun diaktifkan semaksima mungkin. Tapi... impian tidak tercapai sebab ayah tidak bersetuju saya menukar kursus. Lalu, kekallah saya dalam bidang Biologi modul Botani. Sedea... memang sedih. Disebabkan tu, saya demam selsema 2 minggu. Uhuks~


Bila difikirkan semula, ada baiknya saya tidak mengambil Forensik kerana bidang ini memerlukan penguasaan Bidang Perubatan (salah satu alternatif, ada jugak cara lain). Owh... saya bukanlah jenis yang 'pelajar totok' memandangkan saya lebih bersedia belajar dengan 'aman'. Perlunya dipertimbangkan dari sudut 'kemampuan', bukan semata-mata 'kebolehan'. Tambahan bagi bidang ini, kena belajar jugak Subjek Undang-undang...


"Pergghhh!!!"

Taklifan


Berada di barisan jundi @ sebagai ahli sangat menginsafkan saya bahawa betapa perlunya memegang tampuk kepimpinan. Sejujurnya, sangat mencemburui sahabat2 dengan segala macam taklifan. Saya bukan mengejar amanah. Alahai... taklifan yang sedia ada pun saya sudah tidak terpikul yang hakikatnya jauh lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan sahabat2. Owh, amanah jangan sekali2 dipinta! Saya melihatkan dari sudut lain, dengan taklifan yang ada itulah menjadikan kita berautoriti menjalankan visi & misi membumikan dakwah di kampus. Saya beranggapan sahabat2 dah cukup ma'ruf mengenai perkara ini.

Ayat yang cukup popular,
"Kita bukanlah Gila Kuasa, kita mahu merampas Kuasa dari Orang G***"

Hakikat yang nyata, diri sememangnya tidak layak untuk menggalas beban amanah yang berat. Berbalik soal tadi, perlunya dipertimbangkan dari sudut 'kemampuan', bukan semata2 'kebolehan'. Namun, bergantung juga pada keinginan. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Kan? Hmm... satu perkongsian, secara peribadinya saya berpandangan mendapat autoriti dah memadai kalaupun tidak berjawatan. Pendapat yang sangat boleh disanggah- Saya pulangkan pada sahabat2 sebab saya sendiri tidak pernah 'berada di atas'. Ehehehe~~~


Perkahwinan

Normal la kalau cemburu dengan mereka yang dah berkahwin sebab dah memang naluri manusia inginkan 'teman yang melengkapi'. Tambah pulak, bonus berlipat ganda ganjaran pahala amal bagi mereka yang dah berkahwin. Teringat semasa saya zaman 'mentah-mentah' dulu, zaman 'gila-gila' nak kahwin. Mak pesan, "Boleh nak kahwin, cuma kena belajar baaanyak bersabar. Sabar, sabar, sabar..." Betul jugak. Sekarang? Hehe... dah tak se'gila2' dulu, dah semakin matang & takde lah mabuk nak kahwin. Hahaha.... Eh2, pesanan itu eksklusif daripada mak saya untuk saya sahaja tau. Mungkin, pesanan bonda untuk anda adalah, "Along boleh nak kahwin, tapi kena belajar baaanyak bersyukur. Syukur, syukur, syukur...".

Mungkin.

Amal kebajikan

Walaupun saya membincangkan perkara ini di akhir penulisan, ia sepatutnya mendapat prioriti yang tertinggi. Seharusnya menanam kecemburuan yang tinggi terhadap mereka yang banyak melaksanakan amal kebajikan. "
Fastabiqul khairat". Berlumba2 dalam membuat amal kebajikan. Saya suka berlaku jujur. Bercakap datang dari hati, barulah dapat menyentuh hati para pembaca. Momentum saya agak kurang dari aspek ini. Namun, apa yang saya amalkan adalah berusaha dengan sebaik mungkin apabila khidmat pertolongan diperlukan. Yang penting adalah bukan semata2 tolong, namun cubalah menggembirakan hati orang yang ditolong. Ingatan dan pesanan penting buat saya sendiri.


Positifkan minda~~~

Bukan semua orang berpeluang mendalami Botani.
>Gunakan peluang ini semaksima mungkin. ;-)


Berada di bawah membolehkan saya melihat dari pandangan orang luar.
>Perkongsian yang mungkin boleh dimanfaatkan buat pimpinan. :-)


Bujang hanya sekali.
>Yeah... manfaatkan sebaiknya! :-D


Amalku amat kurang sekali.
>Apalagi yang mahu yang dikejarkan? "
Fastabiqul khairat"!

Pesanan penaja : Jangan hilang fokus. Entry ini menyentuh tentang 'Cemburu'. Sama jugak entry 'Kahwin + Master + Kerja (KMK)' yang hakikatnya menyentuh tentang prospek masa depan -big picture-.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Mahu ceria?
Sumbat telinga. Off radio.
Nyanyikan lagu kegemaran anda. :-D

Wednesday, February 10, 2010

Ikut Rasa Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

Apa perasaan anda bila melihat barisan 0 & o di atas? Menyakitkan hati bukan? Mengarut! Takde kerja! Hilang arah! Macam itulah yang saya rasakan sekarang.

"Ikut rasa, binasa
Ikut hati, mati"

Hmm... bagi tidak mengecewakan hati anda yang sudi menjengah blog ini, saya bawakan link ke sebuah blog. Boleh tahan la... artikel tentang fenomena politik di Malaysia. Pandangan dari non-partisan kot~

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/mason-mason-melayu-bahagian-vi.html


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Ya ukhti Huda,
Jaddidu imaniki!!! Bil mujahadah ya ukhti...

Saturday, February 6, 2010

Siswi FST Mengait Bait-bait Sajak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sang Musafir di Medan Juang

Seorang insan biasa
Berkelana lalu singgah di bawah teduhan 'jemaah'
Musafirnya sekadar menyokong
Bukanlah mendokong watak utama
Sungguh, menghindarkan diri
Biarpun mungkin dirinya punya bakat
Mungkin...

Perit hatinya menanggung
Jiwa turut sama pedih menampung...
Seorang musafir menumpang bahtera
di lautan gelombang yang maha dasyat geloranya
Namun, tidak tahu apa mahu dibuat!
Sekadar menurut jua memerhati...
Tiba di satu-satu destinasi,
Melontarkan bicara halus menusuk tajam
Umpama tusukan jarum-jarum akupuntur
Atau mungkin...
Menghamburkan bicara tajam menikam
Umpama belati beracun membelah sarat isi dada

Apa yang dia tahu?
Keinginan untuk thabat dalam perjuangan ini
Izinkan dirinya menumpang...
Persinggahan yang sekejap cuma di alam fana
Dalam perjalanan panjang mencari CintaNya, menggapai Mardhotillah
Puncak kebahagiaan seorang hamba

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Dah lama tinggalkan sajak. Rindu untuk mendeklamasikannya lagi...

Tuesday, February 2, 2010

PRK : Izin laluan... Saya ingin berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sebelum saya meneruskan bicara, ingin saya nyatakan bahawa tulisan ini cuba melihat dari sudut yang berbeza. Memikirkan bahawa perlunya bagi sesebuah gerakan atau mana2 organisasi mempunyai 'si pemakai topi hitam' bagi menjadi check and balance bagi menambah baik sebarang kekurangan atau kelompangan yang mungkin ada. Moga2 kita semua dilapangkan hati serta fikiran untuk mempertimbangkannya.

Kasut orang lain

Saya pernah mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi sebanyak 2 kali yang dianjurkan oleh PPP dari awal sehingga ke akhir rancangan -Bukan separuh jalan- serta pengalaman menjadi salah seorang peserta Kursus Kepimpinan Bakal Calon MPP 2009. Dan, pengalaman2 ini seolah2 membuka mata saya untuk melihat dari kaca mata pihak penadbiran universiti tentang kebimbangan serta harapan untuk membariskan nama universiti di persada dunia. Salah satu kebimbangannya adalah tentang ranking keboleh pasaran graduan UKM yang semakin merosot dan di sinilah bermulanya isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG). Memetik kata2 Dr Azizan Ahmad,

"SPKG adalah suatu sistem yang bagus namun tidak realistik kerana kelemahan dari beberapa aspek iaitu sistem pembelajaran, prasarana, mekanisme pelaksanaan, dana serta persekitaran kondusif"

Di sinilah pula timbulnya konflik penilaian semula ke atas SPKG.

Berani cuba?

Pemilihan pimpinan

Saya ingin membawakan satu analogi. Katakan anda mempunyai sebuah syarikat besar dan anda berhasrat untuk melonjakkan nama syarikat anda di mata masyarakat. Tentu sekali anda punya visi, misi, matlamat serta objektif2 yang ingin anda capai. Terdapat dua kelompok manusia untuk anda pilih sebagai kakitangan anda. Satu kelompok kurang menyerlah dari sudut kepimpinan tetapi sedia menurut perintah. Sementara satu kelompok lagi sangat bagus -penuh dengan idealisme-namun bersifat mberontak. Mana satu pilihan anda? Ingat, anda mempunyai keazaman kuat untuk merealisasikan hasrat gemilang anda.

'Changing The Face' can change nothing
But 'Facing The Change' can change everything
Don't complain others, change yourself if you want peace

Memetik kata2 Tuan Haji Abd Razak Hussin pada malam pengumuman tersebut,
"Banyak saluran yang boleh mahasiswa utarakan untuk meluahkan pendapat, menyatakan tidak puasan hati berbanding dengan melakukan demonstrasi" -Bukan semata2 'nego'-


Segala2nya cukup cantek bagi saya dan juga mengambil kira pandangan orang luar sepanjang kempen berlangsung -tidak kecoh2 seperti dulu-. Semuanya aman jer sehinggalah dalam keriuhan cafe disentak dengan sorakan lantang seorang senior dan ditambah pula dengan adegan sahut-menyahut mempersendakan pihak lawan serta provokasi kuda yang tiba2 muncul -Maaf cakap- Situasi2 ini cukup menjengkelkan hati saya. Kalau ada yang perasan, saya cukup tidak suka situasi tersebut sehingga mahu tersembur2 saliva dibuatnya. Semuanya terus berubah - riuh dan kecoh. Keputusan PRK pula semakin ditangguh2...

Kemenangan besar

Kita selalu sebut dalam mana2 slot taujihat, kita akan menang dalam perjuangan. Sama ada kalah dalam pertarungan tetapi menang di hadapan Allah atau menang dalam kedua2 situasi. Namun, rupa2nya kita terlepas satu lagi aspek iaitu menang dalam 'memenangi hati mad'u' (@ pihak lawan). Menang dalam pertarungan, menang di hadapan Allah dalam masa yang sama berjaya memenangi hati mad'u. Hebat bukan? Kemenangan yang jauh lebih bermakna daripada kemenangan ke atas kekalahan @ dalam masa yang sama mempersenda/memperlekeh pihak lawan... Teringat saya akan sirah Pembukaan Kota Mekah dan Kemenangan ke atas Penawanan Kota Suci Baitul Maqdis. Satu kemenangan agung dan terulung dalam sejarah manusia.

-Kemenangan besar vs Kemenangan besar lagi bermakna-

Perlu dipasakkan dalam ahli gerakan GMUKM bahawa kita bukan semata2 badan siasah. Kebanyakan daripada kita jua merupakan ahli2 gerakan ISIUKM. Kita juga membawa imej para da'ie. Tabik spring buat jentera2 Pilihanraya dalam melancarkan serangan terbaru - kempen dalam blog, penyebaran emel berantai serta pengedaran risalah. Jiwa terasa puas kerana dapat menyumbang dengan 'hadirnya roh dan jasad' dalam melaksanakan gerak kerja berbanding berdemonstrasi.

Demonstrasi

Mencuit sedikit mengenai isu demonstrasi, tidaklah saya menentang... Secara peribadinya, saya bersetuju akan pentingnya demonstrasi untuk isu2 yang besar seperti isu ISA kerana kekuatannya terletak pada ramainya gerombolan manusia yang membawa pendirian yang sama. Namun, relevankah strategi ini dijalankan dalam kampus? Sedarkah kita pandangan para mad'u terhadap kita? Ia tidak lebih daripada hanya dapat menzahirkan rasa tidak puas hati.

"Kami ditindas, ditumbuk, dikasari, dicederakan - jadi anda kena faham yang mengapa kami melontarkan rasa yang terbuku melalui demonstrasi."


Namun, mahukah mereka memahami? Mereka adalah para mad'u sedangkan kita adalah para da'ie. Anda rasa, bolehkah mereka yang memulakan dahulu? ... Saya pulangkan pada anda.

"Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
(Al-Imran : 159)

Tidak saya nafikan ada juga 'ASPIRASI tegar'. 'Totok' lawan dengan 'totok'. Namun, berapa kerat sangat di kalangan mereka yang tegar? Kalau nak dinisbahkan dengan para mad'u kita yang lain, kebanyakan dari mereka hanyalah 'ASPIRASI warisan', atas pagar dan yang naif lagilah ramai.

Lambat bersuara

Saya baru melontarkan pandangan kerana mengambil kira situasi emosi yang sebelum ini menguasai kebanyakan daripada kita... Pertimbangan berdasarkan emosi kurang efektif memandangkan ia cenderung untuk berat sebelah. Saya tidaklah memaksa anda untuk menerima pandangan2 saya, namun sekurang2nya ia dapat dipertimbangkan dengan baik -tanpa pengaruh emosi.

Be bold when you loose Be calm when you win
Heated gold becomes ornament. Beaten cooper becomes wires.
Depleted stones become statue.
So the more pain you get in life you become more valuable

Moga2 dengan kesakitan yang dalam, kepedihan yang terlalu ngilu serta halwa pekat dalam hati yang sedang ditanggung dapat menyediakan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan - Tidaklah merasa hina dengan kekalahan dan tidak pula terlalu gembira dengan kemenangan.


Sebelum saya mengakhiri penulisan saya, ingin saya bawakan '7 Sikap Insan Cemerlang' yang dipopularkan oleh Stephen Convey.
  • Habit 1: Be Proactive: Principles of Personal Choice
  • Habit 2: Begin with the End in Mind: Principles of Personal Vision
  • Habit 3: Put First Things First: Principles of Integrity & Execution
  • Habit 4: Think Win/Win: Principles of Mutual Benefit
  • Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood: Principles of Mutual Understanding
  • Habit 6: Sinergi: Principles of Creative Cooperation
  • Habit 7: Sharpen the Saw: Principles of Balanced Self-Renewal of body
Untuk mendapatkan info tambahan, saya sarankan anda baca ulasan SaifulIslam mengenai 7 sikap cemerlang dalam blog beliau.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Satu Ingatan : Saya bukanlah menentang. Saya adalah pendokong pasif @ penyokong tegar ISIUKM jua GMUKM. Sekadar meluahkan pandangan dari sudut yang berbeza moga dengan ini ada perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama demi survival gerakan dakwah di kampus.