HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, January 9, 2010

U.K.M. Universiti Kampung Monyet

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ha3... saya memikirkan beberapa kali untuk meneruskan tajuk ini @ tidak. Agak melucukan (Er... agak sinis pun ada). Memilih tajuk ini atas sebab beberapa peristiwa 'kerompakan makanan' yang berlaku di bilik baru2 ini. PERHATIAN, saya mencadangkan anda membaca artikel ini sampai penghujung ya. :) Blog saya di Za'ba iaitu Blok E amat jarang dikunjungi makhluk2 ini tambahan pula bilik saya berada di tingkat 3. Saya ingin memulakan intro dengan mengajak anda semua memerhatikan dialog di bawah:

*****************
"Hei monyet, nyah kau! Berani kau ganggu kediaman kami. Habitatmu di dalam hutan, lokasi strategik permainanmu di hutan, sumber pencarian rezekimu di hutan, apatah lagi engkau nak mengawan pun di hutan. Nyah kau ke dalam hutan!"

"Wahai manusia, cis kau! Sungguh tak sedar diri. Kaulah yang merampas habitat kami, kaulah yang memusnahkan hutan2 kami dan kau jualah yang merompak makanan2 kami. Get lose, foot lose & berambus dari hutan kami!"
(Ops... terkasar bahasa. He...)
*****************

Satu perkara yang paling tak tahan mengenai monyet2 ini adalah sasarannya semata2 perempuan. (???)

Monyet Hitam Howley

Kita semua sedia maklum bahawa UKM terkenal dengan jolokan Universiti Perbukitan Ilmu kerana lokasinya yang strategik iaitu dikelilingi Hutan Hujan Tropika, Hutan Simpan Bangi dan ini memberikan satu nilai tambah yang tersendiri bagi UKM. Malah, keunikan ini mengujakan pengkaji2 luar kerana ia menyediakan suasana belajar yang kondusif buat mahasiswa/i terutama bagi mereka yang mengkaji bidang perhutanan atau ekologi (sayalah tue... & the geng). Yang menyedihkan adalah akhir2 ini, terlalu banyak hutan2 yang ditarah, digondol malah dibotakkan... atas nama - Pembangunan.

Bagi saya, pembangunan tidak salah kerana telah termaktub dalam Quranul Karim, disediakan hamparan alam seluas langit dan bumi ini untuk dimanfaatkan oleh manusia. Cuma, berbalik pada kita bagaimana untuk menjadikannya 'win2 situation' kerana kita juga berkongsi dengan makhluk2 Allah yang lain. Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai pengurusan hutan simpan di Belize Baboon Community Santuary di Mexico.

Belize Baboon Community Santuary di Mexico

Anda tahu? Kawasan ini mengalami ancaman penurunan populasi Monyet Hitam Howler akibat penebangan hutan untuk tujuan agrikultur di sepanjang Sungai Belize. Ini menyebabkan monyet2 ini gagal menyeberang melalui kawasan terbuka selain masalah kekurangan sumber makanan. Setelah disepakati dengan pihak pengurusan, penduduk kampung bersetuju untuk mengekalkan laluan hutan di sepanjang sungai dan kawasan sempadan serta memelihara pokok2 yang membekalkan sumber makanan bagi monyet2 ini. Apa yang menarik adalah idea pembinaan jambatan aerial merentasi jalan bagi memudahkan laluan monyet2 ini. Hal ini, secara tidak langsung menyumbang kepada sumber tambahan ekotourism penduduk kampung.


Pembinaan jambatan aerial merentasi jalan

Berbalik pada situasi yang berlaku di UKM. Apa pandangan anda bagi menghadapi masalah2 dengan monyet2 ini? Bersediakan kita berkongsi habitat dan makanan dengan mereka?
Jadi, fikirkan dua kali andai ingin memarahi monyet2 ini sekiranya mereka mengganggu anda.

IKLAN - supermarket bags
video

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Sayangi alam sekitar. Adalah penting untuk menjadi mesra alam, bukan semata2 mesra kawan ;)

4 comments:

Syam Ahmedarino said...

setuju dgn anda!

be a better muslim said...

monyet UKM penakut...
berani gan pompuan jak..

hehe

Rahman, N.A. said...

Salam. Biarkan sahaja monyet-monyet berkenaan. Kita cuma perlu berhati-hati sebelum diganggunya. Kalau berjalan berhampiran dengan monyet, jangan dipandang matanya. Monyet akan menganggap kita sebagai ancaman jika kita melihat ke matanya. Cuba tanya Dr. Badrul Munir. Dia pakar haiwan primat.

M said...

hehe..monyet punya cerita