HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, January 16, 2010

Kerana Pulut Santan Binasa...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata buruk padahnya

Sejak kecil, mak menitik beratkan mengenai perbualan seharian dan sering menegur kami semua adik beradik agar menjaga adab etika dalam perbualan. Perkataan yang hodoh bukan sahaja amat jelek dilafazkan malah jelek juga pada pendengaran manusia kerana fitrahnya ciptaan hebat makhluk yang bergelar insan ini amat dekat dengan nilai2 kebaikan.

Didikan mak cukup memberi kesan dalam diri sehingga menebal dan mendarah daging dalam jiwa. Bahkan, saya pula yang 'mengganti tugas' mak dalam mendidik adik2 akan soal perbualan. Hatta perkataan semudah 'bodoh' sekalipun sudah cukup menyentakkan emosi saya untuk menegur adik2. Ada ketikanya kemarahan memuncak dalam diri lalu melempiaskan emosi dengan kata2 yang masih boleh dikawal.

"Hey, cerdik!!!!!!!"

Berikutan perkara yang terjadi pada diri sendiri baru2 ini...

*********************
Hati yang berdarah dengan luka yang masih belum sembuh diusik pula dengan soalan nakal...
"xxxxxxxxxxxxxxxxx!!!"

*********************
Hati agak kesal apabila menghamburkan kata2 yang kurang enak walaupun terhadap 'yang sewajarnya'. Ditambah pula merasakan sangat terkilan dengan diri sendiri kerana setelah dididik dari seawal usia & tegar memelihara, akhirnya kata2 yang boleh melukakan hati mak ayah terhambur sebegitu sahaja...
Tak boleh salahkan orang juga kerana mungkin diri terlalu berhipokrtit. 'Hipokrit' dengan senyuman yang bukanlah dibuat2. Biarlah... perkara dah berlalu...

"Mistakes are painful when they happen.
But year's later collection of mistakes is called experience, which leads to success. "

*********************
What you give, you get back.

Apa sahaja yang keluar dari mulut mahupun yang diterjemahkan dalam penulisan kita itulah yang menggambarkan peribadi. Formula yang cukup mudah kan? Sekiranya seseorang suka bercakap sesuatu yang positif, maka impaknya adalah pembinaan jati diri yang positif. Begitu juga, sekiranya seseorang suka bercakap sesuatu yang negatif, maka impaknya adalah pembinaan jati diri yang negatif. Hal ini berkait rapat juga dengan panggilan nama terhadap seseorang. Bak kata Dato Dr Fadhilah Kamsah dalam ceramah beliau, panggilan nama adalah doa kepada diri kita & juga orang lain.

Perspektif Islam

"Tidak akan tegak lurus iman seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan hati itu tidak dapat lurus, sebelum lidahnya jujur (terpelihara)" (HR Ahmad)

Pembinaan peribadi yang unggul melalui kata2, perbuatan mahupun adab etika adalah yang manifestasi hati yang bersih. Kita semua maklum bahawa Islam amat menekankan aspek pembangunan spiritual kerana dari situlah perjalanan hidup kita diterjemahkan. Hatta persoalan niat diletakkan yang pertama dalam keutamaan penyusunan Hadith 40.

Dalam satu hadith sahih yang lain,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya, ketahuilah itulah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Pedoman hidup buat Huda Afiqah Hashim,
"Bersihkan hati, peliharalah lisan, hati2 dengan penulisan, InsyaAllah... terhiaslah peribadi."

No comments: