HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Tuesday, December 22, 2009

Maal Hijrah 1431

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sambutan Maal Hijrah 1431 kali ini agak istimewa pada saya. Tambahan pula ia jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari juga, berdekatan dengan permulaan Pengajian Semester Kedua Sesi 2009/2010.

Mengimbas kembali liku2 kehidupan yang telah dilalui dari tahun 1 hinggalah sekarang...
Di tahun satu lah, saya mula mengenali Jemaah Gerakan Islam - banyak betul perkara baru yang telah dipelajari, banyak pula yang sedang dibaiki & lagi banyak ilmu yang perlu ditimba tentang gerakan Islam. Di tahun kedua pulak, entah kenapa semacam amat getir dalam menempuhnya terutama di semester kedua sesi 2008/2009. Ramai yang membuat 'expectation' mengenai keberadaan saya dalam persatuan, namun perkara yang lain pula berlaku. Secara peribadinya, saya dah menjangkakan serba sedikit & secara tak langsung memberikan sedikit persediaan psikologi untuk terus menempuh. Siapa dapat menyangkal apabila hati kecil yang berbicara? Saya suka untuk menyatakan "Cabaran Mematangkan Diri" & kita tetap akan berubah.

Memetik dari Artikel SaifulIslam dalam 'Lorongkan Laluan Perubahan Diri',

"Sampai satu masa, kita akan berubah.

Berubah pada pemikiran, gaya menyampaikan dakwah, manhaj dalam berilmu, malah sikap dan kelakuan.

Perubahan itu adalah proses biasa dalam kehidupan, ada perubahan yang diusahakan atas pilihan, dan ada juga perubahan yang dilakukan kerana terpaksa. Pokoknya manusia berubah dari satu masa ke satu masa. Sesuai dengan pertambahan usia.

Maka, dalam hidup ini, pada setiap peringkat yang kita berada, jangan sekali-kali kita lakukan perkara yang nantinya menyukarkan diri untuk berubah. Apabila kita sedar yang kita perlu berubah, tetapi kita elakkan diri dari berubah kerana hal-hal silam yang telah kita lakukan, maka kita akan mula tidak jujur kepada diri sendiri. Kita tetap berubah, tetapi kepada menjadi seorang penipu dan pengkhianat kepada diri sendiri."

"Maka lapangkanlah jalan di liku-liku usia agar perubahan diri tidak dikhianati."

Satu perasaan halus menyusup dan terus melingkari qalbu saat menempuh tahun baru. Terasa lebih tenang & lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran walau hakikatnya tak tahu apa lagi yang akan ditempuh. Mungkin sangat sikap saya yang kelam-kelibut tetap ada. :)

Yang pasti, saya sudah berada di tahun akhir, bersama-sama dengan sahabat2 lain. Bakal menempuh hari2 keemasan di perbukitan ilmu UKM - berdepan dengan cabaran menghabiskan pengajian dengan segala yang terbaik, cabaran menguruskan masa untuk jemaah, cabaran komitmen terhadap persatuan, cabaran PRK, cabaran kewangan yang semakin mendesak... & tidak terlepas ~ cabaran masalah hati. Semua bersimpul menjadi 1.

Azam baru, tentunya ada. Cuma, tak nak kongsi. Ngee~~~

Salam mesra, salam sayang

Salam ukhwah, salam perjuangan

Salam Maal Hijrah 1431. Sama-sama lorongkan laluan untuk perubahan diri... ke arah yang lebih baik. Biiznillah.

No comments: