HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, December 28, 2009

Bicara Hati Buat Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Terdetik di hati saya untuk melayangkan warkah buat seorang sahabat. Diharapkan dia membaca warkah ini. Apa yang berlaku terhadap sahabat ini? Saya sendiri kurang pasti peristiwa apa yang menimpanya... banyak betul duri di sepanjang jalannya dalam meraih Redha Illahi . Satu perkara yang menimpanya adalah mengenai soal hati ~ persoalan yang seringkali menimpa gadis-gadis remaja. Biarlah identiti sahabat saya ini dirahsiakan.

Sahabat saya ini, telah lama meminati seseorang ~ sejak dia berada di tahun pertama tempat pengajiannya. Dan perasaan itu semakin subur sehinggalah dia mencintainya. Namun, dia pendamkan sahaja perasaannya, pendam... pendam... pendam... ada masanya tetap bergelojak, dan dia cuba untuk mencari jalan untuk meluahkannya -namun tidak berjaya- sehinggalah dia terus memendam. Saya tak pasti kenapa dia sangat memendam, mungkin belum masanya lagi @ ... entahlah (Hakikat yang dia sahaja mengetahui mungkin). Sehinggalah di satu hari yang suci, petang Asyura di bulan Muharram dia baru sahaja mengetahui yang seseorang yang dicintainya telah selamat diijab kabul. Malah, gelaran Pengantin Baru masih lagi 'hijau' buat 'mereka'.

Saya tak pasti apakah perasaannya. Cuma, saya mengetahui yang dia langsung tidak menitiskan air mata ~ malah air mata yang tertumpah sekalipun atas paksaan sendiri terhadap hatinya agar mengeluarkan jua mutiara2 jernih yang hakikatnya telah banyak terhambur. Mungkin sangat hatinya sudah terlalu kebal dek pengalaman2 lalu. Sebagai seorang sahabat, saya sekadar mampu berdoa dengan harapan dia terus kuat menempuh hidupnya. Walaupun saya tahu dia kuat dan dia mampu hadapinya kerana dia seorang yang sangat optimistik. Ah... senyumannya terukir molek di bibir.

Sahabatku,
Yakinlah dengan sebenar2 yakin bahawa apa yang tersurat adalah takdirNya dan Allah pasti menetapkan yang TERBAIK buat hamba2Nya - 'mereka', dirimu mahupun setiap hamba yang bersaksi dengan Syahadatain. Dan yakinlah ganjaran pahala tanpa hisab bagi mereka yang sabar dengan ujian. FirmanNya dalam Az-Zumar : 10 iaitu,

"Hanya orang-orang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."

Hatta sehelai daun yang gugur ke bumi sekalipun telah tercatat dalam Lauh Mahfuz, apatah lagi suratan Insani yang siap dicatatkan saat roh dihembuskan ke dalam rahim bonda. Setiap suratan kecil mahupun besar, ada hikmahNya. Tersenyumlah duhai sahabat, saya suka malah sangat mendambakan senyuman itu untuk terus mewarnai hari2 depanmu.

Hakikat sebenarnya keadaan sahabat saya ini ... saya kurang pasti. Yang saya tahu, dia turut sama bergembira dengan berita baik itu. Sejujurnya, dia sangat bahagia dan katanya, "Mencintai bukanlah bermakna memiliki, namun hakikat mencintai adalah melihat insan yang dicintai bahagia." Pelik... namun bila difikirkan, betul jugak kan? Saya teringat dalam satu buku yang saya pernah baca, "Menyukai bunga bukan bermakna kita memetik dan simpan di dalam bilik, tetapi biarkan saja bunga itu di taman kerana itulah sebaik2 keadaan buatnya."

Dia turut menyatakan yang dia amat teringin untuk mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat 'mereka', tulus ikhlas dari lubuk hatinya walaupun dia sangat tidak mungkin untuk menemuinya lagi. Ah... saya bersimpati buat dirinya. Dia mengharapkan sahabat2nya yang lain mendoakan kesejahteraan buat 'mereka' dan agar terus diberkati jua dirahmati Illahi hinggalah cinta 'mereka' bertaut kembali di Jannatul Firdaus. Syurga Tertinggi. (Satu persoalan timbul - inikah yang dikatakan sebenar2 cinta? Tak faham betul...) Namun yang jelas adalah, cinta hakiki adalah cinta yang disandarkan terhadap Khaliq Yang Agung. Betul kan, sahabat2?


Saya bukan sahabat yang memahami, mungkin. Tak terjangkau dek fikiran saya yang dia mampu untuk turut sama bahagia. Walaupun kisah ini telah berlalu, biarkan & jangan halang saya untuk mengabadikannya dalam blog saya.


Kenapa?

Sahabat saya ini terlalu lama memendam dan biarlah ia dilontarkan, sekurang-kurangnya dapat melepaskan sedikit bebanan perasaannya setelah membaca blog ini.

Nukilan,
sahabat yang paling setia

Selamat Pengantin Baru buat mereka2 yang baru mendirikan masjid.
Terutama, buat kakanda Nur Hafizah bt Hashim dan Wan Mohd Badril Amin bin Wan Said yang telah selamat diijab kabul pada 20 November 2009. (Maaf, xder gambar masa kak long kahwin)

Kenangan kami berlima di hari pertunangan kak long
(izzati, saya, kak long, kak ngah & sarah)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Tersenyumlah duhai sahabat... (Oh... senyumanmu tidak perlu semanis aku.hehe...)
Iringilah dengan sabar, redha, tawakkal, baik sangka serta mengharapkan pertolongan Allah. 'Dearest, Allah loves you.'


1 comment: