HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, November 14, 2009

Mari, Ceria Bersama Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya ingin memperkenalkan kepada anda semua kepada sebuah lagu. Apa istimewanya lagu ini? Hmm... merupakan sebuah lagu yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu 1994. Lagu ini dinyanyikan, digubah dan ditulis lirik sendiri oleh seniman tersohor, M. Nasir.

Dengan ini, saya mempersembahkan...

Tanya Sama Itu Hud-Hud

video

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

Anda mampu tersenyum?
Alhamdulillah...

Erk!!! @ anda agak terpinga-pinga dengan liriknya?
Haha... saya sendiri pun kurang memahami.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Okeys, boleh sambung kerja.

4 comments:

muhammad arrabe' said...

huda ok ke ni??

HUDA AFIQAH HASHIM said...

haha... nampak cam xstabil ker?
wo3~~~ smenjak, 2menjak ni byk brseorngn...
ditinggalkn @ trtinggal???
pape pn, alhamdulillah, shari dua sblom balik ni, ada ina meneman. thanks Ina. :-)
All praise be to Allah, sending me a friend like you. Syukron lillah...

by d way, isn't the song fun? hey, i think its quit enjoyable, with the kids dancing around M. Nasir.
Haha... s0o0oo cute!

ummu sulaim said...

Huda still okkkk..
klu tak nangis sorang-sorang la dia kat sini..
anyway, thanks to u 2.. Ukhuwahfillah..

lagu 2, hmmmmm
tak faham pun..
Huda kan seni orangnya..
ye ke???

Rahman, N.A. said...

Salam. Rangkap pertama lagu ini mungkin dipetik daripada hadis:

“Ketahuilah, sesungguhnya umat-umat sebelum kamu dari kalangan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama kita ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, yang tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka dan yang satu golongan, iaitu Al-Jamaah akan masuk syurga.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya. Hadits hasan.

Rangkap kedua pula mengenai Si Muraq. Ia mengambil kisah Si Muraq yang dituturkan oleh Fariduddin Athar seorang sufi berbangsa Parsi. Kisah beribu margastua yang pergi mencari Raja Si Muraq. Dan akhirnya 30 yang melihat Si Muraq.