HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Wednesday, September 2, 2009

KEJAR.......!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kejar Sampai Dapat...


Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya,
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya,
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya,
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya,
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya,
Cari Syurga atau fadhilatnya,
ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya;

Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk,
Memperhambakan diri kepada Khaliq kan lebih utama,
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada,
Jika rasa bertuhan tidak ada,rasa kehambaan pun tidak ada,
Sedangkan fungsi ibadah hendak melahirkan rasa kehambaan,
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan;
Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
Perangainya tidak berubah,
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya,

Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat,
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya,
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama,
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan,
Cari Syurga atau fadhilat,
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat,
Tuhan sudah tentu tidak dapat,
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan,
Kerana Dia Pencipta kita,
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai,
Betulkan semula fungsi ibadah kita,
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada sasarannya.

Fata AtTamimi

Buat renungan bersama,
"Allah s.w.t. akan membantu hambaNya yang benar-benar mencari keredhaanNya.
Lakukannya kerana Allah s.w.t., kebahagiaan hidup pasti ada,
pasti dapat dialami andai usaha kuat dilakukan tanpa henti.
Cintailah perkara yang boleh mendatangkan cinta kepada Allah s.w.t."


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Separuh masa kedua bulan Ramadhan...
Ramadhan Kareem.

No comments: