HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, August 8, 2009

"I'M OFF"

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pada 03 hingga 07 Ogos 2009, pemikir telah pergi ke Gunung Guntung Keriung, Taman Negeri Endau Rompin, Pahang bagi mengambil sampel untuk data analisis bagi ’final project’ ekologi yang bertajuk ‘Komposisi & Kepelbagaian Pokok Renek dan Herba di Gunung Guntung Keriung, Taman Negeri Endau Rompin, Pahang’. Dalam projek ini, pemikir mengambil sampel dan mengenal pasti spesies2 pokok renek & herba di 5 lokasi yang berbeza latitud menggunakan ‘line transect’ sepanjang pendakian ke bukit ‘Padang Tujuh’ setinggi 625m. (fuh...curam, banyak guna stamina). Menggunakan 5 plot utama 50m x 20m, pemikir membina 3 subplot 5m x 5m menjumlahkan semua subplot yang perlu dibina adalah 15 subplot. Itu gambaran serba sedikit mengenai projek akhir pemikir.

Sebelum bertolak pemikir menyelesaikan terlebih dahulu hal2 persatuan semampu boleh memandangkan ''I'M OFF" dengan ketiadaan ’handphone’ di sisi. Jadi, di kesempatan ni, pemikir ingin memohon maaf kepada sesiapa yang berhubung dengan pemikir sepanjang minggu ini. Buat sementara waktu, pemikir behubung melalui YM sahaja. Buzz jer, biasanya online, cuma tak suka ’visible’.

Sebelum ini, pada 13 hingga 16 Ogos 2009, pemikir telah pergi ke Tasik Bera, Pahang untuk ’final projek’ kawan (sama pensyarah untuk tesis) bagi menolongnya mengambil sampel bagi tumbuhan peringkat tinggi di 5 plot bersaiz 50m x 20m.
Sedikit ’buah tangan’. Enjoy... =)

fungi2 comey yang kitaorang sendiri pun xtau nama (haha....)

buah2 yang unik... menggunakan kamera digital Canon SLR

ini, namanya labah2 bermata 1... (haha...)

'minah2 ekologi' di kalangan 5 jejaka di Tasik Bera
(fafa, aku, k.huda & bell)

Nantikan lagi 'buah tangan' dari kembara pemikir di Taman Negeri Endau Rompin.

Salam mesra, salam sayang,
Salam ukhwah, salam perjuangan.

I always tell 'this' to myself whenever bad thing happens to my life,
"Remember dear, Allah loves you."
Same goes to you, guys. Do it.

1 comment:

liza_ixora said...

i'll be going there on October..
probably using the same plot as ur's..thanks sebab memudahkan kerja akak..hahahahahaa...

tp akak kena buat sampai atas la kot.. and i'l be stying there for about a week.. maybe.. hopefully not..huhuuu..