HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Thursday, May 28, 2009

Motivasi Untuk Diri

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pemikir datang menyinggah sekejap, bagi motivasi pada diri.

"Fokus, Fokus, Fokus. Dan teruskanlah dengan fokusmu. Cuba, cuba dan mesti cuba. Tiada jalan lain, persembahkan yang terbaik dan berdoalah, yakinlah, tawakkallah padaNya.
Teruskan dengan fokusmu.
Pedulikan pandangan orang, biarkan mereka dengan persangkaan, persetankan hasutan syaitan. "Berdoalah dan berdoalah.", itu pesan mak, jua pesanan anda kan? Letakkan pergantungan dan pengharapan sepenuhnya hanya pada Allah. Berdoalah sayang..."

"...Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal" (Surah Al-Imran : 159)

Ya Allah...ingin sekali aku dicintaiMu. Ingat sayang,
Pedulikan pandangan orang, biarkan mereka dengan persangkaan, persetankan hasutan syaitan. Allah Maha Kaya, Dia Maha Mengetahui setiap isi hati.

Salam mesra, salam sayang.
Salam ukhwah, salam perjuangan.

Hud-hud ingin terbang bebas di dada langit, menyebar sayap di bawah naungan rahmatNya.

No comments: