HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Sunday, May 3, 2009

Cinta Itu Buta

Assalamualaikum wbt.

Alamak, cinta lagi! Lagi lagi cinta, di mana-mana orang bercakap mengenai cinta. Kadang tu, menyampah pun ader. Hu... nasib tak termuntah jer. Pemikir pun, tak berminat sangat nak cakap pasal cinta ni sebab bagi pemikir, cinta ni terlalu kudus untuk dipersoalkan, samada cinta Illahi atau cinta sesama makhluk.
Pemikir bersetuju. Cinta Itu Buta. Cuba kita perhatikan golongan istimewa ini, istimewa lagi terpilih di kalangan sekalian manusia untuk diuji olehNya, mencari sinar dalam kegelapan. (Banyakkan bersyukur ya Adik Q) Dengan tongkatlah menjadi panduan untuk terus melangkah. Punya deria rasa tapi, tak berupaya untuk melihat. ‘Agi idup agi ngelaban’. Matlamat mesti terus dikejar, impian kan terus diburu. Walau zahirnya diri serba kekurangan...

Dalam konteks seharian kita sebagai mahasiswa di kampus, kita berhadapan dengan ‘couple-couple’ di sana-sini. (wa…berbulu mata anda semua) Tak segan silu pegang-memegang, si gadis merelakan disentuh, dibawa kehulu kehilir, dengan kata lain -menghalalkan apa yang diharamkanNya. Padahal, apalah sangat yang ada pada si teruna. Belanja awek guna duit kerajaan (huhu...tak nak komen lebih) Kenapa ni berlaku? Banyak faktor yang menyumbang dan paling kerap, dikatanya kurang perhatian mak ayah, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya, kejutan budaya dan macam-macam lagi. Pada pandangan pemikir, jom kita semua lihat di sebalik gejala ‘kuning’ yang berlaku ni. Berbalik pada persoalan di atas. Cinta Itu Buta. Fikir-fikirkan, malas nak ulas panjang.

W0key, fokus pada isu utama. Mai kita pakat ramai-ramai menelusuri perjuangan sirah perjuangan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Terlalu banyak perit getir, pahit maung dan segala macam mehnah dan tribulasi yang baginda hadapi bersama para sahabat dalam perjuangan membawa risalah agong dari Allah. ‘Membebaskan perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan semata-mata kepadaNya’. Terkenang pemikir akan kisah di mana baginda dicaci, dilontarkan batu sehingga berceceran darah mengalir pada tubuh suci baginda sewaktu baginda berdakwah kepada penduduk Thaif. Dikisahkan juga sehingga malaikat Jibril menghulurkan pertolongan untuk menghimpitkan bukit Abu Qubais dan bukit Ahmar ke atas penduduk Thaif. Namun, baginda tetap sabar malah mendoakan untuk keimanan mereka. Kenapa ya? Kerana Cinta Itu Buta. Kerana Cintanya pada Allah, Sayangnya pada mad’u, kita tegar dalam perjuangan ini. Betul? Anda semua setuju dengan saya? Syukron-syukron…

Firmannya, ”Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingannya, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman Sangat Besar Cintanya kepada Allah” Al-Baqarah:165

Kita semua maklum bahawasanya, perjuangan ini sangat jauh, panjang lagi berliku dengan ranjau berduri. Perjuangan mutakhir ini pula semacam tak kelihatan penamatnya dek kerana terlalu besar fitnah yang melanda akhir zaman seolah-olah tiada jalan keluar. Yang ada pada kita semua adalah sekelumit keyakinan yang cukup utuh, tak tergoyahkan dengan Janji Allah bahawa Islam kan Pasti tertegak di bumi ini. Tali-tali tersimpul berserabut, berserangkai, berseranggah. Ketat. Cuma menanti masa terputus jer. Namun, kita semua tetap memilih untuk berada di jalan ini. Kenapa, kenapa, kenapa? Juga kerana Butanya sang pencinta terhadap yang diCintai. Ya, Butanya kita dalam berCinta dengan Allah.

Namun, buta, bukan sebarang buta. Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan teman-teman… Buta yang dimaksudkan secara lahiriahnya, tapi mata hati celik dalam menilai. Kebiasaannya, manusia akan memilih yang lebih mudah, kurang berisiko dan jelas sasarannya sekiranya diberi pilihan untuk memilih antara kaca dan permata. Eh, silap-silap, pilihan antara jalan yang lebih mudah dan lebih susah. Jarang manusia memilih yang sebaliknya. Dalam konteks kita sebagai pejuang, kita memilih jalan yang jarang manusia lalui kerana Butanya kita terhadap segala cabaran malah tak kurang yang menuntut pengorbanan nyawa. (Sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita di Palestin. Juga, sama-sama kita membiasakan diri dengan Qunut Nazilah). Menyingkap yang tersirat, kerana besarnya keCintaan kita kepada Allah serta beratnya bebanan perasaan untuk terus merindu dan diredhaiNya. Ameen…
Nah, sekarang anda faham apa yang pemikir cuba sampaikan? Fikir-fikirkan…

Salam mesra, salam sayang.
Salam ukhwah, salam perjuangan.

Hud-hud berehat seketika bersama nota-nota exam! ;-)

No comments: