HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Saturday, April 25, 2009

Mudah Sahaja : How To Get 4.0??




Starting now :

  1. Forget about ur friend & Family, Study is ur priority
  2. Do not sleep whatever, eat whatever
  3. I must BEAT anyone else that look down on me

    Daiemuda terbaca statement ini terpampang di softboard di Kuliah ATMA01. Emmm……Setiap orang ada cara dan pendirian mereka untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam exam. Tapi..Abaikan family??? Abaikan sahabat-sahabat? Patutkah ini semua??? tanpa kita sedar, sahabat-sahabat dan family ni sebenarnya entiti yang terpenting untuk memastikan kejayaan kita dalam exam..Patutkah abaikan makan? Abaikan tidur? Sedangkan semua itu faktor penting untuk menjana keintelektualan. Otak kita memerlukan gula dan oksigen untuk memproses maklumat…Justeru, tidur yang cukup akan memberikan kerehatan pada badan dan member ruang proses pembekalan oksigen yang cukup kepada otak dan membekalkan oksiegen dalam darah..ia penting untuk pembentukan akal yang cerdas.. Dan yang sangat tak wajar meletakkan pendrian , terlalu menganggap orang lain adalah factor penghalang untuk Berjaya-I MUST BEAT ANYONE…Berbeza dengan pandangan daiemuda, statement2 dan strategi diatas sebenarnya menunjukkan "individu" itu tgh stress… Bagi daiemuda, mungkin antara asbab daiemuda dapat result yang agak baik sikit (alhamdulillah) mungkin berpunca daripada keyakinan daiemuda terhadap :

    1. Niat yang Ikhlas belajar kerana Allah bukan semata-mata 4.0
    2. Fokus kpd matlamat belajar untuk menyumbang kepada perjuangan dan kemenangan Islam
    3. Manfaatkan masa yang ada utk betul2 fokus :
    • Sangat Sibuk
    • Sederhana Sibuk
    • Tak sibuk
      # Pilih kategori sahabat-sahabat. Bila sahabat-sahabat dah dapat kenal pasti kategori mane, maka rancanglah masa studi.. Contohnya kalau sahabat dikalangan yang sangat sibuk, dan hanya mempunyai 2jam satu hari utk studi, jadi fokus betul2..

    1. Amalkan studi group dengan kwn2.. bukannya studi secara berseorangan – Lebih menambahkan kefahaman
    2. Banyakkan membantu sahabat-sahabat dlm memahami subjek2..
    3. Jangan kedekut, sekiranya sahabat-sahabat mendapat klu2 dari lecture
    4. Dan yang penting.. Perbanyakkan munajat pada Allah. Usaha penting, tetapi pergantungan dan harapan pada Allah lebih utama
    5. Doa ibu bapa. Setiap pagi sebelum masuk dewan exam, daiemuda akan call mak ayah supaya mendokan kejayaan daiemuda..


      # PENTING !! : BELAJARLAH DENGAN CARA YANG ANDA RASA PALING RILEKS, JANGAN TIRU CARA ORG LAIN - ENJOYLAH DENGAN EXAM :-)

    All da best.. Wassalam

Sumber : http://daiemuda.blogspot.com

No comments: