HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Tuesday, April 28, 2009

HUD-HUD MULA BERBICARA…

…Dan dia (Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata, ”Mengapa aku tidak melihat Hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata, ”Aku telah mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari Negeri Saba’ membawa suatu berita yang meyakinkan.”…

An-Namlu : 20-22

Assalamu’alaikum wbt.

Salam mesra pembuka bicara

Pemikir baru mula nak belajar bertatih… jadi banyak2kan tunjuk ajar ye sahabat2.

Baiklah, terus pada persoalan utama, mengapa dipilih BICARA HUD-HUD, bukan BICARA HUDA??? (atau AL-HUDA, ok gak)

Jika kita perhatikan dalam Al-Quran, terdapat satu kisah tentang seekor burung kecil, Burung Hud-hud. Dikisahkan dalam sebuah kerajaan agong Nabi Sulaiman yang mana asbab burung inilah menjadi titik pemula pertemuan baginda dengan ratu Negeri Saba’, Ratu Balqis dan akhirnya sang ratu tunduk menyerah pada Yang Esa.

Pemikir tidak berminat untuk untuk mengulas lanjut mengenai kisah ini, namun pembikir ingin menyentuh peribadi Burung Hud-hud :

*Seekor burung kecil, (tak cantik pun…) tetapi berjiwa besar, kreatif dan berinisiatif yang dapat diperhatikan melalui tingkahnya yang melakukan kerja dakwah tanpa tanpa menunggu perintah dahulu. Tindakan ini bukanlah bermaksud untuk lepas bebas, tapi lihatlah dari sudut positif iaitu menggunakan peluang untuk menjalankan misi dakwah dalam masa yang sama masih berada dalam lingkungan amal jama’ie.

*Seekor burung yang berpandangan jauh bilamana ia memandang fenomena penyembahan kaum Negeri Saba’ pada matahari ‘bukan sekadar memandang’. Malah, lebih daripada itu. Ia faham akan misi dakwah Nabi Sulaiman dan melihatkannya satu peluang untuk berdakwah. Justeru, seorang da’ie seharusnya mampu menilai sesuatu situasi dari sudut yang berbeza berkait dengan misi dakwah yang dipikul.

*Juga seekor burung yang menunjukkan kesediaan menanggung risiko dan berani. Hal ini dapat dilihat melalui kesediaannya menjadi utusan bagi nabi untuk kerajaan Negeri Saba’ dan seharusnya sikap ini ada dalam setiap diri seorang da’ie dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. (Hmm…bukan sekadar berani berdemostrasi la kot.)

*Akhirnya, ia merupakan seekor burung yang istimewa apabila ia dengan yakin menyatakan kepada nabiyullah, Nabi Sulaiman as.,

”Aku telah mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari Negeri Saba’ membawa suatu berita yang meyakinkan.”

Ia dapat menyampaikan maklumat dengan baik dengan keyakinan yang jitu akan berita yang hendak disampaikan. Dan keyakinan yang utuh inilah sepatutnya tertanam dalam diri setiap para da’ie bahawa sesungguhnya Janji Allah Itu Benar dan Kemenangan Islam Pasti Kan Tiba.

Di sini, pemikir tidaklah bermaksud menggambarkan sikap yang ada pada Burung Hud-hud dengan diri. (Wah… jauh melencong) Namun, pemikir menyeru kepada Adik Q (adinda yang dikasihi lagi disayangi) serta sahabat2 seperjuangan agar kita dapat mencontohi sikap positif yang ada pada Burung Hud-hud dalam kita menjalani kehidupan sebagai da’ie khususnya.

Akhirul qalam, pemikir mengalu-alukan sebarang respon dan kritikan daripada sahabat2. Ketahuilah, kerana diri’mu’ (sahabat2) begitu berharga.

Salam mesra, salam sayang.

Salam ukhwah, salam perjuangan.


Hud-hud kan terus berbicara... InsyaAllah.


Saturday, April 25, 2009

Mudah Sahaja : How To Get 4.0??




Starting now :

  1. Forget about ur friend & Family, Study is ur priority
  2. Do not sleep whatever, eat whatever
  3. I must BEAT anyone else that look down on me

    Daiemuda terbaca statement ini terpampang di softboard di Kuliah ATMA01. Emmm……Setiap orang ada cara dan pendirian mereka untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam exam. Tapi..Abaikan family??? Abaikan sahabat-sahabat? Patutkah ini semua??? tanpa kita sedar, sahabat-sahabat dan family ni sebenarnya entiti yang terpenting untuk memastikan kejayaan kita dalam exam..Patutkah abaikan makan? Abaikan tidur? Sedangkan semua itu faktor penting untuk menjana keintelektualan. Otak kita memerlukan gula dan oksigen untuk memproses maklumat…Justeru, tidur yang cukup akan memberikan kerehatan pada badan dan member ruang proses pembekalan oksigen yang cukup kepada otak dan membekalkan oksiegen dalam darah..ia penting untuk pembentukan akal yang cerdas.. Dan yang sangat tak wajar meletakkan pendrian , terlalu menganggap orang lain adalah factor penghalang untuk Berjaya-I MUST BEAT ANYONE…Berbeza dengan pandangan daiemuda, statement2 dan strategi diatas sebenarnya menunjukkan "individu" itu tgh stress… Bagi daiemuda, mungkin antara asbab daiemuda dapat result yang agak baik sikit (alhamdulillah) mungkin berpunca daripada keyakinan daiemuda terhadap :

    1. Niat yang Ikhlas belajar kerana Allah bukan semata-mata 4.0
    2. Fokus kpd matlamat belajar untuk menyumbang kepada perjuangan dan kemenangan Islam
    3. Manfaatkan masa yang ada utk betul2 fokus :
    • Sangat Sibuk
    • Sederhana Sibuk
    • Tak sibuk
      # Pilih kategori sahabat-sahabat. Bila sahabat-sahabat dah dapat kenal pasti kategori mane, maka rancanglah masa studi.. Contohnya kalau sahabat dikalangan yang sangat sibuk, dan hanya mempunyai 2jam satu hari utk studi, jadi fokus betul2..

    1. Amalkan studi group dengan kwn2.. bukannya studi secara berseorangan – Lebih menambahkan kefahaman
    2. Banyakkan membantu sahabat-sahabat dlm memahami subjek2..
    3. Jangan kedekut, sekiranya sahabat-sahabat mendapat klu2 dari lecture
    4. Dan yang penting.. Perbanyakkan munajat pada Allah. Usaha penting, tetapi pergantungan dan harapan pada Allah lebih utama
    5. Doa ibu bapa. Setiap pagi sebelum masuk dewan exam, daiemuda akan call mak ayah supaya mendokan kejayaan daiemuda..


      # PENTING !! : BELAJARLAH DENGAN CARA YANG ANDA RASA PALING RILEKS, JANGAN TIRU CARA ORG LAIN - ENJOYLAH DENGAN EXAM :-)

    All da best.. Wassalam

Sumber : http://daiemuda.blogspot.com