HUD-HUD

Menjelajah angkasaraya, Menerobos sempadan awan, Meruntuhkan tembok atmosfera -Pemburu-syuhada-

Monday, December 28, 2009

Bicara Hati Buat Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Terdetik di hati saya untuk melayangkan warkah buat seorang sahabat. Diharapkan dia membaca warkah ini. Apa yang berlaku terhadap sahabat ini? Saya sendiri kurang pasti peristiwa apa yang menimpanya... banyak betul duri di sepanjang jalannya dalam meraih Redha Illahi . Satu perkara yang menimpanya adalah mengenai soal hati ~ persoalan yang seringkali menimpa gadis-gadis remaja. Biarlah identiti sahabat saya ini dirahsiakan.

Sahabat saya ini, telah lama meminati seseorang ~ sejak dia berada di tahun pertama tempat pengajiannya. Dan perasaan itu semakin subur sehinggalah dia mencintainya. Namun, dia pendamkan sahaja perasaannya, pendam... pendam... pendam... ada masanya tetap bergelojak, dan dia cuba untuk mencari jalan untuk meluahkannya -namun tidak berjaya- sehinggalah dia terus memendam. Saya tak pasti kenapa dia sangat memendam, mungkin belum masanya lagi @ ... entahlah (Hakikat yang dia sahaja mengetahui mungkin). Sehinggalah di satu hari yang suci, petang Asyura di bulan Muharram dia baru sahaja mengetahui yang seseorang yang dicintainya telah selamat diijab kabul. Malah, gelaran Pengantin Baru masih lagi 'hijau' buat 'mereka'.

Saya tak pasti apakah perasaannya. Cuma, saya mengetahui yang dia langsung tidak menitiskan air mata ~ malah air mata yang tertumpah sekalipun atas paksaan sendiri terhadap hatinya agar mengeluarkan jua mutiara2 jernih yang hakikatnya telah banyak terhambur. Mungkin sangat hatinya sudah terlalu kebal dek pengalaman2 lalu. Sebagai seorang sahabat, saya sekadar mampu berdoa dengan harapan dia terus kuat menempuh hidupnya. Walaupun saya tahu dia kuat dan dia mampu hadapinya kerana dia seorang yang sangat optimistik. Ah... senyumannya terukir molek di bibir.

Sahabatku,
Yakinlah dengan sebenar2 yakin bahawa apa yang tersurat adalah takdirNya dan Allah pasti menetapkan yang TERBAIK buat hamba2Nya - 'mereka', dirimu mahupun setiap hamba yang bersaksi dengan Syahadatain. Dan yakinlah ganjaran pahala tanpa hisab bagi mereka yang sabar dengan ujian. FirmanNya dalam Az-Zumar : 10 iaitu,

"Hanya orang-orang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."

Hatta sehelai daun yang gugur ke bumi sekalipun telah tercatat dalam Lauh Mahfuz, apatah lagi suratan Insani yang siap dicatatkan saat roh dihembuskan ke dalam rahim bonda. Setiap suratan kecil mahupun besar, ada hikmahNya. Tersenyumlah duhai sahabat, saya suka malah sangat mendambakan senyuman itu untuk terus mewarnai hari2 depanmu.

Hakikat sebenarnya keadaan sahabat saya ini ... saya kurang pasti. Yang saya tahu, dia turut sama bergembira dengan berita baik itu. Sejujurnya, dia sangat bahagia dan katanya, "Mencintai bukanlah bermakna memiliki, namun hakikat mencintai adalah melihat insan yang dicintai bahagia." Pelik... namun bila difikirkan, betul jugak kan? Saya teringat dalam satu buku yang saya pernah baca, "Menyukai bunga bukan bermakna kita memetik dan simpan di dalam bilik, tetapi biarkan saja bunga itu di taman kerana itulah sebaik2 keadaan buatnya."

Dia turut menyatakan yang dia amat teringin untuk mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat 'mereka', tulus ikhlas dari lubuk hatinya walaupun dia sangat tidak mungkin untuk menemuinya lagi. Ah... saya bersimpati buat dirinya. Dia mengharapkan sahabat2nya yang lain mendoakan kesejahteraan buat 'mereka' dan agar terus diberkati jua dirahmati Illahi hinggalah cinta 'mereka' bertaut kembali di Jannatul Firdaus. Syurga Tertinggi. (Satu persoalan timbul - inikah yang dikatakan sebenar2 cinta? Tak faham betul...) Namun yang jelas adalah, cinta hakiki adalah cinta yang disandarkan terhadap Khaliq Yang Agung. Betul kan, sahabat2?


Saya bukan sahabat yang memahami, mungkin. Tak terjangkau dek fikiran saya yang dia mampu untuk turut sama bahagia. Walaupun kisah ini telah berlalu, biarkan & jangan halang saya untuk mengabadikannya dalam blog saya.


Kenapa?

Sahabat saya ini terlalu lama memendam dan biarlah ia dilontarkan, sekurang-kurangnya dapat melepaskan sedikit bebanan perasaannya setelah membaca blog ini.

Nukilan,
sahabat yang paling setia

Selamat Pengantin Baru buat mereka2 yang baru mendirikan masjid.
Terutama, buat kakanda Nur Hafizah bt Hashim dan Wan Mohd Badril Amin bin Wan Said yang telah selamat diijab kabul pada 20 November 2009. (Maaf, xder gambar masa kak long kahwin)

Kenangan kami berlima di hari pertunangan kak long
(izzati, saya, kak long, kak ngah & sarah)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Tersenyumlah duhai sahabat... (Oh... senyumanmu tidak perlu semanis aku.hehe...)
Iringilah dengan sabar, redha, tawakkal, baik sangka serta mengharapkan pertolongan Allah. 'Dearest, Allah loves you.'


Tuesday, December 22, 2009

Maal Hijrah 1431

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sambutan Maal Hijrah 1431 kali ini agak istimewa pada saya. Tambahan pula ia jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari juga, berdekatan dengan permulaan Pengajian Semester Kedua Sesi 2009/2010.

Mengimbas kembali liku2 kehidupan yang telah dilalui dari tahun 1 hinggalah sekarang...
Di tahun satu lah, saya mula mengenali Jemaah Gerakan Islam - banyak betul perkara baru yang telah dipelajari, banyak pula yang sedang dibaiki & lagi banyak ilmu yang perlu ditimba tentang gerakan Islam. Di tahun kedua pulak, entah kenapa semacam amat getir dalam menempuhnya terutama di semester kedua sesi 2008/2009. Ramai yang membuat 'expectation' mengenai keberadaan saya dalam persatuan, namun perkara yang lain pula berlaku. Secara peribadinya, saya dah menjangkakan serba sedikit & secara tak langsung memberikan sedikit persediaan psikologi untuk terus menempuh. Siapa dapat menyangkal apabila hati kecil yang berbicara? Saya suka untuk menyatakan "Cabaran Mematangkan Diri" & kita tetap akan berubah.

Memetik dari Artikel SaifulIslam dalam 'Lorongkan Laluan Perubahan Diri',

"Sampai satu masa, kita akan berubah.

Berubah pada pemikiran, gaya menyampaikan dakwah, manhaj dalam berilmu, malah sikap dan kelakuan.

Perubahan itu adalah proses biasa dalam kehidupan, ada perubahan yang diusahakan atas pilihan, dan ada juga perubahan yang dilakukan kerana terpaksa. Pokoknya manusia berubah dari satu masa ke satu masa. Sesuai dengan pertambahan usia.

Maka, dalam hidup ini, pada setiap peringkat yang kita berada, jangan sekali-kali kita lakukan perkara yang nantinya menyukarkan diri untuk berubah. Apabila kita sedar yang kita perlu berubah, tetapi kita elakkan diri dari berubah kerana hal-hal silam yang telah kita lakukan, maka kita akan mula tidak jujur kepada diri sendiri. Kita tetap berubah, tetapi kepada menjadi seorang penipu dan pengkhianat kepada diri sendiri."

"Maka lapangkanlah jalan di liku-liku usia agar perubahan diri tidak dikhianati."

Satu perasaan halus menyusup dan terus melingkari qalbu saat menempuh tahun baru. Terasa lebih tenang & lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran walau hakikatnya tak tahu apa lagi yang akan ditempuh. Mungkin sangat sikap saya yang kelam-kelibut tetap ada. :)

Yang pasti, saya sudah berada di tahun akhir, bersama-sama dengan sahabat2 lain. Bakal menempuh hari2 keemasan di perbukitan ilmu UKM - berdepan dengan cabaran menghabiskan pengajian dengan segala yang terbaik, cabaran menguruskan masa untuk jemaah, cabaran komitmen terhadap persatuan, cabaran PRK, cabaran kewangan yang semakin mendesak... & tidak terlepas ~ cabaran masalah hati. Semua bersimpul menjadi 1.

Azam baru, tentunya ada. Cuma, tak nak kongsi. Ngee~~~

Salam mesra, salam sayang

Salam ukhwah, salam perjuangan

Salam Maal Hijrah 1431. Sama-sama lorongkan laluan untuk perubahan diri... ke arah yang lebih baik. Biiznillah.

Saturday, November 14, 2009

Mari, Ceria Bersama Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya ingin memperkenalkan kepada anda semua kepada sebuah lagu. Apa istimewanya lagu ini? Hmm... merupakan sebuah lagu yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu 1994. Lagu ini dinyanyikan, digubah dan ditulis lirik sendiri oleh seniman tersohor, M. Nasir.

Dengan ini, saya mempersembahkan...

Tanya Sama Itu Hud-Hud


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

Anda mampu tersenyum?
Alhamdulillah...

Erk!!! @ anda agak terpinga-pinga dengan liriknya?
Haha... saya sendiri pun kurang memahami.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Okeys, boleh sambung kerja.

No Ideas... For Us To Ponder.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Insha Allah Lyrics

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3

Insya Allah we’ll find the way

‘Katakanlah(wahai Muhammad):”Wahai hamba2 Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(di atas maksiat dan kefasadan yang telah dilakukan),janganlah berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa(kecuali syirik);sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
-Az-zumar,53-

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Ya Allah, kumohon kekuatan daripadaMu,
Teguhlah aku di jalan ini...

Friday, November 6, 2009

Teladan Dari Kisah 'Al-Faruq'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kisah ini diambil daripada blog seorang sahabat (walaupun tak pernah bersua...) sebab terjumpa dalam blog. Ala... saudara seIslam la jugak. :-)

Saidina Umar merupakan seorang yang sangat disanjung tinggi oleh kaum arab Jahiliyyah sebelum beliau memasuki Islam. Ke mana-mana sahaja beliau pergi, orang Jahiliyyah pasti akan menghormati beliau.

Suatu hari, Umar menyatakan hasratnya untuk memeluk agama baru yang dibawa oleh seorang Quraisy yang bernama Muhammad b Abdullah atau Rasulullah s.a.w. Apabila beliau menyatakan hasratnya kepada sahabat Jahiliyyah beliau, lantas mereka semua memusuhi Umar. Mereka telah menganggap Umar telah berpaling tadah. Sehinggakan sahabat beliau yang paling rapat sekali dengan beliau pada ketika itu merupakan orang yang paling membenci kepada beliau.

Oleh itu, orang-orang arab Jahiliyyah pun merancang untuk mengeluarkan semula Umar daripada agama baru itu. Mereka mengetahui bahawa Umar ini merupakan sseorang yang sukar untuk mengubah pendiriannya. Apabila ada sahaja orang yang hendak menghalang hasratnya, nahaslah orang itu. Jadi, orang Jahiliyyah mencari jalan yang dapat menganiaya Saidina Umar.

Akhirnya pada suatu masa, salah seorang daripada mereka mendapat idea untuk menganiaya Saidina Umar yang pada ketika itu menjadi Khalifah. Mereka memberikan suatu air minuman yang kelihatan seperti biasa tetapi dimasukkan bahan yang memabukkan dalam air itu. Lalu air itu diberikan kepada anak Saidina Umar yang bernama Ubaidullah bin Umar.

Selepas itu, orang arab Jahiliyyah mendatangkan seorang wanita Yahudi kepada Ubaidullah yang berada dalam keadaan mabuk itu. Lalu berlakulah perzinaan antara perempuan Yahudi itu dengan Ubaidullah yang sedang mabuk. Setelah sebulan selepas kejadian itu, perempuan Yahudi itu mengandung.

Selepas sebulan itu, perempuan itu bertemu dengan Saidina Umar selepas solat Subuh.

“Wahai Amirul Mukminin! Aku ada pengaduan yang hendak dilaporkan kepada kamu. Mahukah kamu menerima pengaduan aku yang benar ini?” kata perempuan Yahudi itu.

“Jika pengaduanmu itu benar maka khabarkanlah kepadaku”

“Wahai Amirul Mukminin! Lihatlah aku sedang mengandung. Dan anak yang ku kandungkan ini ialah cucumu. Anak kepada Ubaidullah, anak kamu. Dia telah berzina denganku”

Saidina Umar terkedu.

“Wahai wanita Yahudi, jika benar dakwaan kamu itu maka datanglah kamu besok pagi selepas subuh ke Masjid Nabawi”

Saidina Umar telah menjadikan satu bahagian daripada Masjid Nabawi sebagai mahkamah untuk perbicaraan kes tersebut.

Wanita Yahudi itu bersetuju lalu beredar.

Saidina Umar berjalan pulang ke rumah dengan keadaan yang sebak. Apabila beliau tiba di rumah, beliau menyuruh isterinya memasak makanan yang paling sedap pada hari itu. Isterinya terkejut.

“Wahai suamiku, bukankah kamu selalunya menyuruhku memasakkan makanan yang tidak terlalu sedap kerana risau akan rakyatmu yang tidak dapat makan? Bukankah kamu sering risau terdapat dalam kalangan rakyatmu yang tidak dapat menikmati makanan yang sedap? Adakah hari ini terdapat tetamu atau orang kenamaan daripada negara lain yang hendak mengunjungimu dan makanan ini sebagai hidangan untuk mereka?”

“Isteriku, hari ini tiada tetamu yang akan mengunjungi aku. Tetapi masaklah dengan sedap kerana hari ini kita akan makan bersama-sama satu keluarga beramai-ramai.”

Isterinya menuruti perintah Umar lalu terus memasak makanan yang sedap mengikut kehendak Umar.

* * * *

Apabila tiba waktu makan, Umar menjemput kesemua anak-anaknya makan bersama-sama dalam satu bulatan yang besar. Ubaidullah dipersilakan duduk bersebelahan Umar maka isteri Umar disebelah kiri. Lalu Saidina Umar mempersilakan mereka makan. Umar memberikan penuh perhatian kepada Ubaidullah. Meraka makan dengan penuh selera dan Saidina Umar bergurau senda bersama-sama keluarganya dengan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.

Apabila beliau melihat makanan anaknya semakin habis, Umar mempelawa Ubaidullah menambahkan makanannya lagi. Ubaidullah berasa hairan dengan tingkah laku ayahnya.

“Wahai ayah mengapa ku lihat tingkah lakumu berbeza sedikit hari ini?”

“Wahai anakku, makanlah sepuas-puasnya anakku. Mungkin ini kali terakhir kita dapat berasa makan beramai-ramai begini”

Ubaidullah kehairanan.

“Wahai ayah, mengapa ayah berkata begitu. Seakan-akan ada seseorang dalam kalangan kita tidak akan bertemu lagi. Adakah salah seorang dari kita akan meninggal dunia?”

“Anakku, kalau ayahanda bertanya bolehkah anakanda berkata benar demi Allah dan Rasul-Nya?”

“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda akan berkata benar”

“Anakku………… Benarkah kamu pernah berzina dengan seorang wanita Yahudi wahai anakku?”

“Sungguh ayah! Perkara itu mungkin terjadi ketika anakanda berada dalam keadaan tidak sedar (mabuk). Kejadian ini mungkin berlaku sebulan yang lalu kerana pada waktu itu anakanda diberi minuman oleh beberapa orang. Selepas minum air itu baru anakanda sedar bahawa air itu telah diletakkan bahan yang memabukkan. Rupa-rupanya inilah yang terjadi ketika anakanda sedang mabuk itu.”

“Oleh itu anakanda, esok hadirkanlah dirimu ke Masjid Nabawi selepas Subuh.” kata Umar kepada anaknya.

“Baiklah Ayah”

“Ubaidullah, adakah kamu akan sedia menerima keputusan yang akan dibicarakan esok. Walaupun jika ianya tidak berpihak kepada kamu?” tanya Saidina Umar.

“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda sedia menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan oleh ayah esok” balas Ubaidullah.

* * * *

Keesokan harinya di Masjid Nabawi selepas solat Subuh.

Ramai penduduk Islam, orang arab kafir dan Yahudi berkumpul untuk menyaksikan perbicaraan Saidina Umar sebagai hakim terhadap anaknya Ubaidullah sebagai tertuduh. Umat Islam sendiri ragu-ragu dengan kekarismaan Saidina Umar. Dalam benak hati mereka “Mampukah Umar menjatuhkan hukuman kepada anaknya?”. “Beranikah beliau menghukum anaknya sendiri?”.

Sementara orang-orang arab kafir dan Yahudi bersorak kegembiraan dalam benak hati mereka “Umar sudah tewas!”, “Umar tidak berani menghukum anaknya dengan hukum Islam!”, “Kita berjaya melemahkan Umar!”.

Perbicaraan bermula.

Saidina Umar memebacakan pertuduhan terhadap Ubaidullah (anaknya). Mahkamah begitu sunyi pada waktu pertuduhan itu dibaca.

Selepas pertuduhan dibaca, mahkamah sekali lagi sunyi.

“Berdasarkan pertuduhan yang telah dibaca dan siasatan yang terperinci telah dijalankan…. UBAIDULLAH!” Umar bersuara.

Hati para hadirin begitu gemetar menunggu keputusan Saidina Umar.

“UBAIDULLAH bin Umar! Kamu didapati BERSALAH kerana telah BERZINA dengan seorang wanita Yahudi dalam keadaan tidak sedar pada tempoh sebulan yang lalu. Oleh itu, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Ubaidullah dihukum sebat sebanyak 100 kali di hadapan khalayak ramai berdasarkan dalil dalam Surah An-Nur ayat 2:

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada (terhadap) keduanya mencegah kamu (menyebabkan kamu susah) untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”

Mahkamah riuh rendah dengan pekikan orang Islam yang membantah keputusan Saidina Umar yang pada pandangan mereka kejam kerana tidak mempertahankan anaknya.

Tetapi lain pula halnya yang berlaku kepada orang-orang arab kafir dan Yahudi. Mereka semua terdiam dan tidak sangka dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Sehinggakan beberapa orang kafir dan Yahudi memasuki kawasan mahkamah menuju ke arah Umar dan meminta Saidina Umar mengislamkan mereka kerana telah melihat keberanian dan ketegasan Saidina Umar melaksanakan hukuman Allah terhadap anaknya sendiri. Dan kebanyakan orang yang diminta untuk diIslamkan itu ialah orang yang merancang untuk memabukkan Ubaidullah dan menyebabkan Ubaidullah berzina.

  • Mengikut kajian saintifik, hukuman sebat sebanyak 100 kali yang dilaksanakan oleh Islam ini begitu relevan. Kerana setiap sebatan yang terkena kepada tubuh pesalah akan memecahkan salur-salur darah yang terdapat di bahagian belakang tubuh pesalah. Apabila seseorang itu berzina, terdapat satu penyakit yang akan memasuki tubuh penzina melalui salur darah. Oleh itu, apabila salur darah tersebut pecah, maka bahan yang membawa penyakit itu akan mengalir bersama darah yang keluar dari tubuh penzina itu. Jadi Insya Allah penzina itu akan terselamat dari penyakit yang berbahaya.

Walaubagaimanapun, hukuman tetap hukuman.

* * * * *

Saidina Umar memerintahkan seorang sahabat untuk melaksanakan hukuman sebatan tersebut. Tetapi sahabat itu tidak sanggup melaksanakan hukuman sebatan itu. Lalu, Saidina Umar memerintahkan sahabat-sahabat yang lain untuk melaksanakan hukuman tersebut, tetapi mereka juga tidak sanggup melakukannya.

“Wahai Umar, kami tidak sanggup melaksanakan hukuman terhadap anakmu Ubaidullah! Apabila kami tiba di masjid untuk solat Fardhu, kami melihat Ubaidullah telah lama berada di Masjid membaca Al-Quran. Apabila selesai bersolat, kami semua pulang mengerjakan urusan masing-masing tetapi Ubaidullah masih berada di masjid menghabiskan bacaan Qurannya. Apabila sesuatu perkara yang baik, anakmulah orang yang paling bersemangat melakukannya. Wahai Umar, kami tidak sanggup melaksanakan hukuman tersebut kepada anakmu.”

Nampaknya tiada seorang sahabat pun yang mampu melaksanakan hukuman tersebut. Oleh sebab itu, Umar melihat hanya dirinyalah sahaja yang tinggal. Saidina Umar pun melaksanakan hukuman tersebut sebagai seorang hakim.

“Tidak mengapalah ayah, laksanakanlah hukuman Allah itu. Anakanda rela dihukum” Ubaidullah bersuara.

Umar memerintahkan para sahabat meletakkan tubuh Ubaidullah berhampiran dengan sebuah tiang dan mengarahkan agar tangan Ubaidullah diikat.

“Wahai ayah, mengapa tanganku harus diikat? Adakah ayah bimbang anakanda akan melarikan diri? Ayah usahlah bimbang anakanda telah merelakan diri anakanda untuk dihukum” kata Ubadullah.

“Wahai Ubaidullah, tujuan ayah hendak mengikat tangan anakanda ialah kerana ayah takut-takut jikalau anakanda terjatuh dan ayahanda pula yang akan dikenakan hukuman” balas Saidina Umar.

  • Dalam Islam hukuman itu tidak boleh dijalankan dengan berlebih-lebihan dan zalim seperti dalam menghukum penzina yang belum berkahwin, penghukum tidak boleh berlaku zalim seperti sengaja menyebabkan pesalah itu terjatuh dan secara tidak langsung menambahkan kesakitan pada tubuh pesalah. Penghukum juga tidak boleh memukul pesalah tertumpu di satu tempat sahaja sebaliknya hendaklah dipukul berturutan dari bahagian atas tubuh badan di belakang hinggalah kebahagian bawah dan tidak boleh memukul di tempat-tempat yang boleh memudaratkan pesalah seperti di bahagian buah pinggang dan bahagian kemaluan.

Maka hukuman pun dijalankan di hadapan khalayak penduduk Madinah...

Saidina Umar menjalankan hukuman tersebut dengan cermat. Beliau mengira setiap pukulan satu persatu dan melaksanakan dari bahagian atas hinggalah bahagian bawah sepertimana yang disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w.

* * * * *

Selepas pukulan yang ke-80, Ubaidullah bersuara: “Wahai ayah, anakanda berasa lapar dan haus.”

Saidina Umar meletakkan alat penyebat itu dan pergi mengambil makanan. Selepas itu, Saidina menyuapkan makanan ke mulut anaknya dengan penuh belas kasihan sebagai seorang ayah yang menyayangi anaknya.

Ketika menyuapkan makanan ke mulut anaknya, Saidina Umar melihat beberapa titisan keringat yang bercahaya mengalir turun dari dahi anaknya.

“Wahai anakku, sudah lama ku tidak melihat titisan-titisan peluh yang begitu bersinar-sinar dan bercahaya sepertimana yang terpancar dari titisan-titisan peluhmu itu. Titisan peluh seperti ini merupakan titisan peluh yang ku selalu lihat terpancar dari titisan peluh Rasulullah s.a.w ketika hayatnya. Wahai anakku, jika kamu meninggal dunia, sampaikanlah salamku kepada Rasulullah s.a.w. Khabarkanlah kepada Baginda, ayah telah melaksanakan hukuman Allah” kata Saidina Umar.

“Baiklah ayahku” balas Ubaidullah

Setelah selesai, hukuman diteruskan.

Apabila sudah sebatan kali ke-90, Ubaidullah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun begitu, Saidina Umar tetap meneruskan hukumah tersebut.

“Umar! Sudahlah Umar! Ubaidullah sudah tiada!” teriak beberapa orang sahabat.

“Tidak wahai sahabatku, hutang dengan Allah ini mesti dijelaskan walau apa cara sekalipun” balas Umar.

Saidina Umar meneruskan hukuman tersebut di atas jasad Ubaidullah sehinggalah selesai. Selepas selesai, Saidina Umar membuka ikatan di tangan Ubaidullah dan memeluknya. Jenazah Ubaidullah diuruskan sendiri oleh Saidina Umar.

Menjelang malam, Saidina Umar bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa Baginda telah menerima kiriman salam yang dikhabarkan oleh anak beliau Ubaidullah dan menyatakan bahawa tindakan Saidina Umar itu benar dan Ubaidullah sedang berbahagia bersama Rasulullah s.a.w.

Saidina Umar berasa senang hati dan lega kerana apabila ingin menjalankan sesuatu hukuman, beliau lebih sanggup melepaskan orang yang bersalah untuk dihukum daripada orang yang tidak bersalah dihukum.

WaAlllahua’lam...

Sumber : http://realitihidupku.wordpress.com

Salam mesra, salam sayang

Salam ukhwah, salam perjuangan.


Akan adakah lagi kepimpinan sepertimana yang dicontohkan oleh Saidina Umar...?


Friday, October 30, 2009

Maaf, Gendang Terpalu~Nota Buat Sarfams

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya benar2 memaksudkan artikel kali ini. "Maaf, Gendang Terpalu~Nota Buat Sarfams". Dan gendang sememangnya terpalu bukannya dipalu khas buat sdr Sarfams. Artikel ini merujuk artikel Sarfams. Sila klik (sini). Sebetulnya, artikel ini daripada YDP BPN, namun penyiaran artikel ini daripada sdr Sarfams juga menunjukkan kesepakatan/persetujuan sdr Sarfams mengenai isu ini.
Salam perpaduan buat Sarfams,
Allow me to write in English. (It is a habit for me speaking in English whenever I feel sad @ getting mad).
For the first time, I’m really sorry to say that your words truly hurt me deep inside my heart. I'm telling you, I disagree with those people who condemn Tok Guru. However, this is too much. Personally I can tolerate with those politicians (yes, they know well about politic ~even not all the time they're right) but not you as a student. By the way, thanks for the article. It motivates us to love Tok Guru even more. I'm not interested to defend Tok Guru in this small space. It is enough for me to ask you by reading books about Tok Guru & you will find out the answer behind Tok Guru's actions towards issues & how's his desire of jihad in Islam. Don't tell me that you haven’t or wouldn’t read the books, it just tell us that you're not serious in politic.

One thing, you must know WELL about your enemies backgrounds are because you are going to defeat them through their WEAKNESS. If not, you are just showing us your WEAKNESS in ‘the war'. By the way, I’m asking this to myself and my dearest friends too, indeed.


Salam satu ikatan, salam satu perpaduan
Salam satu persaudaraan, salam satu aqidah

Khas, buat sdr Sarfarizmal M Saad.
By the way, we're still friends ya! :-)

Segala yang terbaik untuk Peperiksaan Akhir Semester 2008/2009.
Yeah...!!! chaiyyok3 buat Sarfams, rakan2 & sumer...

Friday, October 23, 2009

Saya Sayang Sama Kamu, Rindu Jugak!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Setiap kali mendirikan solat, setiap kali itulah kalimah azimat itu diulang-ulang. Itu, baru sahaja muqaddimahnya. Al-Fatihah?
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai Hari Pembalasan..."

Apa kaitan dengan posting kali ni? Entah, ikut jer apa yang jari nak taip. Sebenarnya, rindu di hati ni sudah menggebu-gebu, jiwa ini sudah melonjak-lonjak dengan perasaan. Rindukan sahabat2, rindukan perjuangan. Ah... seolah2 diri ni tidak pernah mengenal apakah perjuangan, seolah2 dah lupa manisnya pengorbanan di jalanNya, seolah2 tidak pernah merasa bagaimana nikmatnya hidup bilamana Allah sentiasa di hati. Rindukan sahabat2... Jujur.

'Keceriaan yang mengenalkanku... pada keperibadianmu'

Kenapa dah lama tak turun program? Entah, seperti yang dikatakan, "seolah2 diri ni tidak pernah mengenal apakah perjuangan, seolah2 dah lupa manisnya pengorbanan di jalanNya, seolah2 tidak pernah merasa bagaimana nikmatnya hidup bilamana Allah sentiasa di hati." Terasa cukup berat untuk meluangkan masa. Namun, batin ni tetap merintih... amat merindukan sahabat2... Semuanya.

'Muslimin tu, pura2 khusyuk jah. hahaha...'

Kenapa jadi macam ni? Tak tahu. Mungkin sebab jadi 'lone ranger' kot. Agak terbiar jadinya, terkeluar dari ruang lingkup jemaah. Seseorang pernah berkata, "Adakalanya, berada dalam perjuangan tidak semestinya memerlukan kita sentiasa 'berlari di dalam trek', andai letih @ penat, 'berjalanlah di tepi trek'. Namun, jangan sampai 'terkeluar dari trek'." Muhasabah.

'Usrah Khazinatul Asrar - bilakah saat itu kan berulang?'

Apa nak diberitahu sebenarnya? Rindukan sahabat2... semuanya. Sayangkan muslimat, sepertimana sayangkan jugak muslimin. Kerana kita dipertemukan dalam wadah perjuangan ini. Terasa sangat tak turun program... yang terbaru, berbasikal keliling UKM. Ust Idris & Ust Azizan turun ea. Lagilah sangat terasa ruginya... Yelah, ibarat ayah & atuk kepada kami semua, mana tak sayangnya. Dah semakin sibuk pulak tu... susah sangat nak bersama kami semua.

'Ish... camner Huda bleh ada muslimin ni?'
he... internet kan ada...

Maaf? Diri ni dah terlalu banyak melukakan hati sahabat2. Tak terluahkan rasanya perkataan azimat tu. Betul. Tak terluahkan. Dan tak tahu macam mana nak diluahkan. Buntu. Pulangkan pada sahabat2 untuk bagaimana meng'hukum' diri ni. Cuma, satu pinta dari diri ni, halalkan segala curahan ilmu, perkongsian pengalaman & yang paling penting, kupinta redha sahabat2 terhadap diri ini...

Dah, jangan dilayan sangat perasaan.
Apa pun, segala yang terluah adalah benar, semata2 benar.

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Sama2 kita mendoakan kejayaan bersama ya...
Sayangkan sahabat2 kerana perjuangan ini.
Terima kasih jua atas persahabatan ini.


Friday, October 16, 2009

Topi Merah & Niqob

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kali ini, saya ingin memulakan bicara saya dengan memohon seinfiti maaf andai bahasa saya agak terkasar @ ada mana-mana pihak yang tersinggung. Saya ingin bercakap mengenai niqob menggunakan topi merah. Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya memperkenalkan teori Edward de Bono dengan teorinya : Kaedah 6 Topi

1. Topi Hijau ( Green Hat )

? Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif.

? Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan ida-idea.

? Topi hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.

? Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir.

? Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah.

2. Topi Kuning ( Yellow Hat )

? Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif.

? Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif.

? Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau.

? Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan .

3. Topi Putih ( White Hat )

? Topi putih melambangkan pemikiran objektif.

? Warna putih melambangkan kebersihan yag bermakna tiada prejudis.

? Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata.

? Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif.

4. Topi Hitam ( Black Hat )

? Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif.

? Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan.

? Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya.

? Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan.

? Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami.

5. Topi Merah ( Red Hat )

? Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional.

? Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah.

? Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.

? Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada.

6. Topi Biru ( Blue Hat )

? Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai.

? Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas.

? Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.

? Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua.

Ah... emosi saya semakin stabil... okey, mulakan dengan ketenangan, barulah pembaca dapat menilai dengan baik juga kan. :-) Hmm... saya guna topi hitam lah.

Saya nak menyentuh mengenai isu niqob di Mesir yang mana Imam Besar Azhar Syeikh Tantawi mengeluarkan larangan bagi wanita mengenakan purdah di setiap sekolah yang bercabang dengan al-Azhar, sebuah lembaga pendidikan tertinggi di dunia Islam Sunni. Sejujurnya, pada pendapat saya takde apa2 yang perlu kita hiraukan sangat. Saya nak minta fokus para pembaca dengan kenyataan ini. 'Niqob tidak diwajibkan dalam Islam dan hanyalah amalan masyarakat Arab.'

Okey, berhenti di situ dahulu. Saya ingin membawa satu cerita lain mengenai seorang tokoh Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al Banna. Diceritakan, pernah satu ketika beliau meminta semua ahli Ikhwanul Muslimin agar tidak memakai serban dan akhirnya, kita mengetahui keesokan harinya, ahli yang berkeras memakai serban ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan. Apa kaitannya dengan isu niqob ini? Pada pandangan saya, itulah ijtihad semasa bersesuaian dengan keadaan yang sedang berlaku.

Itu isu serban, sunnah Rasulullah. Inikan pula isu niqob, hanya amalan wanita Arab. Jadi, pada saya tidak perlulah kita gembar-gemburkan isu ini. Mungkin ada keadaan semasa yang memerlukan ijtihad diharamkan pemakaian niqob. Hmm... sebenarnya, ini bukan fokus saya. Yang cuba nak sampaikan adalah dalam hidup kita, akan ada banyak perkara yang perlu diputuskan dan yang penting adalah pertimbangan. Saya tidak menolak kemungkinan Imam Besar menarik balik larangan pemakaian niqob... Hakikatnya, saya sendiri sukakan niqob dan sangat teringin nak memakai niqob. Terasa semakin cantik. (Muahaha... perasan la ko huda :-P) Masalahnya... tidak sesuai untuk saya memandangkan saya agak sosial dan ramai kenalan. Huk3... saya xder gambar yang memakai niqob

Saya mohon maaf andai ada pihak yang terasa dengan kenyataan saya. Sekadar untuk kita sama2 kita mengambil pengiktibaran dari apa yang berlaku di persekitaran kita...

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Hmm... rasanya impianku nak memakai niqob tak kesampaian...

SEDIKIT PEMBETULAN MENGENAI ISU INI : sila klik (sini)
Yang penting, ambil pengiktibaran dari apa yang berlaku.

Thursday, October 15, 2009

Bagan Pinang : Ringkas Jer

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Memetik kenyataan dalam HarakahDaily.Net

KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kekalahan di Bagan Pinang kerana jentera PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti dan melebihkan serangan peribadi terhadap calon Umno.

Pada pendapat saya, cukup ringkas. Saya turut memikirkan perkara yang sama... Cuma saya ingin menyatakan sesuatu yang lain berkait dengan BN. Hmmm... senang cakap bagi saya, kemenangan BN di Bagan Pinang bukanlah bermaksud kebangkitan BN. Tidak, bagi saya tidak. Itu bukan boleh dijadikan penunjuk yang baik. Saya highlightkan disini 'PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti' @ bahasa yang lebih mudah, majoriti rakyat di Bagan Pinang tidak faham apa yang PAS perjuangkan. Jadi, teruskan melangkah sahabat2. :-)
Apa pun, saya berlapang dada dengan pendapat masing2.

Sekadar gambar hiasan

"Mak...mak, ada orang tengok kita"

Setakat itu sahaja. huh...huh...huh... pecutan akhir minggu pengkuliahan.
Chaiyyok3!!! untuk sahabat2. :-)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Er... kalau nak takbir pun, lebih baik. Hehehe...

Sunday, October 4, 2009

Lirik Pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kali ni, agak santai... sajer2, nak sesakkan blog ni. K, sama2 kita hayati yer... :-)

Doa Seorang Kekasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com

cinta itu cahaya sanubari

kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Jadi, kepada sesiapa nk jiwang ker, nak kawen ker... dipersilakan & amat dialu2kan. Cinta itu kehidupan. Cuma 1 jer, sandarkan kecintaan makhluk pada khaliqNya. Camner? fikir2kan.
Teringat... kasihnya siti Zulaikha terhadap nabi Yusof membawa cintanya kepada Khaliq yang agung. Satu contoh yang baik. :-)

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Dah, dah! Pegi sambung keje.
Sekarang musim demam di Bagan Pinang...

Tuesday, September 29, 2009

Menyokong Kenyataan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Semalam, saya menjengah blog sahabat2, terjumpalah satu kenyataan ni yang berupa tajuk bagi artikel yang disiarkan. Pesta Aidilfitri ; raya kan sebulan oleh ust Syafiq. Saya menyokong.
Memandangkan raya memang sebulan, jadi saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia khasnya buat pembaca blog saya. hehe...

Tulus ikhlas dari Huda & sekeluarga. :-)


Huhu... gambar raya yang terbaru xboleh nak ambik. Kak long x bagi transfer sendiri sbb takut virus. Uhuks3... gambar ni masa Hari Keluarga sesamer cikgu-cikgi. Masa ni, sorang adik dah xder... selamat kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah adinda Afif Afham bin Zuwariah, moga ditempatkan bersama para solehin.

Raya tahun ni camner??? Alhamdulillah. Hmm... saya sendiri x banyak menziarahi rumah sahabat2. Huhu... menunggu jer kat rumah, sanak saudara datang. Paper pun, raya tahun ni agak meriah, terutama masa raya kelima. hehe...

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Ha... jenguk2 lah blog ust Syafiq yer. Sama2 koreksi diri dan masyarakat.
Apa jadi dengan Aidulfitri kita??? Kembalikah kita pada fitrah? ...

Sunday, September 13, 2009

P.R.K. =Perang Riang-ria Kanak-kanak=

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tajuk posting kali ni agak pelik. Namun, pemikir benar2 memaksudkannya. P.R.K. =Pilihan Raya Kampus=. Pemikir pilih tajuk ni sebab artikel ni hasil dari buah fikiran "Kanak-kanak riang yang suka bercerita tentang ~Bagaimana nak menanam pokok bunga~".

Mula-mula, perkara pokok. Sesungguhnya, tak suka menggunakan 'pemikir' sebab kedengaran skema bagai nak rak ~jadi, tukar kepada 'saya'. Kedua, tiada lagi gelaran Adik Q ~ sebenarnya, itu untuk diri sahaja, bukan panggilan ~uweeeekkk...~. Seterusnya, saya mintak maaf sebab tak dapat menghadirkan diri ke Konvensyen Transformasi Malaysia. Pastinya lahir idea2 yang cukup mantap dengan solusi yang benar2 masak lagi bernas daripada pimpinan2 GAMIS, KARISMA, PKPIM, KAMI dan DEMA. Tahniah dan syabas kepada sahabat2 yang mengikuti konvensyen hingga akhir rancangan...


Baiklah, saya terus pada topik. Nak sentuh mengenai kempen. Sama2 kita muhasabah diri, saya ~terutamanya~ dan juga sahabat2 seperjuangan. Kita berkempen ni, untuk 'nak tunjuk baik' @ 'nak jadi baik'? Atau saya boleh katakan dalam bahasa yang lebih sopan, 'nak latih diri menjadi da'ie yang lebih baik'. Satu-satu. Pada pandangan saya, nak tunjuk baik, sekadar itu sajalah yang kita dapat iaitu, kita memang baik dan tak lebih dari itu. Berbanding, kita nak latih diri kita menjadi da'ie yang lebih baik, kita akan cuba buat yang terbaik. Ap
a definisi 'da'ie'? Banyak pendapat, saya fokus secara kasarnya ~da'ie adalah insan biasa (jugak punya kelemahan & kekurangan) yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. 'Amar ma'ruf, nahi munkar'. Noktah. Bagaimana ciri2 da'ie? Banyak yang positif tentunya (akhlak yang baik~ops... diri banyak kekurangan) & yang terutama ialah da'ie dapat menjadikan dirinya tertarik. Dengan modal 'diri tertarik', maka dari situlah adanya pengaruh untuk mempengaruhi sang mad'u... Jugak, inilah ruang dan peluang untuk mendapat bilangan undi yang 'cantek'. Insya Allah. Jadi, sama2 kita muhasabah untuk apa kita berkempen???

Kedua & terakhir (haha...), apa tujuan kita, saya terutamanya & juga sahabat2 ada dalam medan juang ni? Pastinya, kita sama2 mahu melihat Islam dijulang dan 'diletakkan pada kedudukannya yang sepatutnya'. Namun, macam mana dengan niat kita. Ah... satu persoalan yang biasa namun amat besar kesannya. Baik, kita semua mahukan kemenangan untuk Islam. Namun, kita seringkali tersasar... Kita mahu menang, untuk tegakkan Islam. Pada pandangan saya, kita mahu tegakkan Islam, jadi tak kesah... menang @ kalah. Kemenangan itu milik Allah yang mana Dia Maha Mengetahui duduk letaknya posisi kita ~hasil usaha, kerja keras kita~ Macam mana sahabat2? Dapat bezakan antara kedua-duanya?
(Apa pun, sudah pasti kita mahukan kemenangan kan... cuma kenal pasti camne matlamat kita?)

Satu perkara, saya nak bawa kata2 dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih kurang begini bunyinya ~Sebenarnya parti PAS ni dibubarkan jer, yang kita nak hanyalah pemuda2 yang nakkan Islam.~ Namun, semestinya ada parti iaitu satu 'tapak' kukuh untuk bergerak dalam jemaah. 'Tangan Allah bersama jemaah'. Andaikan, tiada ISIUKM, tiada GMUKM, tiada KARISMA, tiada PKPIM dan tiada PAS. Dan jugak, andaikan yang ada hanyalah pemuda2 yang ada fikrah ISIUKM, fikrah KARISMA, fikrah PKPIM dan fikrah PKPIM. Masing2 dengan idealisme masing2, merasakan ideanya yang lebih bernas, dialah yang terbaik, dialah yang tahu selok-belok politik negara dan macam2 lagi lah... merasakan dialah yang paling maklum. Namun, bilamana terpasak kukuh dalam diri masing2 ~Aku Mahu Tegakkan Islam~, sikap toleransi berjaya dipupuk, diaplikasikan. Tidak kiralah sejauh manapun perbezaan pendapat itu, selagi mana panduannya adalah Al-Quran & As-Sunnah, maka... insyaAllah, Allah bersama untuk membantu. Maka...

”Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.” [Ali ’Imran:125]


Sekadar itu sahaja bingkisan dari Kanak2 riang yang serba dhoif.
Sebenarnya, saya 'kurang suka' dengan amanah & sering ingin melarikan diri... sebab tahu, amanah tu berat...
Entah kenapa sering jua ia mengejar... Mintak maaf sahabat2... diri ini terlalu banyak kelemahan, Insan dhoif yang serba kekurangan... Dah la banyak culas dengan amanah... Maafkanku... maafkanku... maafkanku sahabat2...

Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

.......
Minta tunjuk ajar, diri ini serba kekurangan...

Tuesday, September 8, 2009

Permata Ayah Bonda

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Permata Ayah Bonda

Mewangi kuntuman bahagia

Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya

Melerai resah dan gundah di jiwa


Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra

Kaulah racun, kau penawar

Senyuman dan tangisanmu

Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata

Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga

Engkau harapan seisi keluarga
Panjatkan doa dan aimata

Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
* Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul * Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
* Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
* Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
* Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan * Melihat dirimu kian membesar
Dewasa di dalam sejahtera * Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
* Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda * Agar engkau lebih bersedia * Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang *
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
* Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
* Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
* Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia * Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya * Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
* Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
* Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
* Menghirup embunan kasih sayang * Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Kak sayangkan mak, kak
sayangkan ayah...
Ramadhan kareem...

Wednesday, September 2, 2009

KEJAR.......!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kejar Sampai Dapat...


Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya,
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya,
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya,
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya,
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya,
Cari Syurga atau fadhilatnya,
ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya;

Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk,
Memperhambakan diri kepada Khaliq kan lebih utama,
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada,
Jika rasa bertuhan tidak ada,rasa kehambaan pun tidak ada,
Sedangkan fungsi ibadah hendak melahirkan rasa kehambaan,
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan;
Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
Perangainya tidak berubah,
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya,

Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat,
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya,
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama,
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan,
Cari Syurga atau fadhilat,
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat,
Tuhan sudah tentu tidak dapat,
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan,
Kerana Dia Pencipta kita,
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai,
Betulkan semula fungsi ibadah kita,
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada sasarannya.

Fata AtTamimi

Buat renungan bersama,
"Allah s.w.t. akan membantu hambaNya yang benar-benar mencari keredhaanNya.
Lakukannya kerana Allah s.w.t., kebahagiaan hidup pasti ada,
pasti dapat dialami andai usaha kuat dilakukan tanpa henti.
Cintailah perkara yang boleh mendatangkan cinta kepada Allah s.w.t."


Salam mesra, salam sayang
Salam ukhwah, salam perjuangan

Separuh masa kedua bulan Ramadhan...
Ramadhan Kareem.